Assalamualaikum.
Yeayy! Sorang lagi bestie aku dah bertunang. :) Awatnya semua nak kawen awal tinggalkan aku beranak dara seorang diri ni? hehe. Tak kesahlah. Asalkan bila masa aku sampai nanti, korang mesti ada!
Kalau takde siap lah korang. *ugutan
Kalau takde siap lah korang. *ugutan
Ya. Nama tunang Anis ialah Shidan. Ni salah satu hantaran dari Anis buat tunangnya. Tema hitam putih perak. Elegan gitu. :)
Anis tengah telefon pihak lelaki kenapa tak sampai-sampai lagi sehingga hampir tercabut bulu mata palsu Anis tau. hehehe :p Inilah kawan-kawan baik saya. Kitorang dah berkawan sejak dalam perut lagi. Haha tipu. Dari zaman kanak-kanak lagi kitorang dah berkawan. Dah kenal sangat dah hati budi baik buruk perangai masing-masing. Yang freehair itu namanya Yanti. Sudah berkahwin dan sudah mengandung. Wahhh pantas dan efisyen sungguh tau. hikhik. Kelik SINI untuk entri kawen Yanti.
Kawan baik dari kecik sampaiiiiiii besar sampaiiiii ada laki sampaiiiii ada anak sampaiiiii ada cucu sampaiiii bila-bila. Ha betapa i menghargai persahabatan kami bertiga tau. *___*
Asyraf, photographer kita pada hari ini. Bila dia dah ambik gambar guna kamera dia, eh eh kamera ni pulak kamera ni pulakk. Hehe dia pun layan je. Thanks colap. ( panggilan manja dia dari kecik..hee )
Okay. Pihak lelaki dah sampai. Bincang itu bincang ini. Tak la lama sangat tapi sempat jugak lah tangan Anis hampir menjadi beku sebab nervous. hehehe
"Na, ko tolong ambikkan gambar aku nak tengok ok tak aku senyum"
Haha sampai macam tu sekali dia nervous. Nak senyum pun rasa kaku. Tapi kau tetap manis, Anis. :)
Inilah pelamin Anis. Simple and sweet sangat.
Masa untuk menyarungkan cincin. Ewahhh
Alhamdulillah. Anis telah selamat dibooked! hehe
Nis! cepat pandang sini.
Nis! cepat pandang sana. haha kemain macam artis. :p
Kitorang pun nak tumpang glemer artis jugak. :)
Eh lagi.
Dan ini ialah kawan-kawan sekolah rendah. Mereka ni bagus. Tak pernah lupakan kawan even dah bertahun-tahun meninggalkan sekolah rendah ituu. Uols memang terbaik!
Ni hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Hantaran dari pihak lelaki tak sempat nak snap tiba-tiba dah hilang mana tah...
Ehem. Bagai pinang dibelah dua gituu. Masa ni nak ambik gambar tapi malu-malu kambing pulak masing-masing so gambar pun jadi macam hai selamat berkenalan nama saya anis..awak pula? begitu....
Dari kiri : Dayah, Mira dan Ain.
Dengan diorang ni la aku menumpangkan diri pergi ke majlis pertunangan Anis. Thanks ye korang sudi menumpangkan diriku ini.huhuhu
Yanti, the best buddy ever. :)
Lepastu, paksa-paksa yanti touch up sebab muka dah berminyak-minyak juga make up menjadi luntur semata-mata untuk mengambil gambar dia seorang.
Tahniah sebab sudah mengandung. Jaga baby elok-elok k. Tak lama lagi i dapat anak buah.hehe :)
Ambik berkat. Katanyaaa...
Dia pun sebok nak ambik berkat tau. Ambik berkat apanya padahal jeles i ambik gambar berdua dengan Anis. kekeke :p
Last-last, Colap menjadi mangsa mengambil gambar kitorang. Kesian Anis yang kecil molek tu diapit oleh dua wanita gebu. Dah la kepala dia berat sebab sanggul berlapis-lapis, lepastu bulu mata palsu hampir tertanggal tapi terpaksa ditahan juga sebab mak andam sudah pulang, pastu kena apit pulak dengan kitorang yang gedik nak bergambar dengan aksi peluk-peluk. Haha kesian ok. :p
Lagi...
Dan lagi...
And lastly, gambar penuh keberkatan ini.hee
Tahniah kerana sudah menjadi tunangan orang, sahabatku. Semoga berkekalan hingga ke hari bahagia.
Aku sangat bahagia melihat kau bahagia. :)
6 butterflies concerned.:
ehem2..bile plak kss nk datang meminang?heeee~
cikgu yana..cam biase kamu di tagged..hehe
fren forever yang. =)
mek ;
ehemm nanti dia datang i nak u pun datang jugak meramaikan majlis tauuuuu.hikk
shida ;
hehehe ye bahek!
mira ;
yeahh together forever gituu~
Post a Comment