Followers

Pages

Wednesday, December 8, 2010

dan aku bencikan kecuaian itu



Assalamualaikum.
Semalam aku ke Tesco Seremban 2 dengan adik.
Saje nak berwindow shopping.
Orang sangat-sangat ramai.
Sesak dan padat.
Parking kereta pun full.
Tapi berjaya juga aku merebut parking yang kosong.
Kami berjalan-jalan.
Masuk kedai itu masuk kedai ini.
Dan tiba-tiba aku rasa nak ke toilet.
Dah masuk toilet, dengan yakin aku keluarkan henfon dari dalam poket jeans aku.
Dan meletakkannya di atas tempat tisu.
Selalunya pandai pulak letak dalam beg.
Handbag aku pulak sangkut kat tempat penyangkut dalam toilet tu.
Entah kenapa hari itu tempat tisu macam memanggil-manggil aku untuk letak henfonku di atasnya.
Dah membuang air, aku pun capai handbag terus keluar dari toilet.
Terlupa terus henfon aku tak ambik lagi!
Serius tak ingat langsung.
Aku dan adik meneruskan aktiviti berwindow shopping.
Dah beberapa kedai kitorang masuk, tiba-tiba aku raba poket seluar aku.
Eh henfon mana?
Raba dalam beg pulak.
Eh? Tiba-tiba aku terbayangkan henfon aku yang aku tinggalkan kat atas tempat tisu dalam toilet tadi.
Berlari aku ke toilet tadi.
Check-check lapan puluh kali tempat yang sama.
Dah tiada.
Dah ada orang lain masuk toilet tu.
Dah hilang henfon aku.
Dah rasa menyesal.
Tapi menyesal pun tak guna.
:(

Aku sangat sayangkan henfon tu.
Aku dah berazam takkan tukar henfon lain selagi henfon tu tak rosak.
Aku beli henfon tu second hand, beberapa tahun lepas masa belajar kat universiti.
Dia tak pernah buat hal.
Dia tak pernah rosak cuma bateri je dah dua kali tukar.
Aku tak pernah jumpa orang lain yang pakai henfon macam tu selain aku.
Sekarang dia dah takde.
:(




Inilah henfon aku yang hilang kerana kecuaian aku sendiri.
Bila mengenangkan dia yang dah berjaya jadi milik orang lain tanpa kerelaan aku, hati aku berkecai.
Gambar-gambar aku banyaaaaaaak sangat dalam tu.
:(


tinggal kenangan~


* Korang yang rasa diri korang ada kena mengena dengan aku, sila bagi nombor korang k. I tetap pakai nombor yang lama.
*___*




* SEDIH YANG TERAMAT*



14 butterflies concerned.:

Anonymous said...

omg, kesiannya. pernah juga kena benda yang sama. handset kesayangan tinggal dalam teksi. sedih woo.

inaaa. said...

alahaiiiii..
kesian nya awk tuu..
macam suruh beli iphone4 jeee.
hik

kamen55 said...

ala ko byk2 bersabar sudah kadang2 benda nih jadik sbb mungkin ade benda or ko termkan duit haram ker... so benda2 nih jadik allah nak tebus lah kat ko.. redha aje lah... cum do2 jerlah jgn ade benda2 terlepas ke internet nnt susah ko!

e m a r o z a i n i said...

kesian kamu...gmbr itu tggl kenangan...

s.h.i.d.a said...

bertabah ye..nak kene bli hp baru tu gune duit gaji baru..ehehehe..kwn aku dulu pon penah kene..tetinggal kejap je pon..huhu..sabar ye~

4feet8 said...

yana, saya pun penah sedey pasal 5320 saya terjunam dalam mangkuk toilet kat opis. citer bulan 2 ritu..hehe..

HEROICzero said...

oh. pernah jugak hilang henset. memang rasa sangat3 bengang kalau jadi mcm ni sebab banyak bende simpan dlm henset tu. gambar2, date2 apointment-meeting-birthdays, contact numbers. haihhh~

its about time kot nak tukar henpon baru. hehehe

yana lyana said...

rara ;

huhuhu.
tinggal dlm teksi?waa sedihnyaa.

yana lyana said...

inaa ;

kite pun tengah usha2 iphone4 ni awk.hikhikk

yana lyana said...

sang kamen ;

pergghhhh komen ko ni memang bedebuk sekali tepat ke jantung. nasib baik aku takde lemah jantung.hehe
thanks 4 peringatan tu. :)

yana lyana said...

kemba ;

kenangan tetap kenangan..huhuhu

yana lyana said...

shida ;

tu lah kan shida?org kate dah benda nak jadi,tinggal kejap je pun dah jadi sebab..takde rezeki...

yana lyana said...

nanie ;

ayooo nanie...i taknak dia masuk mangkuk toilet la sebab tu i keluarkan dari poket jeans..semua nak jadi sebab je..cedey...

yana lyana said...

HERO ;

that's rite bro..aku pon rase macam tu..sedey woo bila benda penting sgt dlm hidup kite tibe2 ilang..tapi apekan daye..rezeki tiada..redha jelah...

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com