Followers

Pages

Thursday, December 30, 2010

ayuh kembali ke sekolah..ayuh!


Assalamualaikum.
Hai semua! :) Tahniah buat pasukan Malaysia kerana menang Suzuki Cup tadi. Beria aku dengan housemate nak makan kat luar malam ni semata-mata nak tengok bola tau. hee




Oh ya sekarang aku ke sekolah dengan mata hitam sahaja. Tiada lagi mata kelabu, mata ungu, mata coklat dan segala mata yang bajet omputih tu. Sekarang pakai yang colorless saja. Tak glamour dah i tauu. hikhik :p

Semalam aku dah mula merasai bahang menjadi guru yang sebenar walaupun tak mula persekolahan lagi. Semalam buat kali kedua aku join mesyuarat guru. Kali pertama aku pernah join masa latihan mengajar dulu. Macam-macam ragam sebenarnya cara diorang ni bermesyuarat. Ada yang skema, ada yang sempoi, ada yang tegas, ada yang lalang, ada yang panas baran.. macam-macam lah. Aku yang baru posting ni just dengar pastu terkebil-kebil mata buat muka comel. kekeke :p Padahal terkebil-kebil sebab tahan mata mengantuk. :p

Aku dah mula rasa bahang bukan sebab apa, tiba-tiba bedebush! dapat satu jawatan. pastu bedebush! lagi satu jawatan. Eh ehh bedebush! lagi jawatan hinggap kat kepala ni. Suka hati je tau jawatan ni datang-datang tau padahal i tak panggil pun tau.




Jom kita tengok tugas yang dah bersedia nak hinggap atas bahu cikgu tak glamour ni :

1. Aku jadi guru tingkatan 4 Cantik ( nama kelas terpaksa ditukar untuk keperibadian hakiki ). Dah la kelas 4 Cantik ni kelas paling hujung kau tahu? Silap haribulan aku akan ajar anak murid aku membaca sebab ada antara diorang yang masih tak tahu membaca. sob..sob..sob... Budak darjah 3 Maju dulu pun lancar membaca tau. Takpe-takpe ini cabaran.

2. Aku jadi penolong setiausaha Latihan Pelajar. Ok bak sini gaji kerani sikitttt. hee

3. Aku jadi penolong setiausaha jawatankuasa SKPM. Hamboii terpaksa terima juga.

4. Aku jadi ketua badan beruniform Pandu Puteri. Hadoii lemah gemalai aku dengar. Kalau bagi Kadet Polis baru rasa tough sikit diri ini kann..hehe

5. Aku jadi guru penasihat Kelab Lanskap. Ni memang secara automatik memang aku lah ketua ni sebab partner aku ialah cikgu yang berpangkat tinggi. Nak pulak dia conduct kelab kann?

6. Aku jadi pengurus sukan bola sepak. hamboii ni paling mencabar emosi ni. hahaha :p Tahu pulak aku nak menyepak bola? Menampar bola ada la jugak kegigihan kan. hehehe 

7. Mengajar subjek Kemahiran hidup (Sains pertanian), Lanskap dan Sains. 26 waktu seminggu! ha ambik kau. hee

Itu lah tanggungjawab aku setakat ini. Kalau ada lagi bagilah lagi. Memang sikit jawatan yang ada ni. I memang banyak pengalaman nak uruskan hal ehwal jawatan yang i pegang tu. :p
Kalau pihak berkaitan baca ni...mati lahhh. haha

Yess selamat datang alam persekolahan !
:)





Oh cerita percutian kat Bukit Tinggi tak habes lagi kan.
Banyak pulak ceritanya..ish3
Kita kiv dulu lah yang tu k.:)

Bye!


10 butterflies concerned.:

H A N S said...

hohohoh..byk giler jawatan..pening3..heheh..aper2 pun, gudluck cikgu!! :)

4feet8 said...

waah..banyaknya tugas..

paling mencabar mengajar kelas belakang, tapi insyaAllah, yana misti boleh handle punya.

bila rasa down, misti ingatkan diri, yang yana ingin menjadi cikgu yang memberi inspirasi kepada murid-murid..

dan ingat selalu, yana berbuat baik kepada mereka, akan ada cikgu in future yang akan berbuat baik kepada anak-anak yana nanti, okey..?

fuh..pjg lebar sungguh nasihat ini..hehe..
selamat bertugas, cikgu..

Kuwe said...

banyak betul jawatan dia. kalu gini. macam mana cikgu zaman sekarang tak pening kepala.

heh.

s.h.i.d.a said...

perghhhh gile banyak jawatan ko dapt..nape la tak bagi jawatan pengetua teros ek..=p apape pon gud luck ye~

Anonymous said...

wei. tamaknya ko. semua jawatan ko nak bolot. haha.

yana lyana said...

hans ;

pening5...hehehe
thanks ye. :)

yana lyana said...

nanie...

thansk nanie sebab bagi semangat n nasihat tu..i try my best to be the best teacher..n hopefully in the future, anak-anak yana dapat cikgu yang bagus juga kan..hee

:)

yana lyana said...

kuwe ;

kann?sebab tu profesion guru ni lah yang paling banyak dapat penyakit darah tinggi..

takpe, hadapi dengan senyuman..cewahh :p

yana lyana said...

shida ;

thanks darling..i memang nak jadi pengetua tapi i malu nak cakap..hehehe :p

yana lyana said...

mira ;

well...u know me kan mira?

kekeke :p

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com