Followers

Pages

Tuesday, July 12, 2011

ketahuilah saya hampir putus asa



Assalamualaikum.







Sekali pandang, korang rasa aku ni sesuai jadi cikgu apa?


Jauh di lubuk hati, aku mengimpikan suasana mengajar yang selesa, sejuk dan tenang. Sesuai dengan jiwa aku yang memang sangat lembut. Cepat touching dan memang tak cukup kental. Aku memang mengakui itu.
Tapi nasib memang tak menyebelahi aku. Rezeki aku mengajar subjek yang lari dari bidang aku. Aku sukakan subjek yang lebih menuju ke arah kejuruteraan awam. Tapi apa boleh buat, aku tak dipostingkan ke sekolah teknik atau sekolah vokasional pun.


Aku diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek mpv (mata pelajaran vokasional) iaitu Landskap dan Nurseri untuk tingkatan 4. Dan satu lagi subjek iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu. Semua subjek yang aku dapat lebih kepada kemahiran. Anak murid aku majoriti ialah lelaki dan kelas hujung.


Di awal tahun haritu, aku rasa subjek landskap sangat-sangat membebankan aku. Aku boleh mengajar secara teori. Tapi bila tiba bab amali, aku jadi tak yakin. Nampak macam senang. Alaa setakat tanam-tanam je pun budak tadika boleh buat kan? Tapi ketahuilah ia tak semudah itu. Aku dah rasa. Macam mana nak handle murid yang nakal, yang malas, yang kurang ajar, yang degil...semua yang negatif. :( Seminggu ialah 12 waktu aku bersama pelajar-pelajar landskap. Bersamaan dengan 480 minit seminggu. Aku tak mampu sebab aku rasa mengajar landskap ni sangat kasar dan cikgu lelaki lebih sesuai bukan untuk cikgu perempuan seperti aku. 
Aku dah putus asa pun sebenarnya.


Aku pernah menyuarakan hal ini kepada pihak atasan, tetapi mereka tetap juga mengarahkan aku mengajar subjek itu. Dan kemungkinan besar aku akan bawak sampai ke tingkatan 5. Ketika itu, aku betul-betul rasa kerjaya yang aku impikan selama ini ialah sangat tak seronok, sangat membebankan aku, sangat menekan perasaan aku. Aku rasa down dan stress. Dan hanya mampu menangis. Ya hati saya memang seperti tisu.


Aku paling rasa down apabila murid aku buat hal. Lepastu kena buat simen fero pulak padahal aku tak tahu langsung macam mana nak buat simen fero tu. Macam mana nak ajar?
Cara yang terbaik ialah aku search kat internet, aku cari video kat youtube dan aku tanya Kss sebab dia pernah buat simen fero masa di maktab dulu. Aku dah ada ilmu sikit dan rasa yakin untuk teruskan projek simen fero tu. Dalam tempoh itu juga, ada beberapa kali aku bergaduh dengan anak murid aku disebabkan kekurangajaran mereka. Aku dapat rasakan aku sudah semakin garang. Aku tak suka tapi terpaksa.


Dengan murid tingkatan 1 dan 2 jangan cakaplah. Rotan sentiasa setia bersama aku. Bukan niat aku nak rotan mereka sesuka hati. Cuma nak takutkan je. Kadang-kadang hilang sabar jugak aku. Zass kat tangan pun dah cukup menakutkan mereka.
Maaf muridku...cikgu terpaksa memilih cara ini untuk mendidikmu...



Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh terima semuanya. :)
Aku cuba untuk tidak stress. Haritu aku buat medical check-up untuk lantikan tetap tu...doktor kata tekanan darah aku rendah. So lepasni taknak layan sangat tekanan kerja. Buat kerja macam biasa dan senyum banyak-banyak. :)




* Projek kerusi simen fero anak murid  i ada yang dah siap uols. Nanti i cerita.
Doakan aku tak stress supaya kekal awet muda dan muka tak berkedut ok? hehehe... *sempat




Bye uols.
:)






6 butterflies concerned.:

Ayeem Jemain said...

kerja yang paling best is kerja yang kita minat dan kita happy buat benda tu. wang bukan segalanya. so, kalau ade alternatif, hehe pandai2 lah buat pilihan ;)

Yatt S. said...

oh kamu cikgu. saya paling respek dengan kerjaya perguruan sebab bagi saya kerja tu tough. masa depan generasi muka sedikit sebanyak tergantung pada guru. saya harap kamu tabah dan kuat kan semangat. pasti boleh !!!!

Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang
Bila Perempuan Dah Hilang Minat Pada Kau

Izwa Kamaruddin said...

cikgu yg comel ni :)

Unknown said...

sabor ajeeee.....memula tuuu memang down lelama okkkk....ikhlaskan diri...secara perlahan2....

Unknown said...

ikhlaskan diri....duit gegaji lobih berkat....senyum 1 sedekah.....rotan wajib bawakkkkk

Unknown said...

apa pun kerja yg di buat try create enjoy n try to live with it..

bdak yg negatif b coz depa nk attention kita.. doesnt mean kita kena rotan.. try buy them gift or blanja mkn secara spontan.. kena kuar modal ckit.. try buat tuk form 4 then till form 5 u akan blh handle depa..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com