Followers

Pages

Friday, July 8, 2011

nasib si hari sukan : part 1




Assalamualaikum.


Minggu ini memang minggu penat. Dari hari isnin aku berada di sekolah dari pagi sampai ke petang. Pagi mengajar, petang pula ialah latihan sukan. Pheww~
Semalam ialah hari yang dinantikan iaitu hari sukan sekolah. Aku ditugaskan sebagai ketua untuk menghias khemah rumah sukan. Sekolah aku ada empat rumah sukan iaitu Onn (merah), Hussein (biru), Rahman (kuning) dan Razak (hijau). I ialah rumah Rahman uols. Kuning ala-ala digi i follow u gitu. hehe...
Di pagi hari, tugas aku ialah berada di khemah sahaja. Hias itu, hias ini, pasang langsir, gantung bunga dan bla...bla...bla...
Pastu semua boleh balik pukul 12 tengah hari sebab pukul 2 petang nanti kena datang semula.








Aku rumah kuning tapi baju sponsor ialah color biru. Tak semangat betul tau. Jadi ketua telah mengarahkan kami-kami si guru rumah kuning untuk memakai brooch bunga color kuning. Comel je bunga tu uols. I suka! heee











Petang itu, tugas aku ialah sebagai ajk hadiah. Maka haruslah aku menyusun medal, piala dan hadiah-hadiah. Cuaca petang itu agak mendung-mendung kerinduan uols. Siap kadang-kadang tu kedengaran bunyi guruh berselang-seli dengan lagu yang dipasang untuk sukan pada petang itu. 
Tiba-tiba kan uols, hujan lebat gila ok. Tak boleh blah lebatnya. Murid semua berteduh kat bawah khemah rumah sukan masing-masing. Yang guru-guru pula berteduh bawah khemah urusetia. I memang kat situ je lah kan. Jaga hadiah takut kena curi. huhu...










Elok je hujan reda, perbarisan pun bermula. Padang memang basah jangan cakap lah. Langit pulak masih mendung. Perbarisan terus dijalankan dengan suasana yang dingin-dingin gitu.









Tu dia rumah Hussein. Rumah sukan Una uols. Rumah yang paling last setakat ni.
Booooo~
hehe...:p (una jangan mara haa)









Ini rumah Onn. Setakat ni, rumah Onn ni lah yang paling mantap. Kira musuh paling ketat lah kan. hahaha.. :p









Ehemm. Alolo comey nye maskot rumah Rahman nii. :p
Rumah Rahman setakat ni berada di tempat kedua uols. Kena berusaha melawan rumah Onn. Cayokk!









Tu diaa rumah Razak. Rumah Kay uols. Tempat ketiga setakat ni. Jangan bagi dia potong!
Musuh musuhh...hehe..

 









Ewahhh. Maskot rumah Razak ialah butterfly. Cantik! Rambut colorful lagi tambah cantik. Jeles i tau...



 







Si pembawa bendera rumah Onn ni dah macam apek cerita Ali Baba tu uols. Tengok tanjak dia tu ha. Siap tutup mata tau.
ngeeeee :D


 






Habes keempat-empat pasukan membuat perbarisan, hujan sambung turun dengan lebatnya. Kali ni paling tak boleh blah lebat. Sangat lebat. Elok je peserta perbarisan beredar, kitorang yang kat bawah khemah urusetia ni berusaha masuk ke tengah khemah sebab kena tempias uols. Aku pulak berusaha nak selamatkan medal dan hadiah-hadiah. Tiba-tiba ribut pulak uols. Khemah pulak terbang! omg. Aku dah terpandang khemah tu terangkat. Pastu aku pandang pulak kipas kat atas khemah tu. Dalam hati aku dah terbayang dah kalau lah kipas tu jatuh, memang mati semua orang. Aku pandang sekeliling, semua dah panik.


Aku memang tak tunggu lama, terus berlari selamatkan diri. Aku perasan jugak  cikgu-cikgu lain pun berlari selamatkan diri. haha.. Memang habes semua benda. Speaker tumbang. Hadiah, medal dengan piala yang dah bersusun tu habes bersepah, kena pulak hujan. PA system pun kena hujan. mikrofon, kerusi vip, laptop dan segala mak nenek bahagian urusetia memang semua kena hujan.


Budak-budak quartermaster terus berkejar tolong apa yang patut. Hujan makin lebat. Hamper-hamper ada yang dah terbarai, medal ada yang terjatuh dalam longkang. Habes semua. :(









Keadaan khemah setelah dilanda ribut. Tadi kemain penuh bawah khemah tu dengan segala benda urusan sukan petang tu. Sekelip mata je dah kosong penangan si ribut. huhu...Bala...bala...



 







Kerusi untuk vip pun habes basah.




 





Paling sedih ajk hadiah la. Tak memasal je kena buat kerja dua kali. Kena bukak ikatan medal la, jemur la, pastu kang kena susun balik ikut kategori. Hamper yang dah terbarai tu kena balut balik. Tak termasuk hamper buah untuk vip yang dah lebam lagi tu. Penat sungguh.





Hari sukan sekolah ditunda pada hari esok.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hari sukan sekolahku pada esok hari. Semoga rumah Rahman juara pada tahun ini. Aminn. :)



3 butterflies concerned.:

Yatt S. said...

errr awak ni cikgu ke? comelnye cikgu. ingatkan budak-budak sekolah yang join hari sukan tu ;)

Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

Wonderful Life with Mary Kay said...

Cikgu comel, budak suka.. HEhe

e m a r o z a i n i said...

ops.kamu.sy pon rumah kuning juge la.hehe. ;p

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com