Followers

Pages

Wednesday, December 23, 2009

i kerja anti rasuah



Bila hari dah makin tiba,
mulalah aku rasa ilmu yang aku ada tak cukup banyak untuk aku sampaikan kepada anak murid.
mulalah aku rasa diri aku tak cukup lengkap ciri-ciri sebagai seorang guru.
mulalah aku rasa gelabah tiba-tiba lupa macam mana nak guna set square t square semua tu.
makin gelabah bila eh autocad macam tak pernah tau apa-apa pun?

macam mana nak pastikan bubble ada kat tengah-tengah bila buat amali ukur aras, ukur kompas segala ukur titik pindah ukuran datum pandangan hadapan tu?

ha tapi kalau suruh ajar step digging bola aku reti la..hehehehe
boleh volunteer jadi guru pengiring bola tampar kalau ada kejohanan sukan. :p
juga amali membancuh konkrit ke sebab macam dah pro masa buat psm dulu even tunggang terbalik bacaan kekuatan mampatan konkrit aku apa ada hal. hahaha

walaupun mendapat pujukan dari ayahanda masa hantar ke kuantan nanti boleh pergi cuti-cuti.
fraser hill?
sejuk mana pun fraser hill tu aku rasa tak dapat lawan perasaan dalaman yang sejuk menghadapi hari kejadian. ishh macam parah je aku ni. hee annoying sungguh ko yana!




* aku bakal menyepi dan duduk di luar arena internet untuk tempoh yang lama jadi jangan kata aku sombong tak balas komen okay :)





Tuesday, December 22, 2009

trouble is a cat


Di suatu petang yang nyaman ketika aku baru pulang dari membeli sepasang baju kurung ditemani encik kamalshazni....
aku tengok adik sedang membelai-belai baby.



"adik, kalau baby mati nanti ko sedih tak?"

"mestila, dia lah kawan adik selalu teman adik, dah macam adik sendiri dah tido sama berak pun kena basuh macam manusia,....bla...bla..."

tiba-tiba mata dia berkaca.

"ko nangis ni kenapa?"

"aah kan nangis kenapa..feeling la..hehehe"

kitorang pun gelak-gelak. adik aku feeling lebih pulak aku tanya main-main je bahahaha. :p
aku ni yang patut nangis nanti nak tinggalkan rumah dah takde nak jumpa-jumpa baby lagi sekali aku balik seremban tengok-tengok baby dah besar dah kenal aku. huhuhu!



Lagi empat bulan tak dapat jepp baby nak kecik macam tu. hari-hari makan friskies la whiskas la memang sayang tak boleh blah.
Dia kalau bergurau agak ganas siap gigit macam dia takde gigi je. ibunda cakap sebab masa kecik ibu dia tak sempat ajar kalau bergurau kena simpan kuku, gigit jangan kuat-kuat.

sebab tu bila dia jumpa anak kucing lain, nak main-main dia bantai gigit kuat-kuat macam dia gigit manusia. gila! memang la ibu kepada anak kucing tu mengamuk bahahaha

Adik aku dari alergik teruk pada kucing terus baik. hahaha dah hari-hari mengadap je lali dah kot alergik dia tu. :p




okay sampai uniten dia pernah jejak :p


* oh ya encik pahang dah komen di entri lepas, encik pahang still mahu kawan dengan saya? :p




Sunday, December 20, 2009

sunday blues


Happy Sunday....

Semalam aku berblog-walking. singgah sana singgah sini.
pastu aku berjaya mengesan somebody somebody but you! kekeke
somebody tu pernah kutuk aku bukan main lagi kat tempat lain masa aku di era kejatuhan dulu.
yang aku pelik tu apalah dia nak dah letak aku kat level negatif lima pastu tiba-tiba menonjolkan diri komen di medan aku.
mula-mula aku tak perasan tapi lama-lama eh dia ni ada kat sini pulak?
bukan setakat di blog tapi di facebook juga ada menambah senarai rakan.

aku ingatkan perempuan je yang suka mengumpat buat ketupat nih tapi lelaki pun dua kali lima je.
betul la kata orang,
manusia memang suka tengok bila orang lain jatuh,
masa tu memang kita pun berpesta la ramai-ramai membatu apikan keadaan,
padan muka dia la, kau patut malu la, blog kau baik tutup la..macam-macam lagi.

kepada "encik pahang" yang terasa..
you are not allowed here, terima kasih kerana bersama-sama mengondem aku dulu.
pergi main jauh-jauh ye cari mangsa lain.



gingerbread man

gingerbread man itu maknanya christmas is around the corner!
bukan christmas yang aku nak highlight kan tapi birthday ayahanda ialah sehari selepas christmas day.
sekali lagi bukan birthday ayahanda ialah main highlight tapi.........

HARI MELAPOR DIRI DI SEKOLAH!

wow sudah semakin tiba. :)

tak cukup lagiiiii........



plus....penjauhan dari encik itu. :(
sekian.

* "encik pahang" yang aku maksudkan, kalau kau berani kau comment la entri ini. :)




Friday, December 18, 2009

dari mata turun ke hati


Sekarang  monocular vision aku sungguh terang. :)
kata orang pakai cermin mata kita nampak lebih educated tapi bagi aku tak. sama je. cermin mata tak menggambarkan tu semua. lagipun bila aku pakai spek nampak tak cantik lah bahahaha...:p

Petang tadi aku ke kedai cermin mata di kota seremban. tapi bukan nak buat spek sebab spek aku yang sedia ada dah layak bagi title masing-masing dah. ada yang takde bingkai ada yang kaler pink ada yang kaler oren tapi semua pakai time dalam bilik kuliah je.

Tadi aku beli contact lens tapi colourless saje bukan biru, kuning atau coklat hazel sebab aku sedar aku ialah melayu tulen. (hahaha padahal budget tak cukup)


ohh begitu...ohh begini...


Penerangan cara memakai contact lens yang macam ceramah motivasi. gila lama penat aku tunggu padahal dah faham dah cara dia macam aku tak faham lagi. huh layankan jer. (-.-)

" kenapa u nak pakai contact lens tak mau pakai spek saja kan lagi senang?"


" saje je auntie, pakai spek i tak selesa la..i nak mengajar nanti.."

" ohh u cikgu?" terus dia tabik aku tapi takde la spring.

" hormat cikgu! " 

tiba-tiba je kan. aku senyap je la terkesima. hahahaa :p

Okay lepastu makan. petang-petang patutnya jogging bakar lemak tapi petang tadi menambah lemak.





Dapat pulak roti planta ngan air teh tarik di kala hujan-hujan sedikit tadi lalu menampakkan pipi dah gemok sikit. okay fineeeeee.


* siapalah yang cipta contact lens memang ciptaan yang canggih!





theraphy emosi



Salam Maal Hijrah 1431H


Dah lama rupanya aku duduk di rumah setelah berakhirnya sebuah episod perjuangan.
hari-hari aku tengok perubahan dalam diri sikit demi sikit. 
hari-hari aku berdoa untuk ditunjukkan mana yang benar dan disedarkan mana yang salah.

distraktor kita ada di mana-mana.
aku tak menangkan diri aku dengan mencari salah orang lain.
im trying to adapt myself
cuba mengasihani diri sendiri supaya orang lain tak perlu susah-susah buat begitu.
supaya persepsi antara kita semua indah sahaja.


cukuplah theraphy emosi untuk kali ini.
aku bukan menjual cerita cz i know people wont listen.
i jz expressing my feeling with kata-kata sampah sahaja.
lebih baik jangan berkonfrantasi. 




* selamat tahun baru! :)





Tuesday, December 15, 2009

another silly story



Selamat sejahtera. cehh tak pernah bagi ucapan selamat tiba-tiba kali ini ada pulak takpe kan.. :p
Tersebutlah alkisah yang aku rasa tak salah untuk dikongsikan di medan maya ini.

Kisah berlaku selepas maghrib tadi ketika aku sekeluarga sedang asyik menonton siaran ulangan Nur Kasih.

Ayahanda tengah bersiap-siap mahu pergi majlis perpisahan ke apa tah kawan dia yang nak pencen dekat berek. pastu ayahanda minta aku ambik kompang dia dalam kereta kat belakang rumah. (kereta ada dua. halaman rumah kecik so satu kereta parking depan rumah, satu kereta lagi kasi parking belakang rumah)
pastu, aku pun menurut perintah even tengah kusyuk tengok Remy Ishak sangat romantik melayan Tiz Zaqyah dalam tv. :p

Sebaik sahaja aku bukak pintu belakang rumah, memang terus nampak kereta la. tapi aku terkejut. bukan terkejut tengok kereta tapi terkejut tengok ada kucing jiran belakang rumah bawah kereta tu. kucing tu tak bergerak. bila kakanda check, rupanya kucing tu dah mati.

Okay untuk mengelakkan salah faham, makcik belakang rumah pun dihubungi...



"eh kucing tu memang dari tengah hari tadi lagi acik nampak mulut dia dah berbuih..kena racun kot..takpelah biar je dia esok acik suruh budak-budak ni pergi tanam..acik nak keluar ni.."



Ohh baiklah makcik. tetapi oleh kerana warga rumah aku penyayang-penyayang semuanya, jadi tak sampai hati nak biarkan je mayat kucing tu. oleh kerana aku sangat takut dan tak sampai hati nak tengok mayat kucing tu, jadi kakanda yang angkut dan masukkan dalam plastik. niat di hati memang nak tanam tapi rumah aku ni kemiskinan tanah. tanah takde. depan belakang simen. taman perumahan area rumah aku pun takde sungai. takkan nak buang dalam longkang kan?

So, ibunda suruh buang kat tong sampah besar kat area pasar je. Aku ngan kakanda sahaja lah yang pergi.

Sampai je kat pasar, tempat tong sampah besar tu gelap gile dan kebetulan ada 2 orang pekerja MPS (Majlis Perbandaran Seremban) kat situ tengah angkut sampah. (ohh baru ku tahu mereka angkut sampah malam-malam rupanya) Aku ngan kakanda buat selamber je la kan parking tepi tong besar tu. kakanda pun turun, ambik plastik hitam berisi mayat kucing tu dan masukkan dalam tong sampah besar.


TAPI...


Aku syak pekerja MPS tu macam meragui aku ngan kakanda. diorang pandang semacam je. masa kakanda pergi buang plastik hitam tu, salah seorang pekerja tu tengok nombor plat kereta bukan main lama lagi. haa mesti diorang ingat aku ngan kakanda ialah pasangan yang dah terlanjur pastu buang bayi.

hahahahahaha. lawak gile. dah la kakanda pakai singlet putih pagoda tu je dengan jalan  macam gangster je kan.

hadoiii kalau la betul-betul nanti ada kes buang bayi kat kawasan tu mesti nombor plat kereta ayahanda tu naik kat list polis. hahahakhakahkkk


* nauzubillah...aku mintak jauh la kes buang-buang bayi ni dari rakan-rakan semua ye...



Monday, December 14, 2009

kalau hati dah rasa meluat


Tadi ber ym dengan kakanda yang tengah bekerja di sekolah....




Siapakah yang aku maksudkan tu.....?
*teeeeeeeet*
ade aku kesah kalau dia baca? :p



i love u baby!


kenapa saya sayang kucing saya?

sebab.....

  • ini kucing pertama yang aku bela.
  • dia pandai buang air kat toilet sungguh bijaksana mungkin sebab aku angkut dia masa di alam universiti.
  • bulu dia tak gugur dan selembut sutera.
  • sebab dia aku bangun sungguh awal setiap hari di hari-hari cuti.
  • sebab dia aku boleh kekal slim sebab kejar dia sebab dia kejar anjing.

.catwoman.

Disebabkan banyak sangat sebab maka ambik yang penting-penting sahaja.
Kenapa kucing sungguh pandai mengambil hati aku dia main cakar-cakar sampai tangan calar pun tiada rasa marah malah lebih sayang.

Jiran sebelah rumah aku ialah orang indon. hari tu dia ada pesan kat ibunda suruh bagitau aku, anak dara tak baik kalau sayang sangat kat kucing nanti kawen tak dapat anak. hahaha first time aku dengar ajaran dan kepercayaan apakah itu? mengarut merepek meraban jer tapi kalau betul boleh sesiapa perjelaskan pada aku yang kurang jelas ni? huhuhuhu..


* tak salah sayangkan binatang tapi berpada-padalah. :)



Friday, December 11, 2009

kecantikan buat 'diva'


Petang tadi aku berjogging.
Aku rasa tadi sangat better than before.
Sebab aku berjaya buat sampai empat lap.
Even ade stop-stop tapi tetap muka merah dan badan basah.
Aku puas hati.
Yess banyak terbakar lemak aku nih..kataku dalam hati.

Tapi.


Harapanku hancur pabila tadi makan sefamily kat luar.
Makan banyak tak ingat dunia.

Yong tau fu.
Tahu bakar.
Ikan pari bakar.
Sotong kangkung.
Roti bom.

Takkan aku nak tolak semua tu?
Lepas makan terus rasa menyesal.
hahahahakk. :p


* ye baiklah esok mula bersemangat untuk jogging lagi.



Wednesday, December 9, 2009

sayangilah warga tua


petang semalam plan mahu berjogging di lake garden.
pastu tak jadi.
pastu pergi giant menghabiskan masa petang.
kat giant, tetiba ternampak bekas kekasih punya adik.
eh bukan ternampak tapi memang nampak.
lalu sebelah-sebelah lagi.
aku senyum bukan main manis lagi kat dia.
tapi tiba-tiba dia buat-buat tak kenal.
buat-buat tak nampak.


apakah?


ewah macam aku heran sangat kat ko.
muka kalau cantik takpe.
tak sesuaii la ko nak belagak diva camtu.
kalau kau kakak takpe lagi ni kan aku lagi tua?
tua tua aku pun masih cun dari ko.
takde nak sombong-sombong tak tentu pasal haih.


* senyum itu sedekah. jadi senyum lah pahala pun dapat free kann. :)



Tuesday, December 8, 2009

nak kena tag?


hai hai haiii...:))
first of all, thanks to kawan-kawan yang memberi semangat kepada aku pada entri lepas..:)
aku ditagged oleh rumate. (bolehkah guna gelaran itu lagi?hehehe)
dah lama tak layan tag tag ni tapi tag ni macam sedap je tambahan pula masa terluang yang ada adalah sungguh banyak. huhuhu!
mari layannzzzzazzz! 


Name : Liyana
Sisters : Just one and only. (adek ipar ade 2..hikhikhik)
Brothers : Fahmi and Faez.
Shoe size : 7 sekarang i makin suka mengumpul wedges. :)




wedges yang masih baru. :p

Height : Berapa ek lupa la..165cm kot.
Weight : aippp ni rahsia.
Where do you live : Taman Seremban Jaya, Senawang, Seremban.


Have you ever.....


Been on plane : Tak. huhuhu teringin!
Swam in the ocean : erm..kat tepi-tepi je ade la..snorkeling dikira tak? heee.
Fallen asleep at school : yes. masa kat ttj dulu sebab duduk asrama. masa i outsider, segar bugar je mata. :)
Broken someone's heart : yess! but act i tak macam tu cuma keadaan memaksa. (-.-)
Fell off your chair : adoii malunye. tapi ade ke? lupa lah makan semut banyak sangat.
Sat by the phone all night waiting for someone to call : huih takde maknenye!
Saved e-mails : yes biasanya email yang rare.


What is your room like : 


Must have : air-cond! hahaha tipu i tak cerewet asalkan yang penting-penting ada.
Others : benda-benda merepek banyak la tapi i sangat nak bilik yang ade toilet. :p
What's right beside you : sofa dengan baby yang tengah tido nyenyak comel. :)
What is the last thing you ate : Mihun goreng kampung i masak untuk breakfast.


Ever had..


Chicken pox : Tak pernah tu yang rasa risau nih.
Sore throat : Pernah tapi dah lama tak kena.
Stitches : Tak tapi takotlah nanti give birth surely kena kan. hohoho
Broken nose : Tak jugak. alhamdulillah....:)


Do you..


Believe in love at first sight : Yes tapi tak semestinya berkekalan macam i jatuh cinta kat farid kamil la..hahaha
Like picnics : Suke tapi ade tak picnic yang langsung tak berpanas? heeee~


Who was/were the last person..
.
You danced with : adik! hehehe...(adik...you know that...awwwww suka nyahh)
Made you smile : my shazni. :)



shazni.


You last yelled at : baby! dia keluar rumah i tak bagi sebab dia nak kawan ngan anjing. ape la baby ni.


Today, did you..


Talk to someone you like : Belum lagi sebab dia belum bangun tido. hehehe
Kissed anyone : ermm no.
Get sick : Mintak jauh.
Talk to an ex : Ape kejadahnya tak ingin la nak muntah. wekkkkk!
Miss someone : Yes now i'm already feel it.
Who do you really hate : I cuba untuk tidak membenci. :)


Random..


Is there a person who is on your mind now : Yes.
Do you like your hand-writing : Suka bila tengah rajin. hakhakhakk
Are your toe nails painted : No tapi macam rasa nak pakai inai la. :)
Whose bed other than yours would you sleep in : My parent.
Are you friendly person : erm..you judge me.
Do you have any pets : YES.
Do you sleep with the TV on : Yes. Kadang-kadang bunyi cerita dari tv tu masuk dalam mimpi.hehehe.
What are you doing right now : ketuk ketak ketuk ketak (bunyi kekunci pad laptop)





Can you handle the truth : Kebenaran? ye jika saya di pihak yang betul.
Are you closer to your mother or father : Ibunda.
Do you eat healthy : emmmm tak kot main makan je. hahaha.
Do you still have pictures of you and your ex : Tak sebab ex i langsung tak hensem macam bangla.
You're having a bad day, who are you most likely to go to : Adik kot...yeke dik?
Are you loud or quiet most ot the time : Berdiam lebih baik.
Are you confident : Confident tentang ape ye?


5 things i was doing 10 years ago..


1. Mencari hala tuju identiti diri.
2. Mencari-cari kerjaya yang bersesuaian.
3. Makan tanpa mengira keadaan badan sebab tu dulu i gemok! (sekarang gemok sikit je..haha)
4. Melepak setiap petang sambil membuat ketupat dengan bestie yang jenab. hohoho.
5. Mencari cinta sejati yang akhirnya kecundang. sengal kambing betol!


5 things i would do if i were a billionaire...


1. Belikan rumah mewah untuk ayahanda bonda.
2. Bawa mereka menunaikan fardu haji.
3. Melancong dengan kesayangan. :)
4. Beli itu beli ini untuk my siblings.
5. Kahwin dengan suasana mewah bertaraf 5 bintang gituu. hahahaa :p


5 of my bad habits..


Ish takmo jawab lah soalan ni kantoi la semua orang tahu. heeeee. peace~!


5 places i used to live..


1. Seremban, Negeri Sembilan. ( my sweet hometown.)
2. Londang, Melaka. ( my matriculation college's life. )
3. Batu Pahat, Johor. ( my degree's life.)
4. Kuantan, Pahang. ( my practical )
5. Ipoh, Perak. (pssssst, our future plan. :))


People i tag...


Anda yang tengah baca. takmolah mention nama nanti bukan korang buat pun. kan? kan? kan?
heeeee~


* berpeluh jugak menyiapkan tag neh..sungguh berusaha! hahahae




Monday, December 7, 2009

teacher to be



Cikgu Nurliana..hehehe. :p


kurang sebulan je lagi aku akan menjalani latihan mengajar. kenapa aku pilih untuk jadi cikgu? kenapa bukan selain cikgu? ini pilihan terakhir ke?


bukan bukan dan bukan lagi.


aku memang mintak pendidikan sebagai pilihan pertama. sebab masa kecik-kecik dulu aku pernah mengidolakan seorang cikgu masa sekolah rendah sebab dia cantik! hehehe sebab tu rupenye. :p



aku bakal menjalani latihan mengajar di sekolah menengah teknik seri pelindung, kuantan, pahang. kenapa praktikal kat situ? kenapa tak buat kat teknik tuanku jaafar je kan dekat dengan rumah lagipun tu kan sekolah aku dulu? kenapa?


kalau mintak jawapan hipokrit aku :

ialah untuk merantau dan menimba pengalaman di tempat orang.


kalau mintak jawapan realiti dari aku :

sebab aku dianiaya!


bila bercakap pasal latihan mengajar ni hati aku jadi bengkak balik bila mengenangkan aku dikhianat kawan sendiri. dan sepanjang kehidupan aku, aku tak pernah rasa perasaan yang tersangat down macam tu. upsr, pmr, spm aku tak dapat straight a's pun aku tak nangis macam tu. serius hati aku cedera sangat parah.


tapi takpe, hati aku semakin matang sekarang sebab boleh menerima hakikat itu. hakikat yang kawan kita tak semuanya kawan. kawan kita ada yang sebenarnya lawan. pandai-pandailah memilih kawan dan jangan percayakan kawan 100% ok.


kepada lawan,
semoga kau gembira berlatihan mengajar di bawah ketiak family di kala aku berperit getir seorang diri mencari kesesuaian dengan rakan baru di negeri yang sungguh jauh. 
terima kasih banyak-banyak!  
(kalau kau makan cili pasti kau rasa pedasnya..aku tak sekejam engkau untuk meletakkan link belog kau kat sini. sila berterima kasih.)


haihhh beremosi ye nampaknye. senyum senyum takmo ketat-ketat nanti nampak tua. hehehe. :)


persediaan aku dah buat sikit-sikit. tempah name tag, study balik silibus form 4 kejuruteraan awam, pilih baju kurung yang santek :p dan tidak dilupakan beli cop good luck tu yang tak boleh bla tu. hehehe. cikgu praktikal kan sinonim dengan benda-benda tu. same to me la. hahee


macam-macam aku rasa. berdebar,excited, cuak pun ade. subjek micro-teaching membantu sikit sebab macam situasi mengajar betul-betul tapi suasana tu lain. murid-murid sebenar ngan murid-murid tipu (classmate) jauh bezanya. huhuhu!


*semoga aku kuat fizikal dan mental menghadapi semua ni.tak sabarnye!



Sunday, December 6, 2009

caring daring


aku dilahirkan dengan penuh rasa sayang terhadap binatang. tak tau lah kenape. tapi yang pasti sejak dulu lagi aku suka pada binatang-binatang yang boleh dibela. :)

arnab la, hamster la, kucing la. rasa geram je nak pegang-pegang. maybe tu dah memang sifat semulajadi aku. kalau makan kat kedai makan, kan biasa kita tengok kucing mengendeng-ngendeng kat kite mintak makanan kan? aku suke! hahaha. orang lain sibuk halau sepak pukul kucing tu, aku pulak biar kan saje dia mendekati aku. dapat pulak kucing yang comel and bersih, lagi lah aku suke. hehehe. :p

jadi disebabkan itu maka aku membela seekor kitten yang comel bernama BABY. bukan setakat comel fizikal tapi juga comel tingkahlaku. hehehe.

kucing ialah binatang kesayangan nabi yang juga ada perasaan. aku pernah nampak kucing menangis sebab aku mandikan dia bukan dengan air suam. kesejukan lah dia pastu merajuk tak nak dekat ngan aku. hahaha! seriusly sangat sweet. :))







act entry ni khas buat si dia yang jauh di sana. Baby ni aku adopt masa study week aritu. pahit getir final exam semua disaksikan baby. huhuhu. jadi si dia ini juga pernah merasai suka duka menjaga baby. hehehe...

to si dia...
semoga kerinduan kamu terubat. :)
bukan saja baby rindukan kamu tapi saye juge. 


* seisi keluarga aku menerima seadanya kehadiran baby sebagai anggota keluarga baru. heheheheee~




Tuesday, December 1, 2009

gadis kfc hawt


Aku rasa cuti lama-lama macam tak berbaloi dan semakin menambahkan berat badan. cuti kejap-kejap pun rasa macam lagi tak berbaloi sebab tak puas rest kat rumah.

manusia manusia....memang tak pernah puas.
hehehe.

menghabiskan masa menonton wayang cerita gempak-gempak pun misi dah selesai. cerita new moon best tapi kenapa aku rasa cullen dah macam tak macho sangat. yeahh biskut Jacob itu lagi macho selepas berambut pendek. i likee. heeee~




masa aku nak beli apa yang patut kat kfc, tukang sambut order aku tu perempuan. mekap bukan main lagi. blusher mengalahkan si opera cina, lepastu mekap mata macam kau nak pergi bersanding kejap lagi. kebanyakan kfc aku pergi mesti pekerja dia mekap tebal-tebal camtu kenapa eh? okay lah takpe aku tak kesah pun sebab cantik jugak kadang-kadang tapi kenapa muka kau dah macam kau sembelit lima hari tak reti nak senyum.

aku order snack plate pastu aku mintak ayam bahagian thigh ngan drumstick. aku rasa dia angguk, malas la aku nak ulang-ulang. tiba-tiba dia bagi bahagian lain yang kecik pulak tu. aku cakap la eh saya tak nak bahagian ni boleh tukar tak. dia pun macam nak marah cari bahagian yang aku nak tu.

takde lah, katanya. (muka ketat)

aik nak marah pulak tu bukan kerja kau ke? kataku dalam hati.

takpelah bagi yang original pun takpe aku cakap. dia pun laju je ambik ayam tu. muka tak boleh blah. nak kerja ke tak nak dikk?? adik ke kakak aku pun tak tau. sebaya kot.

kalau order set snack plate sure la dapat air sekali kan. nama pun set. tapi dia boleh tanya nak air sekali ke?
hadoii amende la dia ni kerja kat situ tapi tak tau. kalau tak tau aku takdelah kesah sangat tapi muka kauu...ya ampunn macam ha*amjadah juadah.

kerja kuli kfc je belagak macam owner kfc. meluat. wekkkk!


* sepupu aku yang dah beranak satu makin selim pulak. aishh ai tergugat! hehehe.




Thursday, November 26, 2009

malu itu tandanya i sopan

tajuk entri masih lagi gedik dan tiada kena mengena.


First of all, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kat semua yang beragama islam. tapi kat tempat aku sambutannya ala kadar saje tidak semeriah hari raya aidilfitri. surely kat pantai timur meriah giler kan. ape-ape lah, same-same lah kite berkorban ape yang patut. :)


ade silly momento aku nak share ngan uols....



my ibunda kerja arini so tanggungjawab di rumah semua ialah di bahu aii. huhuhu. pastu tadi ibunda call suruh pergi kedai beli barang-barang untuk buat rendang. so aku pon menurut perintah ngan adek. 


pastu dah sampai kedai, aku pun belilah santan kelapa, lengkuas, kerisik dan bahan-bahan lain.
pastu dah abes semua, uncle kedai tu tanye la ade ape-ape lagi adikkkk?
aku pun dengan yakinnya cakap ermm daun serai ade uncle?
uncle tu dengan muka pelik..daun ape?
aku ulang lagi daun serai uncle....
uncle tu senyap...
aku pun tersedar tibe-tibe...eh eh bukannn.daun kunyit daun kunyit bukan daun serai.
hahaha..uncle tu pun ha kalau daun kunyit ade la daun serai takde.
mesti dia pelik ade jugak orang nak beli daun serai wat mende??hehehe..



ade ke orang masak guna daun serai?hahaha.


ai tahu masak la uncle ai kenal apa itu daun serai and daun kunyit.
tadi tersilap saje..adik kat tepi siap gelak beriya merah-merah muka..
rase nak lempang jer..hehhh.


*malu jugak sebenarnye muka uncle tu memang muka perli aku hoh.heeeee~  







Sunday, November 22, 2009

momento yang ditunggu


all begin....

tamat persekolahan + tamat pengajian = mula persekolahan.
itulah kitaran.
kitaran career hebat namenye.
cececehh.

aku berada di seremban untuk satu tempoh yang agak-agak sedikit lama.
menjadi suri rumahtangga sepenuh masa mengganti ibunda.
hehehe. :p
ape nak buat.

semalam aku balik naek lori polis.wahhh naek lori kau.hahee
dah macam ape je aku rase.
perjalanan jauh-jauh tapi naek lori. eh eh jauh ke..teeet.
heeee~
tapi nasib baek aku duduk depan.
kalau duduk belakang dah macam minah indon pendatang tanpa izin jer.
kekeke.

dengan membawa sekali si anak kucing itu.
mengiau je tak reti benti.
malu jugak ngan kawan ayahanda.
dah besa-besa pun sebok nak angkut anak kucing.jauh pulak tu.
dah besa-besa pun ade jugak teddy bear teddy bear.
hahaha pedulikk.
ai dewasa tapi masih berjiwa ala-ala gadis gadis gitu.
hahaha. :p

masa ayahanda nak angkut barang-barang aku masuk dalam lori,
ayahanda sempat pandang dalam rumah sewa aku tu.
terkejut gila dia sebab banyak gila barang.
penuh kat floor tu ruang nak jalan pun hampir tiada.
tapi tu bukan barang saye lah ayahanda.
tu barang si lelaki-lelaki yang nak sewa rumah tu sem depan.
hehehe.
mau pecah tayar lori kalau tu semua barang aku. :p

dah lame tak bercinta.
si cinta ade lagi menempek kat batu pahat tu gi amik kursus-kursus lah pulak.
rindu rinduan lah.
hehee lalala~

takpe takpe ai tunggu. :)




ibunda memberi cadangan suruh berniaga ape-ape nanti ade untung boleh beli kasut pergi latihan mengajar.
apakah?ibunda nampaknya memerli di situ. heee dush!


*selamat bercuti anda-anda semua~!!





Thursday, November 19, 2009

goodbye my lover goodbye my friend



cehh tajuk nak jiwang-jiwang.heeee.
macam dah bersawang ke blog aku nih?
haha..intenet dah takde.
maklumler duduk rumah sewa dan akhir-akhir waktu cam ni semua pun dah kasi potong.
pastu tibe-tibe rase broadband sangatlah penting.
hahaha.
takpe takpe ni dah malam akhir aku kat sini.
berakhir sudah...heee
tak perlu explain lebih-lebih.
masa untuk meninggalkan tempat ini.
mula-mula suke sangat.
lama-lama sedih pun ade.
normal la perasaan macam tu kan.








thesis yang dah jilid.
harga boleh tahan nak ratus jugakk.
heeee.


sekarang fokus untuk latihan mengajar ye murid-murid. :p
tempat latihan mengajar aku jauh.
berbatu.
nanti ai hupdate kat mane ek.



ye si oren itu turut same pulang ke seremban.
kesian dia terbuang takde sape nak jage.
so ai yang penyayang ini terpakse angkut dia pulang.
naek land rover pulak tu.
gasak la kau.
hehehe.


oh ya.
kelmarin ialah hari jadi si adek.
saya sangat sungguh merindui.


*curik dari myspace dia


muka mereka adalah same kan?
stella hudgens tu adek vanessa hudgens.
kenapa kemba adik macam artis tapi kemba i bukan artis??
hahaha. kemba jangan mara aaaa.

selamat tinggal rakan-rakan.
selamat tinggal Parit Raja.

selamat tinggal UTHM.
aku pasti merindui semua.
kita pasti jumpa lagi....
:'( (sumpah tersedih)



* selamat datang dunia baru. :)
 




Thursday, November 12, 2009

belilah tilam vono


Malam-malam sejuk cenggini aku rase cam nak cerita seram sikit la. haaa aku tak tau bagi korang seram ke tak tapi bagi aku yang penakut ni seram gak la. hahaha...
Ni cerita my encik.


Beberapa bulan yang lepas...

Ibunda kepada my encik ni dah membebel-bebel suruh dia pergi buang tilam lame sebab diorang dah beli tilam baru. Ade la dalam 3 tilam. Tapi my encik ni cakap nanti la tunggu malam sikit, siang-siang orang nampak segan la. (segan sebab tilam dah buruk sangat kot..hehehe)


Lepastu, disebabkan my encik ni kalau kat Seremban, malam-malam keja dia memang keluar jela ngan kengkawan sampai lah 2 3 4 pagi. So, malam tu dia balik dah pukul 3 camtu la tapi terpaksa jugak pegi buang tilam-tilam lame tu.


Tempat nak buang memang dah shoot dah kat tong sampah besar kaler hijau tu kat area Stadium Paroi. (dekat je ngan rumah my encik). Pastu my encik pun angkut la tilam-tilam tu sumbat dalam kereta.


Sampai je kat area yang nak dibuang tu, tiba-tiba tong sampah hijau besar tu takde. Selalunye ade. Okay my encik cool saje takpe-takpe carik dulu...


Drive punye drive..my encik pun nampak la tong sampah hijau tu tapi kat tepi KAWASAN PERKUBURAN.  Apakah? heheh tapi my encik cool lagi takpe-takpe maybe ade orang alih sebab kawasan kat Stadium Paroi tu tempat bazar ramadhan. 


Pastu dah parking elok je kat tepi tong sampah besar tu yang juga di tepi kawasan kubur tu, my encik pun angkat satu tilam masuk dalam tong sampah. (tilam agak berat so agak lama masa pengangkutan itu ye anak-anak). Pastu, bila masuk tilam kedua, my encik tiba-tiba rasa seram sejuk. Tak keruan je macam ada yang tak kena. Pastu berani pulak dia pandang kawasan kubur tu kot-kot 'ada' yang tengah memandang dia..huhu..tapi takde..Pastu tengok pulak kat pagar tepi kubur kot-kot 'ada' yang tengah bertenggek memandang dia..huhu tapi takde jugak..fuhhh suspen.


My encik cool lagi masih gagah angkat tilam kedua dan terakhir dengan sepenuh daya. Berat la katekan tah tilam hape agaknye. huhuhu.


Dah setel semua, my encik pun beredar. Perjalanan pulang ke rumah my encik ialah melalui satu rumah besar yang kosong. Orang-orang kat situ panggil rumah tu rumah putih. Rumah putih tu besar and dah lama takde orang tinggal. Seram wehh.


Perasaan seram sejuk my encik tak abis lagi sejak dari mengangkat tilam kedua tadi. Then bila lalu depan rumah putih tu, tiba-tiba my encik dengar satu suara lelaki berkata "BERHENTI!!".


My encik pun berhenti. ishh berani pulak dia berhenti. Bila aku tanye kenapa u berenti? My encik kata, mane i tau dah orang suruh berenti i berenti la. Cehh boleh pulak. heeeee~
Lama gak dia berhenti kat tepi rumah putih tu. Dalam 2 minit camtula pastu my encik pun jalan. Dan rasa seram sejuk tu terus hilang. 

Haaaa ish ish ish.....



Itu tandanya apa ye kawan-kawan?


Aku rasa 'benda' tu tumpang kereta my encik dari kubur sampai rumah putih tu la. Kalau fikir logik, hantu kan boleh terbang kenapa nak tumpang-tumpang orang naik kereta pulak? amboii pemalas eh kau hantu. hahahaha...


Seram tak seram tak??


heeee.


Baru-baru ni...


Kan aku dah ade buah hati baru kan? (buah hati = anak kucing). Aku bela je anak kucing tu sebab macam best je dia lincah-lincah buat hilang tension time study week ni kan. Anak kucing tu tiba-tiba ada kat depan rumah sewa aku. Ade orang buang kot.


Lepastu, ade satu petang tu masa aku naek skuter nak gi makan, aku lalu la lorong tepi rumah aku tu. (memang selalu lalu situ pun). Tiba-tiba aku dengar bunyi kucing mengiau betul-betul dekat ngan telinga aku walaupun aku pakai helmet tebal. Mustahil la bunyi kucing kuat gila sampai terasa kat cuping telinga aku ni, lagi-lagi tengah bawak moto kan bukannye jalan kaki. 


Ish musykil sungguh.


Aku buat andaian mungkin tu suara ibu kucing yang aku bela tu nak ucapkan terima kasih sebab aku sudi jaga anak dia. Mungkin tu roh ibu kucing tu. Apakah?? hahaha merepek-repek je andaian.
Tapi seram memang seram. uhuhuhu...


Sekian sahaja cerita seram. Terima kasih kerana sudi baca. 
kekekeke :p



* Rasa nak taip tapi tak tau nak taip apa ini lah jadinya. heeeee.




Saturday, November 7, 2009

bebola pelamin besh gituw


Selamat bertunang, Yanti....

Okay untuk menunaikan janji jadi aku pun pulang untuk pergi majlis pertunangan minah tu. Even jiwa masih dibelenggu mood final exam aku pergi jugak untuk tak menghampakan.  
Sila terharu sekarang ye yanti. :p
Aku gerak dari rumah pukul 10 pagi memandangkan majlis start kul 12. Dah lame aku tak lalu jalan Bukit Putus kat Kuala Pilah tu. Dah la bengkang-bengkok nasib baek tak mabuk. hahahaa.




Sampai je rumah nenek dia tu, dia baru nak dimekapkan. Gila ramai orang macam kenduri kawen je. Tu lah kelebihan buat kenduri kat kampung. Masyarakatnye muafakat. Okay dah dah.





Lihat muka dia lepas mekap. Nasib baek bukan aku yang mekapkan kalau tak mahu huru hara muka dia nanti. hehehe..



Si dua ketul ni pun ada memeriahkan suasana. Kawan-kawan mase teknik dulu. Lama dah tak jumpe time-time camni la rase cam gathering pulak. Zira and pijah selaku photographer. Dah la photographer, datang lambat pulak tu. Aku dah jadi batu api dah kat yanti suruh potong separuh harga. hehehe.

Pijah jangan lupa kasi burn itu semua gamba cantek dalam cd okay?
heeeeee~



Bagaikan aur dengan tebing...kitaaaaaa...(menyanyi-nyanyi riang)
Haaa tak lengkap lah kan kalau tak ambik gamba bertiga. Anis, Yanti and aku. Pasni turn ai pulak korang jangan gedik tak datang aaaaa. hiheee.



Ha ni pulak adik-adik tukang menumpang kesejatian persahabatan kitorang. Kitorang nak gambar bertiga, diorang pun sebok nak jugak. Okay layan sajee. :)



SELAMAT BERTUNANG YANTI. :)


Masa kitorang otw nak balek, penuh la kereta-kereta yang membawa bendera Negeri Sembilan di jalan raya. Maklumlah malam ni final piala Malaysia Negeri Sembilan vs Kelantan.
Aku mestila sokong negeri aku sendiri kan. :)
Tapi ramai yang ingat aku ni orang kelantan. Ishhhh tiada mahu!!!!
Mereka cakap camtu sebab aku dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan masa parent aku bertugas kat sana dulu.
Dah la dekat IC (Identity card bukan integrated circuit) nombor tengah ialah 03. 03 itu kan nombor kelantan? cisssss.
Dan juga nombor telefon aku nombor pangkal pun nombor kelantan 012-9......
Nombor pangkal 9 itu kan nombor kelantan? cissss lagi.
Nombor tu kakanda yang belikan sebab pe tah aku pun tak ingat
hahaha. aku bukan orang kelantan!
Nak cakap kelantan pun tak reti. Cakap nogori pun aku tak reti jugak. :p
lalalaaaa~









Boleh pulak tergedik nak snap picture-picture ni kan. And boleh pulak mereka pun tiba-tiba nak snap gambar kitorang jugak. Hahaha. Sampai je rumah kawan-kawan kakanda pun tak nak kalah kibar bendera kat kereta jugak. Diorang baru nak gerak gi Bukit Jalil tapi kereta kasi parking jauh sikit. SAFETY FIRST. hahaha amende lah hai nak gaduh-gaduh bagai. Tak faham sungguh.



Lihat tu depan rumah aku jugak diorang nak jadikan tempat berkumpul. aishhhhh.
Kalah menang adat pertandingan kan. Jangan sampai nak bakar-bakar kereta macam dulu-dulu tu sudah.

Hobin jang hobin!!!!

* Surely ai mengadap televisyen menyaksikan final bola malam ini nota-nota ai tinggal kejap ye. :p



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com