Followers

Pages

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Pengalaman Bersalin Saya



Assalamualaikum.

Dari sehari ke sehari aku tunggu rasa sakit bersalin tu tiba tapi tak juga sakit sakit. Due date ialah 16 Oktober 2014. Berdebar je hati ni nak menemui tarikh tu tapi bila sampai tarikh tu rasa sakit belum ada lagi. Confuse mak encik tau.
Puas pujuk baby. Hari hari pujuk dia keluar lah sayang..mama tak sabar nak jumpa anak mama ni. Sebelum tidur selalu pesan kat baby dalam perut...Sayang keluar malam ni ye..mama tunggu. Afzan pun sama pujuk. Dia lagi merepek. Anak daddy keluar lah cepat ye sayang.. Daddy dah beli macam macam tau untuk anak. Mamy Poko banyak daddy beli untuk anak. Mama tak muat nak pakai. Anak keluar ye pakai Mamy Poko.. 
Hahaha sabar jelah. Banyak lagi contoh lain. Aku jugak jadi mangsa. Afzanku...Afzanku....
Nak tergelak kadang kadang tu kalau dengar dia bercakap dengan baby dalam perut. hehe..


Malam 16 Oktober.
Afzan kerja malam. Sebelum pergi kerja memang dia sentiasa pesan kalau ada rasa sakit ke keluar tanda ke cepat cepat call dia. Malam tu aku tidur awal. Pukul 9.30 malam dah lelap dah. Pukul 12 tengah malam aku terjaga sebab perut rasa sakit. Eh sakit contraction ke ni? Sebab orang kata sakit contraction tu sama macam sakit nak berak. Terus aku bangun pergi toilet. Tak payah teran pun laju je aku buang air besar. Laa sakit perut nak berak rupanya.

Aku sambung tidur balik. Dan terjaga pukul 3 pagi sebab sakit perut lagi. Eh selang 3 jam pulak sakit perut ni. Pergi toilet tapi just buang air kecil je. Sebelum sambung tidur dah mula fikir macam macam. Ni kalau sakit lagi perut pukul 6 pagi ni confirm lah ni contraction ni (yakin je). Aku pun sambung tidur siap mimpi aku beranak Jumaat malam dan orang first yang datang melawat aku ialah Makteh. Over kan siap mimpi siapa datang melawat.


Tengah hari 17 Oktober.
Macam biasa je rasa perut ni. Takde tanda apa apa pun. Makan tengah hari dengan Afzan lepas dia balik sembahyang jumaat. Lepas makan, tengok tengok tv pastu Afzan tertidur. Malam nanti dia kerja lagi so takpelah dia tidur. Aku pulak buat buat sibuk. Lipat kain lah, susun kain, recheck beg yang nak bawak pergi hospital lah tiba tiba, paling over siap basuh toilet ok! Tengah aku mencangkung cangkung basuh toilet tu, aku rasa macam ada cecair keluar dari vagina. Eh terkencing ke aku? Terus check dan aku tengok panty liner penuh dengan cecair berwarna kuning cair siap ada dua bulu halus pulak tu. Bulu apa ni? Adakah bulu mata, bulu kening atau rambut anakku? Gembiranya aku rasa masa tu. Terus kejut Afzan dan bagitahu dia maybe air ketuban aku dah leaking. Terus Afzan call Dr Azlina tanya pendapat. Dr Azlina kata better pergi hospital sebab kalau leaking takut nanti air ketuban berkurang dan baby akan lemas. Ok cemas. Terus kitorang bersiap. Aku mandi siap shampoo rambut lagi biar nanti masa jumpa anak aku ialah dalam keadaan wangi. Hehehe..

Perjalanan ke Mahkota Medical Centre agak lama. Sebab petang tu kebetulan hujan lebat dan kereta pulak banyak. Sampai hospital dalam pukul 7.30 malam macam tu. Afzan terus parking kereta di bahagian kecemasan. Register dan bagitahu aku dah leaking. Terus masuk wad. Yess tak lama dah boleh jumpa anak! :)








Masuk dalam wad, ada seorang nurse datang bersama segala bagai alatan. Perut aku pun dililit lilit dengan banyak wayar. Nak check degupan jantung baby rupanya. Normal je. Alhamdulillah.
Nurse tu pun bagitahu dia nak tengok pad aku. Bila aku tunjuk pad aku tu dia kata tu bukan air ketuban. Lagipun air yang keluar pun sikit je. Hampa.
Ok sekarang saya nak check bukaan ye dik. Ha part ni nervous sikit. Check punya check nurse kata belum ada bukaan. Ok hampa lagi.
Nurse siap kata kalau takde apa apa awak boleh balik malam ni ye dik sebab awak belum rasa sakit dan bukaan pun belum ada. Alahai bertambah lah hampa. Afzan kata takpelah kita baliklah mana tahu esok ada rasa sakit ke. Tapi ctg check jantung baby tu belum bukak lagi.

Tiba tiba aku rasa ada lagi cecair keluar dari vagina. Tapi kali ni lebih banyak. Panggil nurse dan dia suruh check pad. Penuh pad dengan cecair berwarna hijau. Nurse tu keluar dan panggil lagi seorang nurse. Nurse tu tanya bila kali terakhir awak makan? Aku masa tu blur blur je ohh dia nak bagi makan malam agaknya. Kali terakhir aku makan masa on the way ke hospital lah. Makan roti coklat dan minum air zam zam. Nurse tu kata Ohh makan roti je. Baby awak dah berak dalam perut ye dik..so kita kena keluarkan baby cepat. Sekejap lagi kita kena buat emergency operation. Gulp!


Aku pandang Afzan. Afzan pandang aku, senyum dan pujuk. Takpe Ayang. Czer ok apa..Ayang tak rasa apa apa. Tahu tahu je dah boleh jumpa anak. Ayang jangan takut ye..
Terus nurse suruh bukak contact lens, jam tangan, gelang, baju. Pantas betul situasi tu. Aku pesan kat Afzan bagitahu kat group whatsapp family yang aku nak kena operate. Sempat Afzan call Mak tapi Mak tak jawab pulak. Call Abah dan sempat aku cakap dengan Abah. Masa cakap tu, suara dah mula bergetar. Takut sangat ok.


Lepas tukar baju. Nurse tu masukkan tiub untuk buang air kecil. Adoi lah kemain ngilu masa masukkan tiub tu. Tukar katil dan aku pun ditolak keluar wad. Afzan ada follow sekali masa tu. Tangan aku mula menggigil dah. Takut sangat masa tu..pegang tangan Afzan tak lepas. Sampai depan operation theatre, salam Afzan dan minta maaf juga minta dia doakan aku dan anak dalam perut ni selamat. Sebak sangat masa tu. Afzan boleh teman sampai pintu je. Masa tu tahap menggigil aku makin meningkat. Menggigil sebab takut sangat. Ya Allah! tenangkanlah jiwaku..


Sampai je bilik bedah, semua peralatan dah tersedia. Makin menggigil aku tengok peralatan tu semua. Aku diangkat ke katil lain. Ramai jugak dalam bilik tu. Semua pakai pakaian untuk pembedahan yang color hijau tu, kepala ditutup, pakai mask, nampak mata je. Lagi hebat perasaan takut aku. Ada seorang doktor tu datang dan bagitahu dia nak masukkan ubat bius. Bius untuk separuh badan. Aku tanya bius satu badan boleh? Doktor kata tak boleh, bahaya untuk ibu dan baby. Pasrah.
Aku disuruh duduk. Aku dapat rasa ubat bius dicucuk kat tulang belakang aku. Sakit sikit. Lepas cucuk aku pun baring, tangan didepakan. Doktor tadi suruh aku angkat kaki tapi dah tak rasa dah. Ubat bius dah mula berjalan. Tangan kiri dicucuk untuk masuk air, tangan kanan letak alat untuk check tekanan darah. 


Di bahagian dada, diorang halang pandangan aku dengan kain. Aku mula rasa sejuk. Diorang dah mulakan pembedahan. Aku dapat rasa macam perut aku kena conteng conteng gitu. Buat marking agaknya. Lepastu langsung takde rasa apa. Aku boleh bau benda terbakar. Daging perut aku lah agaknya tu. Aku jeling jam dalam bilik bedah tu pukul 8.45 malam. Aku sedar dan dengar dengan jelas setiap perbualan. Semua busy buat kerja. Masa tu aku mula menggigil yang dahsyat. Kedua-dua tangan menggeletar. Dalam hati tak putus putus aku baca surah yang sempat aku ingat. Aku ulang ulang baca. Doa pun tak putus putus.
  Ya Allah..permudahkan urusanku tika ini. Kau selamatkanlah nyawaku dan bayiku. Berikanlah perlindungan yang sebaiknya kepada kami. Bantulah kami Ya Allah..
Tak putus putus aku berdoa. Masa tu wajah Afzan je yang terbayang bayang kat mata aku ni.  :')


Ok..sekarang kita nak tolak baby awak keluar ye. Dua orang doktor (atau bukan doktor) di atas bahu kiri dan kanan aku mula menolak perut aku. Aku just rasa badan aku bergoyang goyang je. One two three. Again. One...Two...Three. YES! kedengaran suara Dr Azlina. Tepat jam 9.09 malam anak keluar dari perut aku. Besar baby awak ni dik..kata yang menolak perut aku tadi. Serentak itu, aku dengar bunyi bayi menangis. Ya Allah! tu suara anak ke tu? Anak dah keluar dari perut mama ke? Kuatnya suara anak. Alhamdulillah..syukur. Terima kasih Allah. sebak sangat dengar suara anak menangis. kuat sangat dia menjerit. Rasa nak bangun nak tengok wajah anak yang selama ni dalam perut aku. Berlinang air mata aku sambil tangan yang dalam keadaan depa tu menggigil gigil. Doktor yang bius aku tadi datang dari atas. Pandang aku dan kata Congratulations..don't cry..awak dah jadi ibu... sambil dia lapkan air mata aku. Semakin laju aku menangis. Ya Allah..gembiranya.. Tak tergambar dengan kata kata rasanya perasaan masa tu.
Ada seorang doktor lain (doktor pakar kanak-kanak) datang dan tunjukkan anak pada aku. Ni baby awak. Cuba tengok boy or girl? Kali pertama aku lihat wajah anak. Ya Allah..indah sungguh ciptaanMu. Semakin laju air mata aku keluar. Sampai kabur pandangan dengan air mata. Aku jawab girl dan doktor tu terus suakan baby dekat dengan aku dan suruh aku cium. Masa tu anak penuh darah lagi. Dengan bibir bibir aku kena darah. hehehe...


 Syukur sangat anak selamat dikeluarkan. Memang ya anak dah berak. Nasib baik tak terlewat aku ke hospital. Alhamdulillah.. 
Selesai dijahit, aku ditolak semula ke wad biasa. Aku masih menggigil gigil lagi masa tu. Dalam perjalanan ke wad aku nampak Pakteh, Makteh ada tunggu di luar wad. Memang betullah mimpi aku malam semalam. Makteh orang pertama yang datang melawat. hehe..
Aku nampak Afzan juga. Suami, kita dah ada anak. Rasa nak jerit macam tu tapi suara aku macam tak terkeluar sebab sejuk sangat. Kesan ubat bius agaknya. Afzan datang. 
Terima kasih, Sayang. B dah tengok anak n dah azankan dia dah. Anak comel macam ayang. 
Diorang tengah bersihkan anak. Nanti B bawak anak jumpa Ayang ye... Senyum.









Inilah bayiku. Alhamdulillah. First time dapat pegang anak. Bahagianya rasa :)










Berat baby masa lahir ialah 3.7 kg.








:)










Nyenyaknya anak mama tidur :)











Her first smile :)











Tiga hari di wad dan boleh balik. Alhamdulillah.
Aku terus balik Seremban dan berpantang dengan mak. Alhamdulillah anak takde jaundis. Elok je muka dia merah dan kadang kadang ada kuning sikit. Nurse datang rumah check jaundis clear. Alhamdulillah...










Alololoo omey omey :)
Urusan pendaftaran nama anak pun dah selesai. Kami namakan anugerah indah ini dengan nama Aireen Kirana.











Aireen Kirana binti Khairul Afzan.
Semoga Aireen Kirana sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna.
 Mama and Daddy love u so much! :)







Sunday, July 20, 2014

Resepi Cream Puff



Assalamualaikum.

Hari ni nak share resepi cream puff. Naim dengan adik yang mempelopori last last paksa diorang buat bila aku balik Seremban. kekeke..
Senang sangat nak buat cream puff ni. Rasa pun sangat yummy!
Jom cekidaut!









Ni hasilnya lah. Sangat gebu dan sedapp.









Bahan bahan untuk pastri yang berlemak! 

Setengah cawan buttercup.
Secawan air.
Secawan tepung (diayak)
Secubit garam.
Empat biji telur.
Sesudu kecil esen vanilla.



Cara cara membuatnya :

Cairkan buttercup dengan air di dalam periuk dengan api yang sederhana.
Dah cair, masukkan tepung yang dah diayak tadi.
Bila dah sebati, angkat dah pindahkan ke besen.





Dia akan jadi doh macam ni lah.


Then, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan gaul sebati.
Masukkan esen vanilla. 









Kacau lah sehingga nampak cantik adunan tu.
Pindahkan ke piping bag dan piping lah ke dulang yang dah disapu mentega sikit.










Bentukkan cantik cantik ye.
Lagi cantik kalau sama besar je semuanya.











Lepastu bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 20 minit.


Sementara tunggu masak tu, kita bancung kastard untuk inti pulak.

Bahan bahan :
2 Sudu besar tepung kastard.
1 setengah cawan fresh milk.
3 sudu besar gula.

Satukan bahan bahan ni dan masak atas api sederhana sehingga mesra gitu.








Masukkan ke dalam piping bag.








Ni puff yang siap dibakar.









Kat bahagian bawah puff tu ada lubang. So kita masukkan kastard ke melalui lubang tu. Nak banyak ke nak sikit ikut suka je.










Sampai nampak kastard  macam ni kira ok lah tu.












Lastly, kita taburlah gula kastor yang diayak di atas cream puff ni supaya lebih menawan kalbu.
Siap sudah!
Sedap dimakan terus. So kalau nak buat open house ke nak sambut tetamu datang ke sesuai lah buat cream puff ni. Nak buat biskut raya simpan dalam balang sampai berminggu minggu memang tak sesuai ok sebab dia akan lemau lemau dan rasa tak fresh. Ewah..


Selamat mencuba!
:)



Wednesday, June 25, 2014

Yeay Cikgu Liana dapat pindah!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah rezeki aku tahun ni dapat berpindah sekolah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulilllah...
Sebenarnya hujung tahun lepas aku ada pernah mencuba nasib memohon tukar tapi masa tu bujang lagi. Saja menggedik mencuba nasib walau ku tahu sudah apa keputusannya. haha

Untuk tahun ni, memang aku nekad sangat nak berpindah mengikut suami. Susah sangat rasanya kena lalui perkahwinan jarak jauh ni. Hujung minggu je lah pun dapat berjumpa itu pun kalau Afzan tak kerja. Nak nak pulak rezeki aku mengandung awal pulak kan. Lagi lah menyulitkan keadaan. Aku check up klinik panel setiap bulan pun kat Melaka. Tambah lagi, tahun ni sekolah aku tu macam apa je dibuatnya aku ni. Banyak sangat pulak kerja aku kena buat. Lepas settle satu, ada lagi kerja baru. Dah macam kena buli pun ada. Tengoklah nanti ada mood aku cerita sini. 

Jom aku kongsi sikit rahsia kejayaan pertukaran aku. Cehhh kann. Poyo siap ada rahsia kejayaan segala. kekeke :p
Bukan apa, niat aku nak membantu cikgu cikgu lain yang masih belum berjaya berpindah kerana aku sangat memahami perasaan itu. huhuhu...








Kabel? Nak kata tak guna kabel memang tipu lah. Ada lah juga minta tolong sikit sikit. Merata aku minta tolong. Tapi tak tahu mana yang betul betul membantu. Aku anggap semua pun membantu. Kita usaha je selebihnya kita tawakkal padaNya.










Alhamdulillah ini yang paling menggembirakan aku cuti pertengahan penggal haritu. Rasa tak boleh nak berhenti senyum masa tu :)


Jom aku share apa yang aku sertakan sekali bersama borang permohonan pertukaran online tu.









1. Salinan sijil nikah.











2. Surat sokongan dari majikan tempat kerja suami.











3. Surat pengesahan mengandung dari doktor.










4. Surat beli tanah / rumah.


Itulah empat lampiran yang aku sertakan bersama borang permohonan. Rasanya lampiran macam ni juga banyak membantu. Jangan hantar borang permohonan semata-mata. Biar nampak sikit usaha kita tu kan.











Terusss dapat sekolah yang menakutkan. hahaha..
Tak apa lah asalkan dah dapat masuk Melaka. Alhamdulillah.
Doakan aku bahagia di sini. Byebye!





Thursday, June 5, 2014

KENAPA ESP ADA DALAM KEBANYAKKAN SET???





kerana PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada SEL. Ia penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL. Bila sel SIHAT& BERTENAGA, penyerapan nutrien akan jadi lebih OPTIMUM.


 nak KURUS - ESP mengawal selera makan

 nak PUASA - ESP memberi rasa kenyang lebih lama & bekalkan tenaga

 nak TAMBAH SUSU IBU - ESP bantu mempercepatkan penghasilan susu

 nak CANTIK - ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit

 nak HAMIL - ESP bantu untuk kuatkan rahim, dan bagus untuk pembentukan otot bayi

 nak SIHAT - ESP menyihatkan tubuh secara keseluruhannya



Sebab itu esp menjadi minuman harian wajib bagi saya :)
Order dan pertanyaan di email saya ----> shaklee_lyana@yahoo.com





Tuesday, June 3, 2014

Jangan Makan Udang bersama Vitamin C !



Assalamualaikum.

Ni cerita sebelum aku disahkan pregnant bulan Januari haritu.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku makan tengah hari lauk udang galah masak lemak cili padi dengan rebung.
Memang dah jadi kewajipan aku setiap hari after lunch memang makan sebiji vitamin c.




After lunch tu aku dan Afzan pun plan nak pergi tengok wayang.
Masa tu nak tengok cerita Robocop.
Selepas beli tiket wayang, kitorang pergi minum coconut shake kat Klebang dulu sebab wayang start pukul 8 malam.
Masa minum minum tu aku dah mula rasa tak selesa.
Gatal sana sini.
Aku ingat gatal biasa je.
Lama lama sampai ke kepala rasa gatal gatal.
Habis minum, masuk dalam kereta baru Afzan tegur muka aku dah merah bengkak bengkak. 
Tangan pun sama!
Masa tu gatal jangan cakap lah.
Gatal gila kot. 
Tangan dah mula bengkak bengkak.
Aku cakap nak pergi farmasi lah beli ubat alergik.
So sampai Jusco, singgah farmasi nak beli ubat.
Boleh pulak farmasi tu, kaunter beli ubat tutup.
Hadoyai.
So aku beli bedak merah untuk gatal-gatal tu je.
Dah beli, aku masuk toilet dan terus sapu bedak tu satu badan.
Satu badan dah mula gatal, bengkak bengkak.
Habis sapu bedak, aku rasa tak berapa gatal sangat.


So masuklah kami ke panggung wayang untuk tengok cerita Robocop.
Start je cerita tu, aku dah mula gatal gatal balik.
Afzan kata janganlah garuuuuu!
Dia tak tahu betapa aku seksa tahan gatal.
GGGGrrrrrrrrrr..
Seminit pun aku tak dapat fokus tengok cerita Robocop tu.
Nak menangis rasanya aku tahan gatal satu badan.
Sampai ke kulit kepala pun gatal.
Tak tahu nak describe macam mana.


Dalam setengah jam lepastu, aku bisik kat Afzan yang aku memang tak boleh blah tahan gatal ni.
Nak kena keluar pergi klinik jugak ni.
Tak tahan sangat sangat sangat.
Afzan kata okay okay.
Aku kata aku nak pergi toilet dulu lepastu dia follow up keluar jugak.
Berlari aku keluar panggung tu nak ke toilet sebab tak tahan sangat nak menggaru.
Nasib lah toilet wayang tak berapa nak ada orang sangat kan.
Masuk je toilet aku bukak jeans aku tarik baju aku bukak tudung..
Teruslah aku menggaru sesungguh hati.
Tak dapat aku terangkan betapa nikmatnya menggaru satu badan yang tersangat kegatalan waktu tu.
Lama jugak aku menggaru.
Kaki, betis, perut, tangan,leher, kepala. 
Semua aku garu.
Semahu mahunya aku garu.
Puas hati!

Habis je menggaru, tangan aku tiba-tiba menggigil.
Eh dah kenapa pulak aku ni?
Nak pakai jeans and tudung balik pun ambil masa yang lama sebab tangan rasa lemah sangat.
Pelik.
Tapi aku gagahkan jugak.
Habis pakai tudung semua, aku keluar toilet.
Aku nak pergi kat cermin nak tengok muka aku apa rupanya.
Makin bengkak ke dah bertukar wajah ke apa kan.
Tapi kaki aku tak boleh melangkah uols!
Menggigil kaki.
Pandangan mata aku pun kabur je.
Ah sudah.
Aku papah je tepi dinding jalan slow slow macam orang uzur.
Nak capai handphone dalam handbag pun tak mampu.
Handphone silent pulak tu.
Aku rasa aku kat toilet memang dah sangat lama.
Aku rasa pandangan aku kabur kabur kabur....dan terus aku rebah.


Dalam keadaan rebah tu, sedar tak sedar aku capai jugak handphone dalam handbag.
Ada calling dari Afzan

Ayang kat mana? Lamanya pergi toilet....

Kat toilet...

Aku mampu jawab tu je. Terus aku rasa pandangan aku gelap.
Aku sedar sedar je Afzan dah kat aku.
Dia kata kenapa ni?
Dia bagi aku hidu minyak cap kapak n picit kepala sikit, baru aku sedar.
Aku cakap tiba tiba je..tak tahu kenapa.
Dia kata dah dah jom pergi klinik.
Masa tu sempat pulak dia kata kat aku...Ayang ni pregnant ni..Ni mesti pembawakan budak..
Haha sempat lagi tu.


Tapi masa tu aku memang tak larat nak jalan.
Kaki aku ni rasa tak jejak je.
Afzan lah yang tolong papah aku.
Hahaha macam dahsyat sangat je kan.
Keluar wayang je macam orang sakit teruk :p
Yang peliknya, lepas aku pitam tu terus gatal gatal hilang.
Bengkak bengkak kat tangan, muka, badan semua pun hilang.
Memang magic show popeye betul tau.


Sampai klinik, aku lemah lagi.
Doktor tanya kenapa.
Aku cakap aku gatal gatal dan pitam.
Doktor tanya siang tadi awak makan apa.
Aku cakap aku makan macam biasa. Ada makan udang galah.
Doktor tanya ada makan vitamin c?
Haaa itulah puncanya rupanya.
Selepas makan udang tidak boleh makan vitamin c!
Doktor tu kata udang bergabung dengan vitamin c boleh menghasilkan asid arsenik dalam perut dan boleh membawa maut.
Ya Allah! Seram aku mendengarnya.
Nasib baik tak jadi apa apa kat aku.
Doktor bagi ubat dan suruh aku rest je.
Afzan lain pulak ditanyanya.
Dia kata aku ni tengah period tapi tak keluar darah tapi keluar macam hujung hujung datang bulan tu...adakah isteri saya mengandung??
Hahaha aku dengar pun nak tergelak.
Doktor kata nanti dah terlewat datang bulan, bolehlah buat pregnancy test.
Kamu baru berkahwin ye? Senyum senyum je doktor tu.
Hahaha..
Excited tau suami saya tu doktor :)


Lepas je kejadian tu dan aku disahkan pregnant..mulalah kitorang selalu dengar 'Hai baby robocop!' dari abang Afzan kalau balik rumah Melaka. hee


So kesimpulannya di sini.
JANGAN AMBIL VITAMIN C BERSAMA UDANG.
Boleh ambil tapi jarakkan lah dalam dua jam ke macam tu.
Okay?
Semoga menjadi iktibar bersama.
Bye.






Wednesday, January 8, 2014

Banyaknya Khasiat Alfalfa Complex!!



Assalamualaikum.

Alfalfa merupakan tanaman yang berbagai manfaat kesihatan. Ianya lebih dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu. Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 6 meter mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis secara semulajadi.  Tanaman ini sangat istimewa dan dikenali oleh orang Arab sebagai bapa segala tanaman. Alfalfa telah digunakan sebagai ubat herba sejak berabad-abad dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda. Ianya sangat bagus dan sesuai untuk lelaki dan wanita.





Alfafa Complex merupakan satu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an.  Shaklee hanya menggunakan alfafa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.


20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki



Keistimewaan Alfalfa Shaklee


1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang








Contact me :

or

 shaklee_lyana@yahoo.com


:)

Monday, December 30, 2013

Doorgift Lyanafzan's wedding




Assalamualaikum.

Aku ni suka je nak tolong promote benda yang baik. Benda yang tak baik dan kena pada diri sendiri pun aku suka tolong promote juga haha :p
Doorgift masa kenduri haritu ialah hasil buah fikiran sendiri. Aku just nak yang simple dan memudahkan kerja semua orang. Persediaan perkahwinan kan banyak urusan nak kena fikir kan. Aku malas nak serabutkan akal fikiranku, jadinya haruslah doorgift itu didatangkan dalam keadaan ready made sahaja. Tak lain tak bukan, kuih di dalam box itu. 







Tu ha meja letak doorgift di bahagian hadapan khemah menyambut tetamu. Aku tempah bahulu kosong sahaja berserta kotak v-shape untuk tetamu public. Gambar doorgift pun ala-ala je tu di sudut tepi gambar hehe. Aku order melalui internet je, call call sikit confirmkan apa yang patut, pilih design, bagitahu words, bank in deposit dan boleh goyang kaki uruskan kerja lain. Tahu-tahu je dua hari sebelum majlis diorang dah datang hantar siap berpacking. Fuhh *lapang dada*












Design doorgift perkahwinan kami. Color pink memang tak boleh lari okbye.



Perkhidmatan ialah 5 bintang i bagi :)
Order dan pertanyaan di sini --->  BAHULU BUNGSU



Bye.




Friday, November 22, 2013

Telekung Pink Saya! #Preparation



Assalamualaikum

Telekung untuk hantaran saya color pink. Semangat sangat beli haha.
Percayalah telekung ini sangat cun! :)









Urusan jual beli di :

facebook BELLA AMMARA

atau

instagram BELLAAMMARA


Bye!



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com