Followers

Pages

Wednesday, June 25, 2014

Yeay Cikgu Liana dapat pindah!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah rezeki aku tahun ni dapat berpindah sekolah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulilllah...
Sebenarnya hujung tahun lepas aku ada pernah mencuba nasib memohon tukar tapi masa tu bujang lagi. Saja menggedik mencuba nasib walau ku tahu sudah apa keputusannya. haha

Untuk tahun ni, memang aku nekad sangat nak berpindah mengikut suami. Susah sangat rasanya kena lalui perkahwinan jarak jauh ni. Hujung minggu je lah pun dapat berjumpa itu pun kalau Afzan tak kerja. Nak nak pulak rezeki aku mengandung awal pulak kan. Lagi lah menyulitkan keadaan. Aku check up klinik panel setiap bulan pun kat Melaka. Tambah lagi, tahun ni sekolah aku tu macam apa je dibuatnya aku ni. Banyak sangat pulak kerja aku kena buat. Lepas settle satu, ada lagi kerja baru. Dah macam kena buli pun ada. Tengoklah nanti ada mood aku cerita sini. 

Jom aku kongsi sikit rahsia kejayaan pertukaran aku. Cehhh kann. Poyo siap ada rahsia kejayaan segala. kekeke :p
Bukan apa, niat aku nak membantu cikgu cikgu lain yang masih belum berjaya berpindah kerana aku sangat memahami perasaan itu. huhuhu...








Kabel? Nak kata tak guna kabel memang tipu lah. Ada lah juga minta tolong sikit sikit. Merata aku minta tolong. Tapi tak tahu mana yang betul betul membantu. Aku anggap semua pun membantu. Kita usaha je selebihnya kita tawakkal padaNya.










Alhamdulillah ini yang paling menggembirakan aku cuti pertengahan penggal haritu. Rasa tak boleh nak berhenti senyum masa tu :)


Jom aku share apa yang aku sertakan sekali bersama borang permohonan pertukaran online tu.









1. Salinan sijil nikah.











2. Surat sokongan dari majikan tempat kerja suami.











3. Surat pengesahan mengandung dari doktor.










4. Surat beli tanah / rumah.


Itulah empat lampiran yang aku sertakan bersama borang permohonan. Rasanya lampiran macam ni juga banyak membantu. Jangan hantar borang permohonan semata-mata. Biar nampak sikit usaha kita tu kan.











Terusss dapat sekolah yang menakutkan. hahaha..
Tak apa lah asalkan dah dapat masuk Melaka. Alhamdulillah.
Doakan aku bahagia di sini. Byebye!





4 butterflies concerned.:

Tetamu Istimewa said...

Tahniah, selalunya kes macam ni memang ada harapan untuk lulus.

safurara said...

rara dh masuk 2 tahun PJJ.huaaa.kesian kat anak.tahniah dpt pindah.

MH8625 said...

Tahniah, tapi kena jaga2, banyak gajah 'berang' tu. Naik minyak ke gajah2 kat sana?

MH8625 said...

Tahniah, tapi kena jaga2, banyak gajah 'berang' tu. Naik minyak ke gajah2 kat sana?

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com