Followers

Pages

Saturday, July 14, 2012

Souvenier dari Floria Putrajaya



Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, i harap uols redha dengan tuan blog sebab cerita trip ke sana belum up up lagi tetiba nak cerita pasal souvenier pulak kan? Maafkan tuan blog.

So, tugas aku ialah menjaga pelajar-pelajar landskap aku sepanjang lawatan ke Floria Putrajaya tu. Muka masing-masing memang ketara berseri-serinya. Suka sangat dapat dibawa berjalan.
Aku just setkan masa sampai pukul berapa diorang boleh berjalan-jalan di karnival bunga tu. Guru-guru pengiring pun berjalan-jalan juga sambil syok sendiri menggedik depan kamera. :p








Kaktus yang dibeli untuk souvenier. Untuk pentadbir dan insan-insan terpilih aje. Ikut hati memang nak belikan untuk semua rakan-rakan cikgu kat sekolah tu, tapi tak mampu. sobs.











Ketika sesi pilih-pilih kaktus. Kitorang cari kedai yang jual kaktus paling murah. Habis meronda dah dan paling murah ialah 3 pokok RM 10. Murah kan? Kiut pulak tu. Tapi boleh pulak terlupa beli untuk diri sendiri? Rasa nak lempang je diri sendiri ni. hehe...











Keychain ni hadiah dari anak murid aku. Dia tau aku, Una, dan Kay memang rapat kan. Masa mula-mula dia bagi keychain ni, kitorang macam tergamam je. Tak sangka ada jugak anak murid yang tahu menghargai cikgu yang susah payah bawak diorang pergi lawatan tu. 
*mata macam masuk pasir










Alolo sweetnye. Sekarang dah jadi perhiasan dah kitorang sangkut kat bunga hiasan kat rumah sewa sana. :)


* walau ianya murah, tetap ada value yang sangat tinggi di hati kami. :') 










Fridge magnet ni pemberian dari guru pengiring lelaki yang tunggal itu. Guru pengiring ade 4. Kitorang bertiga dan seorang guru lelaki tu lah. So, tiga2 pun dapat yang sama. Color je lain. Cantik!
Thanks Abel.. :) 











Habes di Putrajaya, kitorang terjah Alamanda. Dan di sana kitorang dapat brooch pulak. :)
Paling aku terkejut bila aku tengok tanda harga kat brooch aku tu. RM 49 ok! Yang aku tandakan dengan arrow biru tu aku punya. Aku nak beli untuk pakai sendiri pun tak sampai hati nak beli tau. Beli yang dua tiga ringgit je. 
Tertouching lagi masa tu sebab ada lagi seketul anak murid yang tahu menghargai. :')









Uols tertouching tak tengok gambar ni? eh....




2 butterflies concerned.:

Rara Nasiha said...

bestnya! haritu nak pergi tapi tak dapat pulak. sebab ada hal. :)

yana lyana said...

takpe..tahun depan ade rezeki bolehla pegi.. :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com