Assalamualaikum.
Fuh~ Akhirnya sesi persekolahan untuk tahun 2012 berakhir juga. Kejapnya masa berlalu walaupun hakikatnya begitu banyak dugaan telah dilalui tanpa sedar. Begitulah lumrah alam pekerjaan. Mana ada kerja yang senang. Semua pun susah. Yang penting kita enjoy sudah lah. :)
Bila diimbas kembali dari awal tahun, kerja sentiasa ada. Dengan mengajar, dengan sukan, dengan kelas, dengan kerja pengkeranian, dengan kokurikulum, dengan mesyuarat, itu ini begitu begini...bawaklah sampai nak cuti ni pun masih juga ada kerja. Orang lain tau cakap kerja cikgu best lah, ada cuti panjang. Tapi mereka tak tahu bahawa cuti pun tetap juga kami bekerja. Contoh senang ialah jaga SPM. Contoh tak senang ialah key in markah pelajar dalam laman web yang maha siput. Fuhh..
So, i nak simpan gambar formal sepanjang penglibatan dalam tahun 2012 di blog comel ini. Gambar syok sendiri aku kat atas tu pun kira penglibatan jugak tu tau. Sila jangan muntah confuse. :p
Menjadi guru tingkatan 5 Zamrud (a.k.a 5 Cantik).
Sayang jugak sebenarnya kat diorang ni walaupunnnnn... (uols sambung sendiri)
Paper landskap aku belum settle lagi tu. Aku syak diorang ni nanti akan terlebih merdeka tanpa memikirkan masih ada paper landskap 6 disember nanti. Gap lama sangat. Risau aku...
Bersama kelab guru dan staf sekolah. Aku di situ sebagai setiausaha. Good bye jawatan tu. Tahun depan sila bagi kat cikgu lain pulak.
Sebagai guru penasihat Persatuan Pandu Puteri.
Antara kerja kokurikulum paling stress ialah pandu puteri ni lah. Aktif dia tu kemain menggila lagi. Penat sangat nak melayan. Kejap-kejap meeting kejap-kejap nak jumpa. Yang peliknya tu cikgu-cikgu veteran yang semangatnya tu. Aku pun naik musykil tau, diorang ni kat sekolah tak mengajar ke? Sebab asiklah memikirkan nak buat aktiviti apa untuk persatuan tu. Sepanjang tahun sibuk nak bermeeting. Seriusly non paham lah mak ncik di sini. +__+
Sebagai guru penasihat Kelab Landskap & Nurseri.
Bersama team ketua-ketua panitia. Aku ialah ketua panitia subjek Landskap & Nurseri.
Dan inilah ahli keluarga alam pekerjaanku. Manis masam masin pahit semua ada. Semoga tahun depan kami lebih kuat dan saling berkerjasama. :)
Good bye sesi persekolahan 2012. Jumpa lagi di tahun 2013.
Happy holiday cikgu-cikgu semua! Time cuti sila lah cuti sesakan mungkin ya sebab kita dah penat sangat bekerja sepanjang tahun kan. Bye. :)
7 butterflies concerned.:
selamat bercuti.. eh bila kad nak sampai nih..? kihkihkih..
jadi cikgu lagi penat and stress! hehe! kak ipar saya cakap la..sy xtau..hehe
fuyoooo ckgu sek men.... hebat tu =)
seronok lah dpt cuti2 =)
Waah, ketua ketua panitia pun ada photosession. Bagusnya...
Happy holiday! Tak kena jaga SPM ker?
salam kenal.cuti sekolah pun akak ngajar juga...ting 4 dah start belajar utk topik tg 5..
wahhh banyak jugak jawatann!
hehe selamat cuti sekolah! hehe
ingat dari IPG..hehe bestnya dah jadi cikgu.. xsabar2.hehe
Post a Comment