Followers

Pages

Thursday, August 12, 2010

dulu lain sekarang lain





Alhamdulillah.
Dah hari kedua kita berpuasa.
Tahun ni baru aku merasa berpuasa di rumah bersama family.
Bangun sahur kelentang kelentung kat dapur.
Duduk dengan family kan..biar abah makan sambil tidur pun, abang bangun minum air je pun,
Masak tetap masak.

Bahagia. ;)

Tahun lepas kat rumah sewa nun Parit Raja sana.
Sahur pun ala kadar je.
Malam before nak tidur dah set ngan Yunie konon nak bangun sahur.
Sampai masa je celik mata kau pandang aku, aku pandang kau.
Memang sahur minum air kosong jela. hahaha
Berbuka pun kena bajet.
Beli lauk kat Bazar parit raja tu pun share-share kalau malas nak masak.
Yela, dengan tahun lepas masa bulan puasa kan sebok jugak pergi membancuh konkrit macam buruh kasar.
PSM punya pasal.

Lepastu bila dah berbuka,
Malam-malam sikit tu mak call tanya tadi berbuka apa.
Mula la mak jadi sedih macam daif sangat hidup anak dia kat perantauan.
Hahaha padahal saving sebab nak beli baju raya. ;p

Kat sana.
Bazar yang bukak malam-malam memang best.
Baju ready made murah-murah.
Kedai jahit nak tempah baju pun memang student price.
Tempah baju kurung moden belah ke tak belah ke baru RM 30 kot.
Baju kurung biasa lagii la murah tak terkata.
Sebab tu masa zaman belajar baju kurung belambak sampai nak roboh almari pakai buang aku tu.
Baju tempah pergi kelas pun boleh jadi baju raya sebab jarang pakai.
hehehe..

Tahun ni,
Satu baju pun tak tempah lagi.
Nak-nak dah bulan puasa ni tah kedai mana la nak terima tempahan lagi kan.
Baju ready made je lah jawabnye.

Bazar dekat Ampangan tu setiap tahun pun sesak.
Banyak kot pilihan kat situ.
Tapi tahun ni,
Ada bazar bukak kat Dataran Senawang tu.
Boleh tahan besar jugak.
Patutlah kedai baju bundle ladies feveret aku dah takde.
Hampeh betol.



* tahun ni matching2 color baju ngan kss pun care jugak.heee~



9 butterflies concerned.:

Kampungku2u said...

Nak ikut p bazar leh?hehe.. :)

farah shamira said...

beli baju ready made je la kita nana.. =)

butterflyana said...

kampungku2u,

jom jomm. ;)

butterflyana said...

mira,

senang kan?hehe..

Mr. Chenna said...

dtg parit raja la beli...!
hahahaha

butterflyana said...

chenna,

yeah memang aku rasa nak terbang ke parit raja sekarang jugak.huhuhu!

NaniE said...

yana, saya ade problem ni. nak minta tolong,la. nape ntah blog saya lama-lama die terus bertukar ke portal myjodoh..saya tak boleh buat pindaan kt html apalagi page element..nak buat cemana ya, any idea..?
ceritananie.blogspot.com

butterflyana said...

nanie,

alamak portal myjodoh?
dah kena kawen kot.kekeke..

tak tau lah nanie..tapi saye tengok blog awak ok je?

naniR said...

eh, yela..dah okey..haduii sudah gelabah setengah mati dari kul 7 pagi tadi..hehe..tenkiu..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com