Followers

Pages

Showing posts with label live life cool. Show all posts
Showing posts with label live life cool. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Good Bye Adik!




Assalamualaikum.

Tahun ni masa adik berlepas pergi, aku sedang memboyot 8 bulan. Tak sempat juga adik jumpa anak buah dia yang kedua ni. Tahun lepas macam tu juga. Nasib ko dah begitu dik...
Bila ditanya tahun depan balik tak? Dia jawab tengoklah dulu. Boleh macam tu? Tidak teruja ke dirimu melihat anak buahmu yang bakal lahir ini?? Dush!


Penerbangan Adik ialah pada malam hari. Haruslah aku apply cuti keesokan harinya. 









Pipi aku dah kembang kembang dah tuu :p











Selfie.
Sampai sana, terus pergi wrapping bag adik, tukar duit dan terjah kfc. Makan di kfc sebab adik kata kat US dah tak boleh makan kfc dah. Sana kfc nya tak halal. Semua layankan aje. Tapi orang lain yang makan beria. Adik makan ayam seketul je kot. hahaha..
Tak lalu katanya...












Family Pami tiada. Ada sebenarnya tapi sibuk melayan Adam nak ke sana sini. Nenek pun ada sekali siap naik wheelchair lagi sebab sakit lutut. Mula mula nenek taknak ikut. Sedih dia kata tapi lepas dipujuk pujuk, ikut jua.












Tu ha Dadam badam. Buat orang semua geram ajee tau!

















Ni masa mula mula nak dapat kaki. Sekarang dah pandai melangkah sendiri. Ke sana sini lah dia. Puas lah nak layankan dia. Nasib aku sekarang tak berapa nak larat dah. Nak jalan laju pun tak boleh dah. Hongeh rasanya :p 
Pandangkan aje lah Adam yang makin melasak tuu. Ggrrrrr














Dengan mak abah. Masa ni kawan kawan adik semua dah berkumpul dah. Dengan family masing masing. Semua pun bergambar gambar.













Sibling :)












Dengan semua.
Tahun ni masa hantar Adik, sebak tak berapa nak terasa sangat banding masa hantar dia mula mula dulu. Masa tu sedih gila. Kali ni sedih juga tapi masih boleh dikawal. Masa salam salam tu, sebak juga tapi tak berapa nak mengalirkan air mata lah. Bergenang sikit sikit je.


Banyak kali pesan kat adik supaya doakan aku. Doakan aku supaya selamatkan melahirkan anak dalam perut ni. Takpe..bukan lama pun kan. Pejam celik pejam celik nanti tiba masa jemput adik kat airport :)














Selamat tinggal Adik. Belajar rajin rajin di sana, banggakan mak abah, jangan homesick sangat, jaga diri, jaga kesihatan. Semoga selamat di dalam penerbangan. Masa tu kan baru je kecoh kes MH17 kena tembak tu. Risau sangat sangat. Semua orang risau. Mak abah jangan cakaplah. Memang risau sangat. 
Alhamdulillah adik dah selamat sampai pun. Lega dan tenang hati semua orang :')



Bye Adik. Jumpa lagi. Muahh!








Wednesday, July 23, 2014

Holidaymoon permintaan Adik




Assalamualaikum.


Gituu kan. Tajuk nak menyalahkan Adik je. hehehe...
Memang plan nak berjalan mana mana ketika Adik balik Malaysia ni. Kebetulan juga aku memang cuti sekolah kan. Afzan pun kalau cuti sekolah dia pun apply cuti jugak. Feeling cikgu juga katanya :p
Hari hari asyik tanya Adik nak berjalan ke mana. Jawapannya asyik tak tahu aje. Stress aku.
Last last Afzan kata dia boleh beli tiket diskaun Petronas tu. Antara tempatnya ialah The Lost World Of Tambun, Perak sana.


Pami tak dapat join sebab time nak pergi sangat tu baru bagitahu dia maka dia tak dapat nak cuti. Padahal dah plan lama dah nak berjalan boleh pulak tak dapat cuti. Tak pahammm tau.








Ketika ini aku mengandung 5 bulan. Perut nampak sikit sikit je. Mampu lagi nak berjalan lama lama.










Towel tu terpaksa hang pastu pegang macam tu sebab dah basah. hehe..
Kitorang sampai Ipoh dah malam sebab gerak dari Seremban dalam pukul 3-4 petang macam tu. Dalam perjalanan tu, adik google homestay yang ada berdekatan Lost World tu. Alhamdulillah ada. Rumah ada tiga bilik dan setiap bilik ada air cond. Tu paling wajib. Aku masa ni susah betul nak tidur malam sebab panas kemain. Tidur siap berpeluh peluh. Tak boleh nak tidur langsung. So bila dapat homestay bilik ada aircond, haruslah bersyukur sangat sangat. Cuaca sekarang ni pulak kemain membahang lagi kan.


Sampai je homestay, lepak lepak mandi kejap dan kitorang pun keluar cari makan.








Pergi makan kat Gerai Nasi Goreng Udang ni. Amboii tau udang dia tu. Sampai tak nampak nasi. Boleh tahan sedap juga. Puas hati dapat makan udang banyak dan sedap. Afzan lah paling suka sebab dia memang hantu udang.











Hasil. Boleh bayangkan kan betapa banyaknya udang dalam sepinggan nasi goreng tu.










Sotong kangkung juga terbaik.









Dan esoknya. Misi pun bermula. Sampai sampai sana, parking kereta penuh uols. Dah lah cuaca boleh tahan panas. Tapi redahkah saja. Haruslah berselfie secara jemaah dahulu.










Cak!
Habis selfie di luar. Kitorang pun masuk dan memulakan halatuju. Puas bincang nak jalan dulu ke nak mandi dulu sebab dia ada dua bahagian kan. Last last semua pakat tukar baju untuk mandi terus.











Dan masuk ke Mini zoo ni. Dengan berkaki ayamnya masing masing. Gigih betul.










Masuk sini, burung burung semua jinak. Tiba tiba je dia dah parking atas kepala ko. Mampu?
hehehe...









Semua orang pun jadi teruja sebab burung asyik datang bertenggek je. Mana pun lah dia rasa nak tenggek, dia akan datang. Kat tangan, kat bahu, kat kepala. Asal boleh je ko kan burung. Nasib baik comel.










Just umpan dengan makanan burung tu je. Terus dia serbu datang.













Setakat tu je halatuju kami yang ada gambar. Sebab lepastu terus masuk dalam air main gelongsor lah segala. Basah basah macam tu takkan nak bawak handphone kan. So handphone semua tinggal dalam locker. Masing masing membawa diri je. Sampai lah ke penghujung dah tiada gambar. Padahal banyak sangat aktiviti dalam Lost World ni. Tengok persembahan bagi makan harimau lah, pergi mendulang timah lah, masuk gua lah, macam macam lah. Apa boleh buat. Tak larat nak jalan pergi locker sana ambik handphone.
Dah lewat petang baru kitorang check out dari Lost World tu.









Alang alang dah ada di Ipoh, maka haruslah singgah Gerbang Malam kan. Jalan jalan cuci mata beli apa yang patut.











Afzan berurut kaki. Lenguh katanya.
Dan kitorang pulang ke Seremban pada keesokan hari. Tak terus balik. Singgah Cameron Highlands (lagiii?) pulak dulu.....



To be continue....





Sunday, July 6, 2014

Byebye Bumi Gemas



Assalamualaikum.

Tak habis lagi edisi goodbye goodbye ni. 
Aku tahu keputusan berjaya pindah ialah pada minggu cuti sekolah. Sebelum cuti takde pulak dia nak keluar, time kita dah bercuti lah result sibuk nak keluar. Tak ke haru aku nak settlekan semua benda? 
Nak taknak memang kena banyak kali angkut barang barang aku kat Gemas tu. Barang kemain banyak lagi.








Ini kebetulan hari aku kena buat kelas tambahan untuk tingkatan 5 Zamrud tu. Aku sangat yakin yang diorang memang takkan datang. So alang alang tu, baik aku ke sana juga untuk kemas sikit sikit apa yang sempat.








Naim, Adik dan Emak pun ikut sekali. Senang nak tolong apa apa. hehehe...
So sampai je sekolah memang seperti yang dijangka lah. Sorang je yang datang tu pun sebenarnya ada niat lain tu. Siap tanya kenapa cikgu datang? Rumah cikgu kan jauh.. Haha hampeh.
Suka hati awak lah murid. 









Terus terjah bilik aku. Kasi settle sana dulu sebab boleh tahan juga nak mengemas situ. Segala dokumen ke buku ke untuk serah tugas nanti kena kasi clear dulu.









Buku PBS anak murid aku banyak jugak lagi yang tak sempat nak tanda. Maka menanda lah kita....











Nampak sikit tapi leceh sebenarnya. Nasib ada buku edisi guru ni. Senang sikit nak tanda..










Naim dan adik aku serahkan tugas menanda buku matematik form 1 dan form 2. Aku settlekan fail pentaksiran 5 Zamrud sambil kemas barang aku. Banyak jugak barang aku. Hadoi letih











Bekerjasama.
Naik muntah aku mengemas meja aku tu. Akhirnya settle juga. Alhamdulillah. Naim dan Adik yang banyak tolong. Terima kasih adik-adikku :')










Habis di bilik aku, pergi makan dulu. Untuk terakhir kalinya, aku bawak diorang makan Nasi Ayam Gemas. huhuhu...











Ini tak sempat bagi. Aku pesan pesan je. Hadiah untuk anak murid yang dapat highest mark dalam subjek yang aku ajar. Landskap 5 Zamrud, Matematik 1 Intan dan Matematik 2 Intan.
Semoga semua lebih rajin belajar dan gembira dengan cikgu yang baru nanti. 











Minggu last sebelum bercuti, mendapat pulak aku jadi guru bertugas. Maka itulah minggu terakhir aku jadi guru bertugas di SMK Gemas.












Pas keluar ni pun tak sempat nak tukar baru. Masih dengan cik di situ. Amboi...

Singgah kuarters. Ohhh di sini memang banyakkkkk sangat kerja. Kena kemas dengan penuh kesabaran. Hari yang aku datang sempat angkut baju baju kurung dan kosongkan almari je. Dan angkut lah jugak mana yang sempat disumbat dalam Zaza aku tu. Yang lain kemudian kita datang ye. 

Second time datang, terus dua kereta. Zaza dan kereta Afzan. Datang kali kedua tu memang pulun mengemas habis. Sampai sakit sakit pinggang.
Itu pun masih tak muat dua kereta. Kena lagi satu trip datang semula lain kali. Fuh










Kosong dah bilik aku.











Lupa nak ambik gambar sebelum. Memang padat dengan barang barang.











Selamat tinggal bilik tidurku di kuarters. Selamat menjadi kenangan. Selamat mendapat penghuni baru.










Oh ini paling menyentuh hati. Terpaling rasanya.
Kucing ni aku bagi dia makan dari dia kecik lagi. Mula mula datang dulu takut takut je lama lama kemain manja lagi dia. Aku balik sekolah siap dia sambut lagi. Boring boring kat kuarters tu, memang dia je lah aku kerjakan. Setiap minggu pun memang aku bekalkan stok makanan untuk dia. Makanan kering dan makanan basah. Tu tak termasuk tu kalau makan kat kantin ada tulang tulang ayam aku bawak balik bagi dia makan. 










Selepas kahwin haritu, selalu aku cakap kat kucing ni suruh doakan aku mengandung cepat. Tiap kali aku cakap, dia meow kan aje. Dah berjaya mengandung, aku pesan pulak kat dia doakan aku dapat pindah dekat dengan suami. Setiap hari aku pesan dan dia meow kan aje. Kalau cuti panjang, balik kuarters memang berkejar kucing ni menyambut. Lapar sebenarnya tapi aku suka. Waktu bagi dia makan tu aku rasa satu perasaan yang bahagia. Tak tahu nak cakap macam mana. Kalau makanan dia habis pun aku jadi risau. Kesian dia lapar. 

Pernah cuti akhir tahun lepas, kan cuti lama kan..aku belikan stok makanan banyak banyak dan pesan kat pakcik yang jaga kebun tu supaya bagikan kucing makan. Siap bagi duit lebih lagi takut takut stok makanan aku belikan tu tak cukup so pakcik tu boleh pergi belikan makanan. Pakcik tu senyum je. Tiap kali nampak aku, dia mesti tanya kucing sihat ke. hehehe..

Ni dapat pindah ni, rasa sayu pulak nak tinggalkan kucing kucing tu. Mesti setiap hari dia tunggu je depan rumah. Tunggu aku bagi diorang makan :( Uwaaa sedihnyaa.
Sekarang Kay pun dah pindah dari kuarters. Harapnya cikgu baru yang duduk kuarters tu tolonglah bagi kucing kucing tu makan. 

Hari last aku datang kuarters nak angkut tilam, sempat aku bagitahu kucing kucing tu yang aku dah nak pindah dah ni. Lepasni pandai pandai lah jaga diri ye. Cari makan dan minum sendiri. Nak menitik air mata aku masa cakap kat kucing kucing tu. Sebak.









Kucing kucing tu macam faham je. Ikut je mana aku pergi. Aku masuk bilik, aku pergi toilet ditunggunya depan pintu toilet, aku ke dapur diikut jugak. Padahal bukan lapar pun. Aku dah belikan nasi putih + ayam goreng + ikan goreng. Perut dah bulat dah masing masing. Sempat juga aku cakap terima kasih doakan aku selama ni. Ada rezeki kita jumpa lagi. Tak di dunia, di akhirat sana. Kucing kucing tu pandang je aku. Tak sampai hati aku nak gerak balik masa tu. Tapi tengah aku leka leka kemas barang masuk kereta, kucing kucing tu pun tah mana hilang.


Masa tu lah aku cepat cepat pergi. Tak sanggup nak tunggu lagi.  :'(
Terima kasih kucing kucing...akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku.










Bye rumah. Kay pun dah pindah. Tinggallah kenangan je rumah ni. Masuk bertiga. Tapi sorang sorang keluar membawa halatuju masing masing.











Selamat tinggal Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas. 
Sekolah pertamaku. Sekolah kenangan suka duka pahit manisku. 
Terima kasih untuk segalanya....






Thursday, July 3, 2014

kisah buku pink



Assalamualaikum.

Sebaik disahkan hamil di klinik swasta, aku pun terus buat buku pink klinik kerajaan. Afzan suruh jugak buat check up di klinik kesihatan sebagai back up katanya. Ku ikutkan saja. So prosedur biasa masa mula mula buat buku pink ialah ambil berat, tinggi, ambik darah, pergi kencing dan kena jawab soalan soalan dari nurse lah. Oh juga kena check leher takut ada tiroid ke dan juga check breast. 
Kalau ikutkan takdelah lama mana, tapi biasa lah kan klinik kerajaan..apa pun jadi lama.






My buku pink yang menjadi panduan setiap bulan.

Di klinik kerajaan, kita memang sentiasa akan jumpa nurse je kan. Sekali sekala sahaja kita akan dirujuk kepada doktor. Nak dijadikan cerita ni, dah beberapa kali juga lah aku check up jumpa nurse aje sampai lah satu hari tu berat aku naik terlebih sikit maka kena refer doktor. Tambahan pula, belum pernah jumpa doktor lagi sepanjang aku buat check di klinik kesihatan tu. Setakat yang aku pernah pergi, nurse semua layan aku baik je. Tanya itu ini pun okay je walau diorang banyak jugaklah berborak je kan tapi bagi aku takpelah tu. Asalkan diorang layan aku baik.


So tiba masa nak kena jumpa doktor. Sebelum tu dah jumpa nurse dah. Dah ambik darah, dah kencing, dah timbang, dah check tekanan segala tu lah. Mood ialah happy happy sahaja.
Tiba turn aku dipanggil masuk berjumpa doktor, sebaik aku melangkah masuk bilik je doktor tu terus terjah dengan soalan. 'tarikh ni betul ke ni tarikh ni?' sambil menunjuk muka hadapan buku pink aku tu. Eh aku baru masuk kot, tak sempat tutup pintu pun lagi. Terpinga pinga lah aku kan. Doktor tu ulang lagi 'tarikh ni betul ke tidakk?'

Aku jawab 'tarikh apa?' Masa tu dah mula rasa tak senang sebab muka doktor tu kemain bengis lagi macam aku ada buat salah besar padahal first time jumpa ni. 'Nii..tarikh akhir awak datang bulan ni..betul ke tak?' 'Oooo..betul' Aku jawab ringkas je dan terus duduk.

'Bila tarikh awak check upt?' Muka doktor memang tak boleh blah. Masam!
'Tarikh check upt saya tak ingatlah doktor..saya check sendiri kat rumah sebab dah lewat datang bulan' Jawabku.
'Takkan tak ingat..habistu saya pulak nak kena ingat?' Doktor tu boleh tanya macam ni uols? Aku masa tu dah hilang kata dah. Dah mula rasa marah kat doktor tu. Cakap nak kasar je.

Aku senyap malas nak jawab. Melihat reaksi aku senyap, doktor tu  respon lagi 'Ni ada kalendar. Tengok sekarang bila tarikh awak check upt' Eh ehh doktor ni. Tak faham bahasa agaknya dah aku kata tak ingat nak paksa paksa pulak. Check upt pun dia nak tahu tarikh ke? Bukan tu sendirian berhad punya hal ke?
'Saya memang tak ingat. Nak tengok kalendar buat apa' Aku mula menjawab.

Doktor tu pun tulis lah apa benda tah dalam buku pink aku tu. Then dia nak check mata pulak. Check punya check then dia komen 'Pregnant pregnant pun sempat pakai eyeshadow?' Eh ehh soalan tu dia tanya.
Aku jawab lah apa lagi kan. 'Memanglah sempat. Saya takde morning sickness ponn'
Doktor tu senyap. Ha ambik. Ingat kau sorang je ada angin?


'Ok pergi baring kat katil tu' Doktor bagi arahan suruh baring di katil yang di tepinya ada alat pengimbas tu. Doktor pun scan perut aku. Dia kata yang berkelip ni jantung baby. Aku ooo kan aje, tak teruja mana pun sebab dah tengok dah masa check up kat klinik panel aku. Tiba tiba dia kata 'Dah lah lap lah perut tu. Tunggu apa lagi?' Amboii doktor tu. Ayat tak boleh nak elok sikit agaknya. Cakap nak kasar je. Mana lah aku tahu dia nak buat apa apa lagi ke kan. Tiba tiba sound aku suruh lap gel kat perut. Masa tu aku memang dah bengang gila dengan doktor tu.


Duduk balik kat kerusi tadi. Doktor sambung tanya. 'Awak ada sakit? Emak ada darah.....' 
Belum habis doktor tanya aku dah jawab laju je. Dah boleh agak apa soalan doktor tu. Dia tanya baru permulaan aku dah jawab terus. Doktor tu terus senyap dan tulis lagi apa benda tah dalam buku pink aku. 'Ada nak tanya apa apa?' Dia tanya.
'Takde. Ubat pun saya taknak mintak. Saya bukan nak sangat check up kat sini. Saya ada check up kat klinik panel saya. Kat sini back up je. Ubat semua saya dah ada' Agak kuat dan keras suara aku sebab sedari tadi aku menahan bengang kan. Doktor tu senyap je. Dia buat isyarat dah habis check, aku pun tanya 'Ada apa apa lagi ke?' Mana tahu ada kena pergi jumpa nurse lagi ke kan. Doktor tu boleh jawab 'Balik lah. Tunggu apa lagi' Boleh takk? Aku terus keluar tanpa ucap terima kasih pun dan tutup pintu kuat kuat. Protes kononnya.


Mana tak protes uols. Doktor apa macam tu. Macam mati laki je. Dah lah serabai, tudung tak gosok, bau ketiak pulak tu. Serius tau doktor tu sangat menyakitkan hati. Meluat gila. Bila balik sekolah, cerita kat akak akak sekolah aku diorang pun kata memang doktor tu perangai macam tu. Garang tak bertempat. Langsung tak mesra alam. Aku memang sangat berharap lah tu lah first and last aku jumpa dia. Tak ingin aku jumpa dia lagi. Ingat kita hadap sangat nak jumpa dia? Akak akak sekolah aku jawab jangan harap yee. Kat Gemas ni tu lah satu satu nya doktor check perempuan mengandung. Hahahahaha memang lawak sangat benda ni. Dan akhirnya aku pun berpindah kan. Alhamdulillah lah memang good bye lah doktor belagak oi. Setakat kau doktor pastu perangai macam tu, sebelah mata pun tiada ku heran.


Dengar dengar ceritanya doktor tu belum kahwin lagi. Mungkin itu antara faktor dia membengis tak tentu pasal. Kurang kasih sayang lah tu. Patut pun serabai je aku tengok. Aku pakai eyeshadow pun nak diperlinya. Tak fahammmm.


Kan dah tak memasal mengumpat kat sini. hehehe...
Dah dahh. Malas nak ingat doktor serabai tu lagi. Marilah melupakan dia. Semoga dia bahagia dengan membuat orang lain sakit hati macam tu. Customer always right kan apatah lagi patient. Ibu mengandung pulak tu. Bukan susah nak cakap elok elok. Bukan lah mintak layan macam permaisuri pun tapi at least cakap bebaik lah kan. Ko pun dapat pahala menggembirakan hati ibu mengandung ni. Eh








Ni baju mengandung pertama ku. First time pakai terus rasa, wow betapa mengandungnya diriku. Hahaha sengal. Sebab kalau pakai baju biasa perut tak berapa nampak pun. Tapi aku suka je pakai baju mengandung. Selesa. Dan sehingga kini koleksi baju mengandung aku semakin bertambah. hehehe...


Ok dah. Sekian kisah buku pink + kisah doktor poyo.
Jumpa lagi!






Sunday, January 5, 2014

Hai saya cik Lyana..eh puan pun boley :p



Assalamualaikum.

Sebelum tu, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 walaupunn telah ketinggalan :p
Sebenarnya dari sehari ke sehari aku nak update cerita kahwin aku tapi disebabkan gambar banyak tiada dalam simpanan sendiri, so aku tangguhkan dulu entri-entri tu eh.

So dah masuk tahun baru dah pun. Sesi persekolahan pun dah bermula. Banyaknya cerita aku asyik tangguh-tangguh. Tangguh pun korang sudi baca kann :))

Last year aku rasa macam mimpi sangat. Dari awal tahun 2013 yang sangat kecewa tu naik ke ending 2013 yang sangat membahagiakan. Rasa menarik sangat takdir kehidupan aku yang telah Allah aturkan. Kalau fikirkan balik, rasa tak percaya tapi itulah hakikatnya. Aku yang lalui tapi aku sendiri pun macam tak percaya. Gedik kan? haha..







Sekarang dah ada life baru :)
Dah menjadi seorang isteri :) Dan mempunyai suami :) Eh dah semua pun nak letak smiley kann hehe.
Doakan jodoh kami berkekalan sehingga ke akhir hayat sampai ke syurga sampai bila-bila. 
Ok sampai sini dulu update kali ini. Inshaallah gambar dah ada nanti aku update betul-betul. Ada juga rasa nak share kisah cinta kami tapi muntah tak korang baca nanti? hehe..Eh tapi kalau baca kisah cinta aku sebelum korang muntah pasti korang menangis dulu kot. Tak semudah yang orang lain nampak dan bayangkan. Kekecewaan mendewasakan kita. Alhamdulillah..



Baiklah cikgu perlu tidur sekarang kerana esok ialah sekolah. Jumpa di next entri.
Goodnight !







Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com