Wednesday, December 23, 2009

i kerja anti rasuah



Bila hari dah makin tiba,
mulalah aku rasa ilmu yang aku ada tak cukup banyak untuk aku sampaikan kepada anak murid.
mulalah aku rasa diri aku tak cukup lengkap ciri-ciri sebagai seorang guru.
mulalah aku rasa gelabah tiba-tiba lupa macam mana nak guna set square t square semua tu.
makin gelabah bila eh autocad macam tak pernah tau apa-apa pun?

macam mana nak pastikan bubble ada kat tengah-tengah bila buat amali ukur aras, ukur kompas segala ukur titik pindah ukuran datum pandangan hadapan tu?

ha tapi kalau suruh ajar step digging bola aku reti la..hehehehe
boleh volunteer jadi guru pengiring bola tampar kalau ada kejohanan sukan. :p
juga amali membancuh konkrit ke sebab macam dah pro masa buat psm dulu even tunggang terbalik bacaan kekuatan mampatan konkrit aku apa ada hal. hahaha

walaupun mendapat pujukan dari ayahanda masa hantar ke kuantan nanti boleh pergi cuti-cuti.
fraser hill?
sejuk mana pun fraser hill tu aku rasa tak dapat lawan perasaan dalaman yang sejuk menghadapi hari kejadian. ishh macam parah je aku ni. hee annoying sungguh ko yana!




* aku bakal menyepi dan duduk di luar arena internet untuk tempoh yang lama jadi jangan kata aku sombong tak balas komen okay :)





Tuesday, December 22, 2009

trouble is a cat


Di suatu petang yang nyaman ketika aku baru pulang dari membeli sepasang baju kurung ditemani encik kamalshazni....
aku tengok adik sedang membelai-belai baby.


"adik, kalau baby mati nanti ko sedih tak?"

"mestila, dia lah kawan adik selalu teman adik, dah macam adik sendiri dah tido sama berak pun kena basuh macam manusia,....bla...bla..."

tiba-tiba mata dia berkaca.

"ko nangis ni kenapa?"

"aah kan nangis kenapa..feeling la..hehehe"

kitorang pun gelak-gelak. adik aku feeling lebih pulak aku tanya main-main je bahahaha. :p
aku ni yang patut nangis nanti nak tinggalkan rumah dah takde nak jumpa-jumpa baby lagi sekali aku balik seremban tengok-tengok baby dah besar dah kenal aku. huhuhu!



Lagi empat bulan tak dapat jepp baby nak kecik macam tu. hari-hari makan friskies la whiskas la memang sayang tak boleh blah.
Dia kalau bergurau agak ganas siap gigit macam dia takde gigi je. ibunda cakap sebab masa kecik ibu dia tak sempat ajar kalau bergurau kena simpan kuku, gigit jangan kuat-kuat.

sebab tu bila dia jumpa anak kucing lain, nak main-main dia bantai gigit kuat-kuat macam dia gigit manusia. gila! memang la ibu kepada anak kucing tu mengamuk bahahaha

Adik aku dari alergik teruk pada kucing terus baik. hahaha dah hari-hari mengadap je lali dah kot alergik dia tu. :p




okay sampai uniten dia pernah jejak :p


* oh ya encik pahang dah komen di entri lepas, encik pahang still mahu kawan dengan saya? :p




Sunday, December 20, 2009

sunday blues


Happy Sunday....

Semalam aku berblog-walking. singgah sana singgah sini.
pastu aku berjaya mengesan somebody somebody but you! kekeke
somebody tu pernah kutuk aku bukan main lagi kat tempat lain masa aku di era kejatuhan dulu.
yang aku pelik tu apalah dia nak dah letak aku kat level negatif lima pastu tiba-tiba menonjolkan diri komen di medan aku.
mula-mula aku tak perasan tapi lama-lama eh dia ni ada kat sini pulak?
bukan setakat di blog tapi di facebook juga ada menambah senarai rakan.

aku ingatkan perempuan je yang suka mengumpat buat ketupat nih tapi lelaki pun dua kali lima je.
betul la kata orang,
manusia memang suka tengok bila orang lain jatuh,
masa tu memang kita pun berpesta la ramai-ramai membatu apikan keadaan,
padan muka dia la, kau patut malu la, blog kau baik tutup la..macam-macam lagi.

kepada "encik pahang" yang terasa..
you are not allowed here, terima kasih kerana bersama-sama mengondem aku dulu.
pergi main jauh-jauh ye cari mangsa lain.



gingerbread man

gingerbread man itu maknanya christmas is around the corner!
bukan christmas yang aku nak highlight kan tapi birthday ayahanda ialah sehari selepas christmas day.
sekali lagi bukan birthday ayahanda ialah main highlight tapi.........

HARI MELAPOR DIRI DI SEKOLAH!

wow sudah semakin tiba. :)

tak cukup lagiiiii........



plus....penjauhan dari encik itu. :(
sekian.

* "encik pahang" yang aku maksudkan, kalau kau berani kau comment la entri ini. :)




Friday, December 18, 2009

dari mata turun ke hati


Sekarang  monocular vision aku sungguh terang. :)
kata orang pakai cermin mata kita nampak lebih educated tapi bagi aku tak. sama je. cermin mata tak menggambarkan tu semua. lagipun bila aku pakai spek nampak tak cantik lah bahahaha...:p

Petang tadi aku ke kedai cermin mata di kota seremban. tapi bukan nak buat spek sebab spek aku yang sedia ada dah layak bagi title masing-masing dah. ada yang takde bingkai ada yang kaler pink ada yang kaler oren tapi semua pakai time dalam bilik kuliah je.

Tadi aku beli contact lens tapi colourless saje bukan biru, kuning atau coklat hazel sebab aku sedar aku ialah melayu tulen. (hahaha padahal budget tak cukup)


ohh begitu...ohh begini...


Penerangan cara memakai contact lens yang macam ceramah motivasi. gila lama penat aku tunggu padahal dah faham dah cara dia macam aku tak faham lagi. huh layankan jer. (-.-)

" kenapa u nak pakai contact lens tak mau pakai spek saja kan lagi senang?"


" saje je auntie, pakai spek i tak selesa la..i nak mengajar nanti.."

" ohh u cikgu?" terus dia tabik aku tapi takde la spring.

" hormat cikgu! " 

tiba-tiba je kan. aku senyap je la terkesima. hahahaa :p

Okay lepastu makan. petang-petang patutnya jogging bakar lemak tapi petang tadi menambah lemak.





Dapat pulak roti planta ngan air teh tarik di kala hujan-hujan sedikit tadi lalu menampakkan pipi dah gemok sikit. okay fineeeeee.


* siapalah yang cipta contact lens memang ciptaan yang canggih!





theraphy emosi



Salam Maal Hijrah 1431H


Dah lama rupanya aku duduk di rumah setelah berakhirnya sebuah episod perjuangan.
hari-hari aku tengok perubahan dalam diri sikit demi sikit. 
hari-hari aku berdoa untuk ditunjukkan mana yang benar dan disedarkan mana yang salah.

distraktor kita ada di mana-mana.
aku tak menangkan diri aku dengan mencari salah orang lain.
im trying to adapt myself
cuba mengasihani diri sendiri supaya orang lain tak perlu susah-susah buat begitu.
supaya persepsi antara kita semua indah sahaja.


cukuplah theraphy emosi untuk kali ini.
aku bukan menjual cerita cz i know people wont listen.
i jz expressing my feeling with kata-kata sampah sahaja.
lebih baik jangan berkonfrantasi. 




* selamat tahun baru! :)





Tuesday, December 15, 2009

another silly story



Selamat sejahtera. cehh tak pernah bagi ucapan selamat tiba-tiba kali ini ada pulak takpe kan.. :p
Tersebutlah alkisah yang aku rasa tak salah untuk dikongsikan di medan maya ini.

Kisah berlaku selepas maghrib tadi ketika aku sekeluarga sedang asyik menonton siaran ulangan Nur Kasih.

Ayahanda tengah bersiap-siap mahu pergi majlis perpisahan ke apa tah kawan dia yang nak pencen dekat berek. pastu ayahanda minta aku ambik kompang dia dalam kereta kat belakang rumah. (kereta ada dua. halaman rumah kecik so satu kereta parking depan rumah, satu kereta lagi kasi parking belakang rumah)
pastu, aku pun menurut perintah even tengah kusyuk tengok Remy Ishak sangat romantik melayan Tiz Zaqyah dalam tv. :p

Sebaik sahaja aku bukak pintu belakang rumah, memang terus nampak kereta la. tapi aku terkejut. bukan terkejut tengok kereta tapi terkejut tengok ada kucing jiran belakang rumah bawah kereta tu. kucing tu tak bergerak. bila kakanda check, rupanya kucing tu dah mati.

Okay untuk mengelakkan salah faham, makcik belakang rumah pun dihubungi...



"eh kucing tu memang dari tengah hari tadi lagi acik nampak mulut dia dah berbuih..kena racun kot..takpelah biar je dia esok acik suruh budak-budak ni pergi tanam..acik nak keluar ni.."



Ohh baiklah makcik. tetapi oleh kerana warga rumah aku penyayang-penyayang semuanya, jadi tak sampai hati nak biarkan je mayat kucing tu. oleh kerana aku sangat takut dan tak sampai hati nak tengok mayat kucing tu, jadi kakanda yang angkut dan masukkan dalam plastik. niat di hati memang nak tanam tapi rumah aku ni kemiskinan tanah. tanah takde. depan belakang simen. taman perumahan area rumah aku pun takde sungai. takkan nak buang dalam longkang kan?

So, ibunda suruh buang kat tong sampah besar kat area pasar je. Aku ngan kakanda sahaja lah yang pergi.

Sampai je kat pasar, tempat tong sampah besar tu gelap gile dan kebetulan ada 2 orang pekerja MPS (Majlis Perbandaran Seremban) kat situ tengah angkut sampah. (ohh baru ku tahu mereka angkut sampah malam-malam rupanya) Aku ngan kakanda buat selamber je la kan parking tepi tong besar tu. kakanda pun turun, ambik plastik hitam berisi mayat kucing tu dan masukkan dalam tong sampah besar.


TAPI...


Aku syak pekerja MPS tu macam meragui aku ngan kakanda. diorang pandang semacam je. masa kakanda pergi buang plastik hitam tu, salah seorang pekerja tu tengok nombor plat kereta bukan main lama lagi. haa mesti diorang ingat aku ngan kakanda ialah pasangan yang dah terlanjur pastu buang bayi.

hahahahahaha. lawak gile. dah la kakanda pakai singlet putih pagoda tu je dengan jalan  macam gangster je kan.

hadoiii kalau la betul-betul nanti ada kes buang bayi kat kawasan tu mesti nombor plat kereta ayahanda tu naik kat list polis. hahahakhakahkkk


* nauzubillah...aku mintak jauh la kes buang-buang bayi ni dari rakan-rakan semua ye...



Monday, December 14, 2009

kalau hati dah rasa meluat


Tadi ber ym dengan kakanda yang tengah bekerja di sekolah....




Siapakah yang aku maksudkan tu.....?
*teeeeeeeet*
ade aku kesah kalau dia baca? :p



i love u baby!


kenapa saya sayang kucing saya?

sebab.....

  • ini kucing pertama yang aku bela.
  • dia pandai buang air kat toilet sungguh bijaksana mungkin sebab aku angkut dia masa di alam universiti.
  • bulu dia tak gugur dan selembut sutera.
  • sebab dia aku bangun sungguh awal setiap hari di hari-hari cuti.
  • sebab dia aku boleh kekal slim sebab kejar dia sebab dia kejar anjing.

.catwoman.

Disebabkan banyak sangat sebab maka ambik yang penting-penting sahaja.
Kenapa kucing sungguh pandai mengambil hati aku dia main cakar-cakar sampai tangan calar pun tiada rasa marah malah lebih sayang.

Jiran sebelah rumah aku ialah orang indon. hari tu dia ada pesan kat ibunda suruh bagitau aku, anak dara tak baik kalau sayang sangat kat kucing nanti kawen tak dapat anak. hahaha first time aku dengar ajaran dan kepercayaan apakah itu? mengarut merepek meraban jer tapi kalau betul boleh sesiapa perjelaskan pada aku yang kurang jelas ni? huhuhuhu..


* tak salah sayangkan binatang tapi berpada-padalah. :)



Sunday, December 13, 2009

langkah bendul world!


 
jambu

Semalam lepas aku balik dari berjalan-jalan dan menikmati air jambu (bukan jambu flavour tapi warnanya sungguh jambu), aku dikejutkan dengan berita perkahwinan sorang budak masa aku duduk berek dulu.

Muda lagi kot baru 19 tahun, pasangan dia 21 tahun. Cehh rasa macam zaman dahulu kala pulak belasan tahun dah kawen. hehehe. dah lama aku pindah dari berek tu so mereka-mereka yang aku tak berapa rapat aku tak bape tau sangat hal diorang. tup tap tup tap tiba-tiba aikk dah nak kawen??

Yang makin men'rare'kan keadaan, kenduri kawen tu dibuat pada waktu malam! hahee aku tak tau la aku yang ketinggalan zaman ke atau dah ramai yang buat kenduri malam? sejuk sikit kot memandangkan seremban dah macam lama rindukan hujan. hehehe..

Kepada pasangan pengantin, SELAMAT PENGANTIN BARU. semoga kekal selama-lamanya bukan ke anak cucu je. :)


* pengantin perempuan tu dulu berhingus je lagi masa kecik-kecik last-last ko langkah bendul aku yer! heheee~



Friday, December 11, 2009

kecantikan buat 'diva'


Petang tadi aku berjogging.
Aku rasa tadi sangat better than before.
Sebab aku berjaya buat sampai empat lap.
Even ade stop-stop tapi tetap muka merah dan badan basah.
Aku puas hati.
Yess banyak terbakar lemak aku nih..kataku dalam hati.

Tapi.

Harapanku hancur pabila tadi makan sefamily kat luar.
Makan banyak tak ingat dunia.

Yong tau fu.
Tahu bakar.
Ikan pari bakar.
Sotong kangkung.
Roti bom.

Takkan aku nak tolak semua tu?
Lepas makan terus rasa menyesal.
hahahahakk. :p


* ye baiklah esok mula bersemangat untuk jogging lagi.