Followers

Pages

Wednesday, August 29, 2012

Maksud Dokumen Terperingkat



Dokumen terperingkat ialah dokumen atau surat rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan dan yang bertanda dengan sesuatu peringkat keselamatan. Maklumat dalam dokumen terperingkat mesti diberi perlindungan keselamatan berdasarkan Arahan Keselamatan yang bertujuan untuk mengawal rahsia-rahsia negara dengan berkesan. Oleh yang demikian, penyimpanan dokumen terperingkat adalah perkara yang perlu diberi perhatian dalam setiap jabatan kerajaan. Terdapat empat peringkat keselamatan yang mempunyai cara penyimpanan yang berbeza.

Peringkat pertama ialah Rahsia Besar iaitu dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada negara Malaysia. Warna fail bagi Rahsia Besar adalah berwarna kuning dan berpalang merah di kulit depan dan belakang. Contohnya kertas-kertas kabinet mengenai ekonomi dan politik, maklumat perancangan ketenteraan dan surat menyurat negara asing dengan kerajaan mengenai perdagangan dan pertahanan. Penyimpanan dokumen Rahsia Besar adalah di dalam bilik kebal, peti besi yang dipasang dengan kunci kombinasi, cabinet keluli dipasang palang besi (sementara) dan bangunan yang mempunyai kawalan keselamatan yang rapi.  

Peringkat kedua adalah Rahsia iaitu dokumen, maklumat dan bahan rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau member keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Warna fail bagi Rahsia adalah berwarna merah jambu berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang. Contohnya arahan penting perwakilan Malaysia yang berunding dengan negara asing. Cara penyimpanan dokumen adalah di dalam bilik kebal, peti besi dipasang dengan kunci kombinasi, cabinet keluli dipasang dengan palang besi dan bangunan yang mempunyai kawalan keselamatan yang rapi.

Seterusnya, peringkat ketiga ialah Sulit iaitu dokumen atau maklumat atau bahan rasmi jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan martabat Malaysia. Warna fail bagi Sulit adalah berwarna hijau. Contoh dokumen adalah laporan-laporan perisikan biasa. Cara penyimpanan dokumen adalah di dalam kabinet atau almari keluli berkunci dan simpanan sementara dalam lain-lain peti berkunci dengan kebenaran Pegawai Keselamatan Jabatan.

Terakhir adalah peringkat keempat iaitu Terhad. Terhad adalah dokumen atau maklumat atau bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia dan Sulit tetapi perlu diberi tahap perlindungan. Fail Sulit adalah berwarna putih. Contohnya adalah buku-buku jabatan bagi maksud arahan, perintah-perintah dan arahan-arahan. Cara penyimpanan dokumen ini adalah cabinet atau almari keluli berkunci dan simpanan sementara dalam lain-lain peti berkunci dengan kebenaran Pegawai Keselamatan Jabatan. 






Sejak aku letak entri KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA, KPM haritu..kemain ramai yang komen, yang inbox kat facebook, yang tanya kat twitter, tak boleh blah kawan-kawan lama pun tetiba sms, tetiba call, sebab nak mintak copy assignment aku tu. Ramai pulak yang dapat tajuk sama dengan aku yee. hee
Kawan-kawan lama memang aku bagi aje. Ko bagi email, aku send. Mula-mula rajin aje aku melayan, lama-lama makin ramai pulak yang mintak copy. Hamboi tau..time aku dulu takde seketul pun yang nak tolong. Malas nak harapkan orang lain, aku perah otak je siapkan assignment tu 100% hasil usaha aku. Kagum tak? haha...

So, di sini aku letakkan jawapan aku untuk soalan 'Apakah maksud dokumen terperingkat'.
Sesiapa nak copy, copy aje lah ye. Saya benarkan. Tak perlu bayar apa-apa cuma kalau boleh doakan kesejahteraan saya dalam kerjaya. :)


Semoga lulus dengan jayanya kepada yang mahu berkursus induksi!



* Motif letak gambar sendiri? supaya korang tahu tuan punya assignment yang korang copy..kekeke..



4 butterflies concerned.:

azeanty anuar said...

saya bukan cikgu tp saya nk komen..=)
perenggan terakhir 2.. warna fail sulit adalah putih.. bkn ke warna fail terhad adalah putih ke?? ;)

farah shamira said...

sumpah alu tak baca pun dokumen terperingkat yg ko tulis byk2 tu nana.

yana lyana said...

iye ke? alaa betul ke?
tapi tu lah jawapan aku hantar masa kursus haritu tau..lulus dengan jayanya je.. :p

azeanty anuar said...

haha.. 1 je salah pon.. ko taw mak mentua aku adalah sangat expert pasal dokumen terperingkat.. kekadang aku ade la join dea pg dengar dea bg ceramah.. dan sebab tu jugak la aku pon blh hafal da kaler dokumen.. hehehe

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com