Assalamualaikum.
Okay kita sambung entri holidaymoon. Balik dari Ipoh semua setuju nak singgah Cameron Highlands.
Alang alang dah lalu sana kan haruslah singgah sekejap.
Perjalanan lancar aje tapi masa ni aku rasa kenapa lah lama sangat nak sampai. Lenguh lenguh dah punggung aku duduk dalam kereta tu.
Ni gambar dari handphone adik. Mereka berselfie di dalam kereta. Amboi..
Sampai sana tempat pertama dituju ialah Cameron Valley. LAGI.
Layankan aje. Haritu pergi berdua tapi kali ni pergi beramai ramai. Lain sikit feelingnya. Cuma aku tak berapa nak teruja lah bergambar sana sini kan. Sebab masa ni dah mula rasa sakit sakit pinggang dah.
Jom lihat gambar bunga bunga yang sempat disnap.
Ok dah puas tengok bunga.
Kincir air.
Bila dah naik atas sana tu, dengan sejuknya lagi..perut pun mula melapar. Makanan dan minuman semua pun harga cekik darah tapi belasah aje. Dapat minum n makan sikit sikit pun jadi. Masa tu order air coklat strawberry panas dan strawberry shake. Makan pulak beli sandwich dan strawberry cheese tart. Yang berbaloi hanyalah air coklat strawberry dan sandwich je. Yang lain ialah out.
Naim dan emak.
Isteri dan suami.
Semua pun harus juga menghabiskan makanan dan minuman tadi. Dah kata harga mahal kan jadi sila jangan membazir.
Habis makan makan dan hilang penat sikit, sambung berjalan. Beli fridge magnet, beli kaktus, beli aiskrim strawberry.
Aiskrim strawberry kat tangan i tu sedap gila. Sangat pure rasa dia. Emak beli banyak siap nak bawak balik rumah. Masam masam manis sedap gitu.
:)
Masa ni perut tak berapa nampak kan. Mungkin juga faktor baju color gelap telah menyorokkan perutku. Padahal buncit je tu.
Habis di Cameron Valley, perjalanan pun diteruskan. Kami singgah makan di Tanah Rata. Juga singgah beli sayur sayur di pasar tepi jalan tu. Dan akhir sekali singgah Ladang Teh.
Singgah sini. Haritu masa honeymoon berdua tak sampai ke sini pun. Jadi untuk kali ni haruslah sedikit excited :p
Tapi semua tak larat nak ke bawah sana. Duduk duduk di bahagian atas lihat suasana ladang teh sambil hirup air teh pun sudah memadai. Adik dengan Naim yang larat nak turun. Tu pun tak turun habis pun, suku ladang teh aje diorang turun. hihihi..
Luas sangat kot. Mahu basah baju peluh peluh nanti.
Ibu mengandung hanya melihat dari atas je. Lunjur lunjur kaki, minum teh panas, hirup udara segar.
Cantik. Sejuk je mata memandang.
Selfie kami semua.
Dah boring melepak situ, bergerak lah kami.
Perjalanan balik ialah melalui jalan yang lalu Lata Iskandar tu. Jalan dia kan boleh tahan pusing pusing kan. Masa ni aku rasa memang tak boleh blah dah. Pening kepala sangat sangat. Tak larat sungguh rasanya. Afzan suruh aku tidur je tapi mata ni tak boleh nak lelap pulak. Rasa mabuk je.
Sampai satu tahap tu aku cakap kat Afzan yang aku memang tak boleh blah sangat pening ni. Nak muntah boleh tak? Terus aku capai plastik yang ada dalam kereta tu. Plastik isi barang yang beli kat Tanah Rata tadi. Boleh pulak plastik tu koyak uols? Tak sempat langsung dah. Elok je aku cakap 'plastik ni bocor la b...' terus aku uwekkk kat plastik tu. hahahahha... Memang tak boleh tahan langsung. tak sempat nak suruh Afzan berhenti tepi jalan. Makanya habislah seat depan dan seluar aku kena muntah aku tu. Hampeh punya plastik.
Nak buat macam mana dah termuntah kan. hihihihi...
Terus Afzan berhenti tepi. Basuh muntah aku tu. Aku pun kat situ jugak tukar seluar. Seluar jeans aku pakai tu dah penuh muntah dah. Tak sanggup nak pakai. Mesti Afzan bengang je kereta bau muntah aku. kekeke.. Ampunnn b..
Lepas muntah, aku jadi melepet je. Tak larat.
Abah semua tu dah kat depan dah. Sedar je dah sampai Lata Iskandar, abah tunggu tepi tolong cop kan parking. Mak, Naim dan Adik dah selamat kat air terjun dah. Abah je setia tunggu kitorang. *terharu
Abah kata abah dah agak dah kakak mesti mabuk punya. hehehe.. Kenal sangat abah dengan anak dia yang seorang ni. Dari kecik aku memang tak boleh jalan pusing pusing macam tu. Confirm mabuk dan muntah.
Sampai sini, aku basuh basuh apa yang patut. Rehat rehat kasi segar sikit tapi aku masih lagi pening kepala masa ni. Jauh lagi ke perjalanan? Itu je soalan aku. Dah macam budak budak. hehehe...
Habis di situ, kami pun bergerak pulang.
Akhirnya sampai lah kami ke Seremban dengan aku yang berkeadaan busuk sangat rasanya. hehehe..
Tiba tiba rasa serik dah nak ke Cameron Highlands tu. Eh?
Tapi kalau ikut jalan yang lalu Lata Iskandar aje yang aku serik. Jalan dari Ipoh tu ok je. Boleh? :p
Ok tu je cerita holidaymoon. Bye!
2 butterflies concerned.:
ada salah sikit...jalan dari ipoh tu la jalan simpang pulai...jalan yang awak balik tu jalan turun ke tapah, tu yang lalu lata iskandar
syok nyaa..kg husband dekat simpang pulai..tapi tiap kali balik kg mesti dia xnk g cameron bila ajak..sob3..
Post a Comment