Assalamualaikum.
P/s : Terlebih dahulu, uols jangan mengumpat i sebab i macam takde baju laen je kan asik-asik baju purple ni. Kebetulan memang tema abang aku bertunang dengan tema sambutan hari guru kat sekolah aku tahun ni serba purple. Kebetulan ok. Harap maklum. (korang kesah ke tak i terangkan jugak..hee)
So, tema tahun ni ialah purple. Fuhh nasib baik tema baju sekolah yang dicanang-canangkan tu tak jadi tau. Kose aku nak pergi beli baju sekolah semata-mata. Tahun ni aku tak dapat nak bergambar-gambar sangat sebab aku ditugaskan handle bahagian hadiah. Tahun depan taknak jadi ajk hadiah lagi. Tak best langsung.
Feewit. Gambar pertama di hari kejadian. :)
Masa ni tengah sibuk-sibuk mendaftarkan hadiah guru-guru sebab ada sesi pertukaran hadiah sesama guru.
Sila berbisik di dalam hati bahawa tulisan ini ialah cantik. Ok?
Masa ni semua pun tengah berkumpul-kumpul untuk daftar hadiah dan tunggu semua guru sampai. Macam biasa, nak berarak ala-ala pengantin gitu.
Singa-singa dah bersedia menyambut kedatangan guru-guru. Semua pelajar lain telah ditempatkan berada di dalam dewan.
Ok. Cikgu semua dah sampai.
Melayan singa-singa ni dulu sebelum dibenarkan masuk dewan.
Kemain siap nak masuk dewan jugak tau singa-singa ni.
Guru-guru pun masuk ke dalam dewan dengan disambut dengan sorakan pelajar. Dah feeling macam anugerah bintang popular gitu tau. hehe..
Perhimpunan macam biasa cuma ada tambahan nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia' dan lagu tema hari guru tahun 2012 iaitu 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'. Ada ikrar dan bacaan perutusan hari guru oleh pemangku pengetua sekolah. Pengetua sekolah aku masih bercuti disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
My housemate :)
Persembahan pertama untuk sambutan hari guru tahun ni. Nyanyian koir dengan lagu Kau Ilhamku.
Sesi memotong pulut kuning oleh barisan pentadbir sekolah.
Ok. Ni paling i suka. Sesi bagi hadiah. hee
Guru-guru berbaris dan pelajar boleh bagi hadiah kepada mana-mana guru yang diorang berkenan. Budak sekolah menengah tak macam sekolah rendah. Diorang ni ala-ala ego gitu taknak belikan hadiah untuk cikgu. Kalau sekolah rendah, kemain semangat lagi. Teringat masa aku jadi guru ganti kat sekolah rendah dulu. Tak menang tangan siap tak tau nak sumbat mana dah hadiah-hadiah tu. Tapi aku tak kesah pun, asalkan diorang wish sudah. :)
Ala-ala Chung Li kan cikgu ni? hehe...
(Tak kenal Chung Li? Sila tanya encik google.)
Ehem. Ingat lagi wajah-wajah ini? ----> Gegurls
Eh? Apa i buat tu?
Jeng jeng jeng.....
Kita sambung part two nanti ok? :)
3 butterflies concerned.:
wah meriahnya suasana ye.. :)
alahai..comel2nyer cikgu ni
riena haiqal & lyafrina ;
hehehe..tq kamu berdua.. :)
Post a Comment