Followers

Pages

Friday, December 23, 2011

Pengalaman Menjadi Pengawas Peperiksaan SPM



Assalamualaikum.

Kali ni nak kongsi dengan uols pengalaman aku menjaga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula. Rata-rata pelajar yang mengambil SPM ialah berada dalam lingkungan umur 17 ke 18 tahun. Umur macam ni dah cukup besar sebagai manusia dan boleh berfikir secara matang.


Aku ditugaskan untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM untuk tahun ini. Mula-mula taknak sebab mengganggu masa cuti akhir tahun. Tapi memikirkan aku ni masih free takde tanggungjawab lain seperti ada suami dan anak-anak, maka aku setuju juga untuk memikul tanggungjawab ini. Mula-mula agak berat tapi lama-lama rasa seronok pulak. :)


Kali ni aku dapat sekolah yang agak jauh sedikit berbanding masa aku jaga PMR haritu. Melalui pokok-pokok, hutan-hutan sikit, kampung-kampung, selisih dengan pakcik nak pergi menoreh getah, menahan marah kepada monyet yang main kejar-kejar atas jalan raya..agak mencabar. hehe..
Sekolah tu agak besar, student pun ramai. Maka, peperiksaan dijalankan di dalam dewan besar sekolah tersebut. Rakan-rakan yang sama-sama menjaga kebetulan semua muda-muda belaka.


Hari pertama aku jaga, paling aku ingat muka student semua baik je. Macam tak pernah buat salah, disiplin terkawal, senyap je. Tapi tu mula-mula je, masa edar kertas yang pertama diorang diam je, ontok je kat tempat duduk memasing.


Bila tiba masa nak kutip kertas jawapan....ha dah mula dahhh. Kita kutip kertas jawapan ikut row kan. Ikut angka giliran. So memang kena slow lah kutip dari satu meja ke meja yang lain. Masa aku kutip kertas kat satu row ni, sorang murid ni bersuara....

terima kasih kak..datang lah lagi...


Dengan suara gatal dia uols. Tu yang aku tak boleh blah tu. Aku pun terus toleh kat dia dan sembur sekali.. 


apa datang lagi? jangan nak main-main!


Dia sengih-sengih.  


garangnye..


Hamboi kemain berani kau ye. Tak kuasa aku nak layan. Banyak lagi kertas jawapan aku nak kutip.


Tapi aku tak biarkan begitu je uols. Kalau biar lagi dia berani nanti kan. So, bila paper kedua bermula, masa diorang tengah menjawab tu, tugas pengawas ialah check slip kemasukan dan kad pengenalan. So aku pilih row student gatal tadi. Bila tiba kat tempat dia, aku stay lama. Aku belek ic dengan slip dia. Pastu aku diri je depan dia tengok karangan yang dia tulis tu. Menggelabah terus. Tak tentu arah dia nak pandang mana. Bila dia pandang muka aku, aku jegilkan mata je. Paper yang lain pun, masa nak edar ke masa nak kutip ke bila tiba kat dia memang aku pandang tajam je kat dia. Muka ketat habes uols.


Sejak dari tu, paper yang lain memang tak berani bersuara dah dia bila aku datang kutip kertas jawapan. Nak pandang aku pun takut. Bagus! :p



Kebanyakan pelajar perempuan datang jawab exam macam nak pergi konsert. Bergaya sakan. Make up bagai uols. Siap bereye-liner, bereye-shadow, tudung dah lah pendek yang amat siap pakai pin berjurai-jurai tu tau. Kemain lagi. Pelajar lelaki pulak bersongkok sebab nak tutup rambut. Rambut panjang, konon mat rempit. Siap karat lagi uols. Dah macam artis korea dah aku tengok. 'anyeong haseyo'... Nak aje aku cakap camtu tapi takut diorang tak faham pulak bahasa-bahasa korea ni. Tak memasal je dah memalukan diri sendiri kan..ekekeke :p



Ada sorang pelajar ni lagi best, masa tu dah seminggu kot SPM berjalan. Paper pagi dah settle. Bila nak masuk paper kedua, tetiba sorang pelajar perempuan ni keluar dewan dan mengamuk-ngamuk. Siap campak kalkulator dengan alat tulis dia sekali. Kemain tau. Aku pun berkejar lah kat dia. Tanya kenapa dia menangis mengamuk macam tu. Dia kata dia kena gangguan seksual, malu nak masuk dewan. Bila dah siasat siapa yang buat gangguan tu, dia cakap orang tu ada dalam kereta. Kereta mana entah. Padahal kereta-kereta kat situ semua kereta pengawas yang jaga exam je uols. Memang psycho budak ni. Tetiba dia nak balik. Sampai ke sudah tak datang-datang. Kad pengenalan dia semua tu ada kat ketua pengawas. Aku syak budak tu memang ada masalah remaja. Dah terjebak ke hape ke tiada lah aku ambik tahu.


Kes pelajar masuk dewan lewat pun ada. Kalau ikutkan, lewat setengah jam pun tak dibenarkan masuk dewan peperiksaan. Tapi kita tak lah sekejam itu kan uols. Kesian pulak kalau pelajar tu tertidur ke apa ke kan. Tapi ada satu pelajar ni uols, datang lewat sejam uols. Pelik jugak kan. Masuk dewan mata merah je macam tak sihat. Rupanya dia baru lepas kehilangan ayah dia. Ayah dia baru meninggal dunia. Kesian sangat-sangat aku tengok pelajar tu. Masa tu paper Pendidikan Seni Visual. Dia lukis-lukis dan warna sikit je pastu dia angkat tangan mintak keluar. Dia cakap ayah dia belum dikebumikan lagi. Dia nak pergi tengok ayah dia. Sebak ok masa tu. :'(


Pelajar keluar awal jangan cakap lah. Memang berlumba lumba diorang ni nak keluar awal padahal jawab entah apa-apa. Siap tak jawab langsung pun ada ok. Dah la tak jawab, boleh pulak tinggalkan nota 'matilorh akuew x dpt jwb' (matilah aku tak dapat jawab). Boleh pulak macam tu kan. :p


Paper matematik kan kita ada bagi helaian tambahan untuk pelajar buat kira-kira kan uols. Kan helaian tambahan tu nanti tak payah hantar kan. Kena gumpal-gumpalkan dan buang kan. Boleh pulak sorang pelajar ni kan, dia tinggalkan kertas tu siap lengkap tulis nombor kad pengenalan, nombor angka giliran segala. Paling tak boleh blah bila dia tulis Nama Kertas : Matematik kertas conteng. (apakah?) hehehe...


Aku tak faham dengan pelajar yang sebok sangat mintak keluar awal tu. Dah keluar awal bukan nak balik rumah ke apa ke. Diorang boleh berkumpul ramai-ramai atas motor masing-masing pastu duk bising-bising press minyak. Mengaum lah bunyi nya kan uols? Kau ingat kau dah merdeka sangat ke? Hadoi. Perangai macam apa je. Langsung tak risaukan masa depan sendiri.


Tak faham. Tak fahamm.



Jadi penat jaga SPM ni sebab tempoh dia lama. Penat sangat nak tunggu. Kadang tu selang sehari, kadang tu selang seminggu. Ikut sukati dia je tau. Kalau rumah aku sejengkal ke takpe jugak, ni jauh haa. Nak stay aje kat Gemas ni pun, boleh hang otak. :p Tapi alhamdulillah berjaya juga aku lalui. Last paper tu, aku pulak kemain excited nak merdeka. Over kan. heee






Minggu depan nak balik Gemas dah. Mesyuarat itu mesyuarat ini post mortem segala.
Baiklah. Tunai tetap saya tunaikan.....:)



Entri berkaitan : Pengalaman Menjadi Pengawas Peperiksaan PMR




24 butterflies concerned.:

Nabiel said...

huhu..gugup gak klu ade pengawas grg mcm yana!hahaha=P...ish,budak2 skrng nie tk tau la ape nak jadi..mkin byk ragam..rsau plak bila giliran anak2 kita nti..huhu..xtau la zaman tu macam mane plak kan..ehmm,

Azlan Aziz said...

Perrggghh...! rasa mcm nk amek exam skali lg ble tgok pngawas peperiksaan cani...

emy zulaiha said...

wah bestnye jage exam..kite dah besar kite fikir budak2 mcm tue lah..xreti pikir mase depan..

mase kite budak2, mcm tue jugak lah perangai kite kan.haha :)

Nieda said...

Salam kenal.
TQ singgah di Cempaka Biru.

Tahun ni pun jaga SPM juga. Duit elaun pun dah masuk.

H.J said...

pergh..kalo akak yang jaga saya exam ari tu..mesti bestkan..dah tau yg akak ni caring..haha

Hanis MY said...

Mekup? Udon pengsan... Biasa tgk bebudak melaram time amek result ni time exam dh jangok hehe...

zyLa said...

hi cik yana... =) dl study uthm ke???

Asmara said...

dahsyat ye bdk2 sekarang. huhu.. mudah2an mereka semua berjaya la kan. :)

Ezad Skytech said...

hee..dorang ni fikir lepas SPM da merdeka la tu...ish3..

yana lyana said...

nabiel ;

betul tu..zaman anak2 kite lagi banyak cabarannya..dgn teknologi makin menggila sekarang ni...takot je rase..huhu..

yana lyana said...

azlan aziz ;

eh? nak kena sembur jugak ke? hehehe :)

yana lyana said...

emy zulaiha ;

aah kan..masa kite bebudak dulu lebih kurang aje kite ngan diorang kan..fikir nak enjoy tak habes2..hehe..

yana lyana said...

nieda ;

elaun elaun...pakcik kayo..hehe..

yana lyana said...

H.J ;

ceh..caring la sangat..dah macam singa dah tau? hehehe..

yana lyana said...

hanis my ;

kan?diorang mana peduli..nak jawab exam pun sebok nak jangok lebih..huhu..

yana lyana said...

zyla ;

hye..aah study uthm dulu..same kah kite?? hehe.. :)

yana lyana said...

asmara ;

aminn..same2 lah kite doakan diorag berjaya kan..jgn merosakkan negara sudah.. :)

yana lyana said...

ezad skytech ;

merdeka lah sangat diorang tu..asalkan datang jawab exam dah cukup baik dah..padahal jawab merepek2 je..huhu..

Cik Sibuk said...

wahh..garangnye! hehehe

tapi memang takleh bagi muka.

takde kena ngorat ngan budak2 amik spm tu ke? hoho

halizab ツ said...

part ayah student tuh meninggal akak :'(

Jik Kam Yong said...

WOW! Happening betul jaga exam!

Liza Fazira said...

Funny betoi lerh cter cikgu nih.... sya bru je ambil spm thun nih. bru sya fham nape ktua pngawas nih garang sgt.... Hurm tpi kat kolah sye nih ade budak2 baru lpas 4o minit jwb exm diaorang dah boleh klua. Boleh ke cikgu? hurm tpi cikgu sya nasihat kan stay lerhh kat dewan tu smapi abiz exam.so sya x akan pernah nak klua awl lagipun syang nak buang msa macm tu je. ade g masa boleh le nk smak g jwapan kan

Liza Fazira said...

cikgu ape syarat nak jadi pengawas peperiksaan nih?

Anonymous said...

Wahh best gak baca
Teringat jaga spm 2 kali
Pmr sekali
Yg best dan mncabar tahun nini,, mcm2 boleh jumpaaa
Dr klakar ngeri,, kesian,, geram
Smua ada
Budak2 skarng x mcm zaman kita

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com