Followers

Pages

Tuesday, January 19, 2010

madonna vs katy perry


Tersebutlah kisah di alam semesta ini…

Madonna merupakan senior yang telah lama bekerja di sebuah restoran makanan segera iaitu Makdi. Makdi sangat famous dan digemari oleh ramai orang.

Pada suatu hari, Madonna mendapat junior baru bernama Katy Perry. Katy Perry masih muda dan tiada pengalaman bekerja tetapi dia terpaksa bekerja di Makdi itu untuk mendapat pengalaman bekerja.

Madonna berasal dari Pantai Timur Malaysia yang agak kuat semangat kenegeriannya. Oleh kerana Katy Perry bukan berasal dari pantai timur, maka Madonna seperti tidak suka kepada Katy Perry tetapi pada awalnya dia biasa-biasa sahaja melayan Katy Perry,bercakap pun untuk yang penting sahaja nak berborak bergurau senda memang tak dapat jepp.

Tetapi Katy Perry tak heran pon. Lantak kau lah Madonna.

Lama kelamaan, Madonna telah mula menunjukkan kekuasaannya sebagai seorang senior. Macam-macam kerja disuruhnya Katy Perry buat. Katy Perry hanya akur kerana dia sedar dia tiada hak tambahan pula dia adalah junior.

Madonna ada kenderaan tetapi belagak nak mampos macamlah kau pakai kereta kebal padahal pakai beca je. Tetapi beca pun better lah kan dari Katy Perry yang hanya menggunakan kaki sebagai kenderaannya ke Makdi. Betapa belagaknya Madonna itu bila naik beca, lalu sebelah Katy Perry sikit pun tak pelawa naik. Ish ish Madonna memang poyo lagi menjengkelkan.

Pada suatu hari, sedang mereka memasak makanan di Makdi, stok makanan habis. Bila stok habis,maka kena lah order kat pihak atasan. Madonna mula bersuara…

“ Katy Perry, kau pergi lah order stok kat boss. Kalau kau pergi sure cepat gila stok tu dapat”

Katy Perry pergi tanpa banyak dolak dalih.

Hari berikutnya, pelanggan tak ramai datang ke Makdi. Biasalah kan takkan nak ramai je 24 jam. Lalu Madonna memberi arahan…

“Katy Perry,kau jaga lah kaunter tu. Kalau kau jaga confirm ramai orang datang. Yela anak dara jaga memang laju je.”

Katy Perry mula panas. Madonna ni takde keje lain balik-balik provoke macam tu. Macam lah Katy Perry ni gedik lagi mudah dipergunakan kan. Kepala hotak Madonna berjambul!

Tetapi…

Madonna tak kenal lagi siapa Katy Perry. Dia ingatkan Katy Perry ni macam lembu ditambat hidung ikut je semua arahan, akur je semua perlian, angguk je semua ejekan. Dia tak sedar yang Katy Perry ni junior dan takde hak untuk bersuara sebab tu dia senyap je tanpa pernah respon.

Tetapi dalam hati Katy Perry berazam suatu hari nanti untuk pergi berdiri depan muka Madonna yang pendek itu, pandang tepat ke matanya lalu berkata…

 “WEH MADONNA KAU INGAT KAU BAGUS SANGAT MENTANG-MENTANG KAU SENIOR KAU BULI AKU EK AKU NI TUNGGU MASA JE NAK SEMBUR KAU BALIK KALAU KAU PERLI AKU LAGI. DASAR KAMPUNG!”

p/s : cerita ini ada kaitan dengan yang masih hidup. Kita hidup di dunia macam pusingan roda kejap atas kejap bawah. Rezeki kita ada di kemudian hari jika bukan hari ini. Insya-Allah.
Hukum karma menyatakan apa yang kita lakukan pada orang lain akan berbalik semula pada kita suatu hari nanti. Bila anak Madonna besar nanti...haa lu pikir la sendiri. :p


*kenapa perlu ada diskriminasi jantina? saya masih boleh bersabar juga tiada niat untuk membalas sebenarnya. :)

Thursday, January 14, 2010

I get more I want more


Bila kau berada di tahap tiada hak untuk mempertahankan hak, maka kau harus terus menelan walau pahit macam mana pun.


Masuk minggu ketiga,
Kalau cakap aku dah kurus sekarang nanti ada yang tak percaya..hehehe..




Okay itu tak penting.
Yang penting bila tiba-tiba orang sekeliling memanggil aku cikgu,maka perasaan dalam diri jadi terlalu indah tak tergambar dengan kata-kata. Hehehe.

Bila bertukar status menjadi Cikgu Lyana, kau pasti di’up’ sikit tiba-tiba student ada rasa takut dan hormat. Macam yang aku cakap,pelajar vokasional memang nakal bukan main tapi ada bagusnya compared tu pelajar teknik. Diorang ni responsive. Apa yang kau tanya semua ada jawapan dan alasan.
Dari situ idea untuk kau membebel juga tak akan putus.

Syabas untuk diri sendiri! Good job yana..ceh cehh angkat bakul.

Ketika first time aku ditugaskan untuk relief kelas,dapat pulak kelas automotif yang pelajarnya semua lelaki…

Memang jantung aku berdenyut macam baru lepas merentas desa tanpa henti, tangan pulak sejuk macam baru keluar dari ice-box. Bahahaha cuak kot tapi bila dah berada dalam kelas,sekelip mata macam kau ni guru veteran yang dah ada pengalaman 10 tahun mengajar juga DG56. Hehehehe.

Mula-mula aku melangkah masuk dan pelajar pun bangun lalu memberi salam…lalu…

“cikgu ajar kitorang sains ke cikgu?”


“cikgu jalan kaki lalu padang ke datang sekolah?”


“umur cikgu berapa cikgu..biar saya teka”


“cikgu cikgu..saya panggil cikgu,cikgu ana boleh?”


“cikgu suka cikgu zul ye….”


“cikgu,umur cikgu 23 kan?cikgu jangan tipu,saya dah kira dah”

Okay aku pun menjadi kaget. Mereka sangat excited dan tiada sempat aku nak kenalkan diri dengan idea sendiri. Semua ialah soalan dari pelajar. Seronok! Sangat seronok! :)

Mulai saat itu,aku dah masuk banyak kelas dan pelajar sudah mula hormat apabila di luar kelas.
Dari jauh, “cikgu,cikgu nak pergi mane tu…”
Cehh boleh pulak padahal tengah amali dalam bengkel.hehehe itulah pelajar sayee. :)



Okay adik, Disebabkan sudent kakak ialah sebaya kamu.. Kakak dah mula rindu. :’(

*pengalaman ialah guru yang terbaik. Terima kasih pengalaman.


Tuesday, January 5, 2010

saya sentiasa bertabah





Wajah ceria gembira jelita menggambarkan aku masih boleh bernafas di sini. 

Tapi ku harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Cehhh boleh ajar Bahasa Melayu macam ni. Bahahahaa tiada mahu! 

Kenapa selama aku hidup sebagai seorang yang bergelar pelajar, aku sentiasa nampak yang indah sahaja. Semua perfect semua putih bersih tiada hitam tapi mungkin kelabu ada. Tapi kelabu takpe boleh dicuci menjadi putih. 

Mengajar pelajar di sekolah vokasional tak kacang macam yang aku angankan. Tak macam sekolah teknik aku dulu. Aku rindu suasana teknik tuanku jaafar yang aman sentosa penuh rasa saling menghormati menyayangi. Ini baru permulaan... 

Pelajar menjawab cakap cikgu. 

Pelajar ponteng. 

Pelajar berambut artis. 

Pelajar merokok. 

Pelajar bercinta dalam kelas. 

Pelajar main handphone dalam kelas. 

Pelajar tak bawa buku secara beramai-ramai. 

Pelajar mengusha cikgu? 

Perghhh gila! Macam mana nak handle kalau macam ni. Dulu aku sentiasa fikir positif tentang budak vokasional tapi rupanya betul kata orang mereka memang tak pandai menghormati. Sungguh sedih macam ni. :( 

Ini namanya DUGAAN. Terima kasih tuhan. 




* aku masih bertuah kerana diberi tugas mengajar topik kayu untuk kelas binaan bangunan yang memang bidang aku. :) 


Saturday, January 2, 2010

perjuangan baru




HAPPY NEW YEAR 2010 TO ALL…
Setelah seminggu di sekolah apa yang aku dapat ye?erm…
Sekolah pun belum bukak lagi memang la tak dapat apa-apa hadoii. Hehehe tapi setakat menjadi warga yang setaraf dengan sang semut memang lah ada. Rajin sungguh paling harus ditabik la. :p



 
Atau memang latihan mengajar dan apa jua latihan praktikal memang sinonim dengan perkataan di’kuli’kan? Ada kawan aku dulu masa dia latihan industri selalu cakap yang dia sentiasa jadi kuli je. Bagi aku, bukan istilah kuli tapi belajar ialah yang paling tepat sebenarnya. Apa yang kita tolong buat itu buat ini membantu pihak atasan ialah belajar sebenarnya. Cuma kadang-kadang tu tugas yang disuruh tu tak agak-agak jugak kan. 
‘hek eleh agak-agak la kita datang sini bukan nak jadi kuli batak’. Biasa lah tu…Bersabar ye pada kawan-kawan yang mengalami situasi itu. Senyum sudah. :)


Highlights :
  • Meeting sesama guru yang pertama kali aku hadiri memberi  banyak pengajaran ada baik ada buruk.
  • Sekolah aku bertukar daripada Sekolah Menengah Teknik kepada Sekolah Menengah Vokasional. Perghh spekulasi negatif banyak gila  memang tak boleh blah tapi takpe ade aku kesah?
  • Sebagai seorang yang masih muda-mudi remaja jelita, ya aku tak terlepas untuk mengunjungi Berjaya Megamall Kuantan. Boleh tahan besar boleh tahan banyak menghabiskan duit beli beg dan kasut ala-ala datin sebab nak belagak kat cikgu senior kita pun mampu pakai barang branded. Vincci tak pandang dah, sekarang main Polo jer. (cehh belagak di situ padahal PTPTN baru masuk! bahahaha :p)
  • Tuan rumah sewa aku sungguh baik hati juga sporting even mula-mula selalu buruk sangka ish sungguh rasa berdosa.
  • Petua bagi yang bercinta : CIKGU IALAH ORANG YANG PALING FAHAM TUGAS CIKGU :) kepada guru yang masih single, carilah pasangan yang sama kerjaya dengan anda.





* pendebaran hati di tahap luar kawalan untuk perhimpunan rasmi pada isnin ini.huhuhu!
Thanks pada korang yang memberi kata-kata semangat! :)





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com