Followers

Pages

Saturday, September 10, 2011

please..jangan datang!



Assalamualaikum.
Minggu ni rasa macam cepat je berlalu. Ahad lepas dah balik Gemas tiba-tiba eh harini dah Jumaat yang bahagia? Sepantas kilat masa berjalan.:)

Minggu lepas aku drive balik Gemas ialah di petang hari. Drive sorang je, Bubu taknak ikut uols. Dia dah galak dah duduk kat rumah Seremban ni sebab ada kawan. Pastu sombong tak kenal aku. Sampai je rumah sewa, Una dan Kay dah sampai lebih awal...


Eh, mana Bubu?


Bubu taknak ikut. Dia degil.


Lupa daratan sungguh Bubu nii..


Hehehe. Eleh padahal masing-masing rindukan Bubu tapi taknak ngaku. :p






Malam tu kitorang dah start berdebar dah. Ada yang dah bagi salam depan rumah nak beraya tapi kebetulan kitorang tak bukak lampu depan so nampak macam takde orang. :p
Esoknya ada lagi yang nak beraya. Ramai pulak tu. Kitorang ni serba salah tau nak bagi masuk. Bukan kedekut ke apa, kitorang segan sebenarnya hihihi. Rumah sewa kitorang ni serba kekurangan uols. Maklumlah masa masuk rumah ni pun takde perabot langsung. Memang kosong. Sebuah kerusi pun non hado.


Bila dah dikemas-kemas. Kat bahagian ruang tamu cuma ada tv kecil dan diletakkan di atas meja jepun yang kecil, lepastu ada karpet di tengah-tengah ruang tamu. Kat tengah-tengah karpet tu ada meja jepun lagi. Kat situ lah kitorang letak balang kuih raya yang tak seberapa. Pastu ada satu sudut kitorang letak hiasan-hiasan hadiah masa sambutan hari guru haritu. ITU SAHAJA. Sekarang malu ke tak malu nak bagi anak murid masuk rumah anak dara pingitan 3 ketul nii? hahaha. Serius malu ohhh.








Hari Selasa, lepas habis persekolahan. Aku ternampak notes ni terselit kat cermin depan Zaza.
Kembali berdebar lah kitorang kan hahaha :p
Tapi memang nasib baik sebab malam tu ada jemputan ke rumah terbuka kat Kem tentera area Gemas tu jugak. Fuhh memang nasib baik tau. :p


Malam rabu pulak, sekumpulan motor berlegar-legar depan rumah sewa kitorang. Dalam sepuluh motor ada kot. Pastu bagi salam panggil cikgu..cikgu. Masa tu masing-masing dah mula nak marah. Apa lah malam-malam pun nak datang rumah cikgu bujang. Yang datang tu dah la ramai sangat macam kitorang ada buat kenduri, lelaki semua  pulak tu. Kirim salam korang nak masuk rumah mewah cikgu-cikgu gorgeous ni tahu? :p


Setakat ini, takde sorang pun berjaya kitorang bagi masuk. Tunggulah kitorang ready dulu, masak apa-apa yang patut dulu, baru kitorang jemput datang. Boleh? hehe.
Seminggu ni memang hati kitorang tak tenteram. Pantang je dengar orang bagi salam. :p Ikutkan hati, nak je kitorang tampal notes kat pintu pagar rumah, 'KAMI TIDAK MENERIMA SEBARANG KUNJUNGAN'. ekekeke..:p
Tapi tu kalau ikutkan hati. Kitorang masih belum nak ikutkan hati lagi. Kalau dah terbuat nanti, aku kasi cerita kat sini ok? heeeee..:D








Gambar ni aku jumpa kat facebook anak murid. Kau bayangkan anak-anak murid yang sebesar ini, yang dah layak jadi bapak orang, yang berdiri sebelah aku pun dah macam rakan sebaya..masih lagi ke nak beraya rumah kitorang yang bujang ni di malam hari secara berjemaah pula?




TAK DAPEK JEPP..TAK DAPEKK!
:p




2 butterflies concerned.:

ada mokhtar said...

haha #ehsamalah . last year + this year memang buat-buat tak dengar je kalau ada students jerit panggil cikgu cikgu kat luar pagar.

eddy syrol said...

tetamu tu bawa reaki tau... ceq pun nak dtg brayaaaaaaaaaa!!

jom singgah
daniel adie nak buka butik u'ols

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com