Followers

Pages

Sunday, September 4, 2011

aik cuti dah habes?



TAJUK ENTRI PENUH KEPURA-PURAAN HIHIHI
Assalamualaikum.


 




Hai. Inilah aku di hari semalam. Berbaju kurung biru yang kainnya ada comot kesan cat masa mengajar anak murid aku buat kerusi simen ferro haritu. Cis betul.


Harini dah hari Ahad dan esok dah mula kena teruskan tanggungjawab di Gemas sana. Walaupun hati rasa tak puas lagi bercuti selama sehari (padahal seminggu) tapi apakan daya. Nak tak nak terpaksa juga ku ke sana cewah menyampah je :p


Belumpun sempat jasadku ada di Gemas, anak murid dah hantar sms tanya cikgu kat mana, saya nak datang beraya. Eh kau nak datang beraya rumah cikgu kat mana ni? Cikgu tak balik sana lagi lah tahu? Ehh tadi saya nampak cikgu kat Gemas. Haa sah lah kau ni angau anakkk


Inilah part yang paling dinervouskan tetapi makin ia menghampiri. Tak dapat aku bayangkan kalau anak murid datang serbu ramai-ramai. Nak bagi makan ape ha? Kuih raya pun non hado ok. Tak sempat beli lagi untuk rumah sewa haha. Tapi balang kuih dah selamat beli dah dengan Una haritu. Tu pun yang untuk 4 jenis kuih je sebab tu je paling murah. kekeke..:p


Cuti yang singkat amat ni apa je yang sempat dibuat. Menyambut kawan-kawan yang dah ada baby (Yanty i'm sorry) tak sempat, beraya ke rumah kawan-kawan tak sempat. Beraya ke rumah sanak saudara sahaja yang sempat itupun tak semua. Oh ya, menyambut kanak-kanak yang tak dikenali memang sangat sempat. Setiap hari ada je...'Assalamualaikummm..kami datang nak rayeee' (seirama dan bersatu-padu di luar pintu gate rumah). Tah mana-mana budak tah layankan aje. Hidang kuih raya pun jadi. Lepastu bolehlah dilihat bekas angpau yang dah kosong bersepah depan rumah hahaha. Biasalah tu seperti juga yang tengah menaip ni masa kecik-kecik dulu :p



Nah video masa pergi beraya semalam :)

 






Selamat kembali bekerja wahai semua perantau :)





1 butterflies concerned.:

BTS said...

:) ada video raya....

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com