Followers

Pages

Thursday, September 1, 2011

raya lah kitee



Assalamualaikum.

Hamboi orang tengah sibuk-sibuk raya kau sibuk nak update belog kenapa?
Eh ehh orang tengah sibuk-sibuk raya kau sibuk baca belog lagi lah kenapa?
hehehe..:p


Kami sekeluarga balik kampung nenek di Benut, Pontian, Johor pada hari Isnin. Dalam pukul 2 lebih macam tu gerak dari Senawang. Singgah kejap rumah Wan di Rantau, Negeri Sembilan. Jumpa-jumpa Wan, tukar-tukar juadah raya segala, bermaaf-maafan dan hulur-hulur duit raya. Tahun pertama aku menghulurkan duit raya kepada semua :')







Angpau yang comelll. Sengaja pilih gambar kartun-kartun dengan harapan adik-adik sepupu akan mengingati kakak sepupu yang comel ini telah memberi mereka duit raya di dalam angpau yang comel. (ape ni?)






Abang ku di pagi raya.







Naim di pagi raya. Puasa selama sebulan berjaya menggebukan beliau. I juga menjadi confuse....







Ehem. 
Ini ialah kakak sepupu yang comel..eh...
Percaya tak aku takde baju raya pun tahun ini? Konon nak beli baju last minute tau. Last-last tiada berjumpa! Kalau jumpa pun, saiz tinggal yang besar-besar dan yang kecik-kecik je. Saiz yang sederhana pulak yang tinggal harganya semua ialah di luar kemampuan. Last-last pasrah aje memandangkan aku banyak je beli baju kalau bukan raya pun. So bolehlah baju-baju lama tu menyamar jadi baju raya.
Nak beli baju baru juga nanti walaupun orang semua dah bergaya sakan dengan baju raya baru.
Jeles ok!






Adik pulak baju raya dia macam terlebih gorgeous ada rambu ramba bagai. Pastu menjadi malu nak pakai kat kampung sebab terasa over hahaha. Last-last pakai baju kurung cotton yang dibeli saje-saje. Baju raya dia tu nak pakai untuk beraya di kawasan luar kampung je. Merepek betul! :p








Adik sepupu bernama Ruhil. Adik kata muka Ruhil ni kadang-kadang ada iras Najwa Latif yang tengah meletup dengan lagu Cinta Muka Buku tu. 
Yeke? yeke? yeke.....?
Aku rasa ye. Tak percaya kau pergi google image sekarang.















Sekarang tau?
















With my beloved Queen & Princess :)
Petang hari raya pertama tu kitorang jalan beraya ke rumah saudara mara. Nenek sedara, pakcik sedara, atok sedara. Semua lah. Penat juga masa tu. Bukan penat beraya tapi penat makan. heeee :p








Penat makan di rumah saudara mara berterusan pula hingga ke rumah nenek.
Sebab malamnya ialah aktiviti main api. Abah sebagai ketua.
Jeng jeng jeng........




3 butterflies concerned.:

Black PeppEr mALayA said...

syok nyer raya!hehehe,..

Hanis MY said...

selamat hari raya maaf zahir batin.. cunnya handbag....

Nabiel said...

slamat hari raye yana..
bju adiknye lagi cntik dri akknye..hehehe

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com