Followers

Pages

Tuesday, September 27, 2011

kalau tiba-tiba buat entri raya kena lempang tak?




Assalamualaikum.

Ha siapa yang berani nak lempang aku tuu? Amboiiiii...:p
Untunglahh malam ni aku ade mood nak update tau. Ingat nak update seminggu sekali je tapi lama-lama aku tengok page view blog aku ni makin sedih. Yang masuk sini pun tersesat-sesat punya pengunjung. Nak cari resepi lah, nak cari contoh karangan lah, nak cari pasal fesyen tudung lah, nak cari gambar cikgu cantik lah (eh?), nak carik pasal hal ehwal ilmiah memang jauh sekali lah kan. Tapi ada jugak 0.5 % yang cari pasal tu.. hehehe...:p Aku ingat nanti nak masukkan nota pelajaran lah dalam blog ni. Ada ke yang semangat nak baca? Itu pun bukan aku taip sendiri lah..semua main copy paste aje! :p








Ok berbalik kita pada tujuan asal.
Ini ialah adik dengan baju raya datin dia tu. Malu nak pakai kat kampung sebab konon-konon vogue dan menjadi malu. Tahun ni macam adik je yang beraya sakan. Kejap raya ke sana kejap raya ke sini. Tiba-tiba kawan menjadi ramai. Kenapa tahun lepas tak macam ni pun? Pelik jugak di situ. heeee









Ni di hari raya kedua. Baru lepas menziarah kubur arwah atok.
Selamat Hari Raya, Atok. :'(









Kemudian pula, ini ketika beraya di rumah Pak Teh yang memiliki kucing gebu yang amat!
Pergi beraya kat sana memang mengadap meow tu aje lah. Geram sangat sebab kucing Pak Teh tu besar macam bayi. Bulu kembang semangkuk, pastu berat kemain!






Kasi up lagi sekali gambar ni takpe kan? :p
Eeee geramnyaaa! Boboy, jangan gebu sangat boleh tak? Biar manusia yang dukung awak tu gebu sorang takpe. eh..
:p




video



Nah tengok video Boboy comel ni :)




Aku dan housemate sampai ke sudah berpendirian 'kami tidak menerima sebarang kunjungan'. :p
So, kitorang join rumah terbuka kat kuarters guru je. At least buat makan-makan juga kan. hehehe..Esok ialah harinya. Tugas kami ialah menyediakan desserts. Kalau macam rajin sikit nanti aku cerita ok?
Bye :)



0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com