Followers

Pages

Saturday, September 24, 2011

My first trying Puding Karamel




Assalamualaikum.
Puding karamel ialah sejenis puding yang leemmmmbut sangat dan cair di mulut. Haritu pernah makan sekali puding ni tapi masa aku makan tu rasa dia ada sikit-sikit rasa ikan terubuk. Haa ikan terubuk yang banyak tulang tu uolss! Terus aku macam tak minat sangat dengan puding ni. Tapi bila baca-baca kat blog orang lain, semua heboh cakap puding ni sedap lah, segar lah, apa lah. Terus rasa nak buat sendiri. Bab yang rasa ikan terubuk tu mungkin si pembuat terguna loyang yang dah diguna untuk stim ikan terubuk kot? hehehe...






Ni hasil tangan aku. Malu nak tunjuk tau sebab bersepah-sepah rupa paras dia. Tak boleh comot lagi ke puding kau ni yana? hahaha...
First trying uols. Haruslah ada sedikit kekurangan kan. Tapi rasa dia not bad. Jom belajar buat jom?







Firstly, sediakan periuk kukus.


 Then ikut step di bawah ni :

1. Masukkan 5 sudu besar gula halus ke dalam periuk kecil. Masukkan satu sudu besar air dan masak di atas api sederhana sampai gula tu cair dan keperangan. Jangan sampai hangus pulak ye. Lepastu tuang ke dalam loyang yang bersih. Biarkan dahulu.
2. Pukul 3 biji telur di dalam mangkuk bersama 5 sudu besar gula sehingga sebati.
3. Sediakan periuk kecil yang lain, masukkan setin susu cair. Titikkan 3 titik esen vanilla dan panaskan. Agak-agak hampir mendidih terus padamkan api.
4. Tuang susu tersebut ke dalam mangkuk berisi telur tadi dan kacau sehingga sebati.






5. Perlahan-lahan tuangkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi. Bancuhan takkan bercampur dengan karamel sebab karamel dah sedikit mengeras.







6. Tutup loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.







7.  Bila dah masak, jangan buka aluminium foil! Biarkan 5 minit dahulu atau biarkan sejuk sedikit then baru buka.
8. Bolehlah diterbalikkan ke dalam piring rata yang cantik. Tapi kena berhati-hati ye sebab ia sangat rapuh. 
9. Masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap! :)







Taraa! Supposely puding karamel kita tu jadi macam ni lah. Cantik dan nampak lembut je. Ni ialah hasil carian google je tau uols. Sila jangan terpedaya dengan bakat yang aku ada. ekekeke...Next time puding karamel i pasti lebih smooth teksturnya dari gambar di atas. Percayalah! :p



Selamat mencuba :)



0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com