Assalamualaikum
Uols boleh bayangkan apa yang tersirat dalam sanubari anak murid aku dengan membaca ini. Tapi ni tak berapa hebat lah tapi cukup menggambarkan betapa annoyingnya mereka.
*___*
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nama saya ****** binti *******. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan *****. Saya dari 2 Jelita (bukan nama kelas sebenar). Saya ingin menceritakan tentang sekolah idaman saya.
Saya menginginkan sekolah yang ceria, indah dan bersih. Supaya pelajar-pelajar di sekolah saya bersemangat untuk ke sekolah. Selain itu, saya sangat mengidamkan sekolah yang membenarkan saya membawa telefon bimbit, barangan kemas, barangan solek dan tiada seragam sekolah.
Peraturan juga tidak begitu ketat. Sekolah yang saya idamkan juga sekolah yang pulang cepat. Guru-guru juga tidak begitu tegas dan jenis terbuka. Barulah murid ada minat belajar dan bersemangat masuk ke kelas.
Dari segi sukan dan akademik pula, mestilah sama rata. Sukan perlulah dilakukan dan perlu lebih aktif. Pelajar perempuan tidak perlu memakai tudung. Selain itu, perhimpunan rasmi tidak perlu diadakan. Sekolah yang saya idamkan juga tidak ada pelajar-pelajar yang jahat dan nakal.
Dengan itu, pengetua perlulah membuang murid yang sudah lebih 2 kali membuat masalah disiplin. Sekolah yang saya idamkan juga sekolah yang besar dan banyak tempat-tempat seperti pondok-pondok kecil. Kantin juga mestilah mempunyai makanan yang enak dan murah.
Waktu rehat juga dipanjangkan untuk pelajar meluangkan masa bersama kawan-kawan. Saya berharap saya akan masuk ke sekolah yang saya idamkan ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
KALAU ADA SEKOLAH YANG MACAM NI, AKU HARAP SEKOLAH ITU SANGGUP MENERIMA SI PEMBUAT KARANGAN NI.
KALAU ADA SEKOLAH YANG MACAM NI, AKU HARAP SEKOLAH ITU SANGGUP MENERIMA SI PEMBUAT KARANGAN NI.
Dulu masa kita sekolah kalau nak buat karangan sekolah idamanku, berusahalah fikir apa yang positif sahaja untuk dimasukkan sebagai isi-isi penting karangan kita kan. Kalau ada pun yang negatif, sanggup kita abaikan sahaja biar menjadi sekolah idaman di dalam hati. Budak-budak zaman sekarang...ha lantak lah biar cikgu tahu apa isi hati aku!
Ish3....
Dulu masa kita sekolah kalau nak buat karangan sekolah idamanku, berusahalah fikir apa yang positif sahaja untuk dimasukkan sebagai isi-isi penting karangan kita kan. Kalau ada pun yang negatif, sanggup kita abaikan sahaja biar menjadi sekolah idaman di dalam hati. Budak-budak zaman sekarang...ha lantak lah biar cikgu tahu apa isi hati aku!
Ish3....
6 butterflies concerned.:
Kelakar pun ada. Macam-macamlaa.. Nampaknya cikgu-cikgu zaman sekarang kena lebih tinggi level kesabaran melayan kerenah anak murid y expressive macam ni.
*Selain itu, saya sangat mengidamkan sekolah yang membenarkan saya membawa telefon bimbit, barangan kemas, barangan solek dan tiada seragam sekolah. ~baik xpayah pegi sekolah klu mcmni.
*Sekolah yang saya idamkan juga sekolah yang pulang cepat.~ sekolah tadika pon balik lambat, tahu x?
*Pelajar perempuan tidak perlu memakai tudung. ~ meh, pakai topi keledar, cover jugak aurat ko. emo aku ~
*Waktu rehat juga dipanjangkan untuk pelajar meluangkan masa bersama kawan-kawan. ~nak rehat balik umah la. adoi.
kadang2 aku rasa budak sekarang dah melampau. oh. klu aku jadi cikgu, mesti dah berapi2 naga aku.
bagi aku xsalah menyuarakan pendapat, tapi berpada2 la.
haiya.
baik xpayah sekolah macam tu!
sori. emo sikit.
aku sakit hati baca. haha.
selamat berANNOYING! :D
belajar la rajin2 dik...t masuk u....boleh la nak bawak hp, boleh pakai baju suka ti je...selagi tak kejar ngan pak guard =p
tak ada uniform, boleh makeup, boleh tak pakai tudung, boleh bawak phone tapi maybe simpan dalam locker je - sooo GLEE, The O.C, One Tree Hill etc.
cuma part nak balik cepat and nak rehat lama mungkin tak berapa logik but still, tu ciri-ciri sekolah idaman dia. tak pelik reason dia nak luangkan lebih masa dengan kawan-kawan sebab kebanyakan orang yang saya kenal memang pergi sekolah tujuan utama jumpa kawan, bukan untuk belajar.
dulu kebanyakan student macam hidup dalam kotak tak ada idea sendiri dan tak reti nak luahkan perasaan sebenar especially kalau idea dia tak skema. sekarang ni banyak sangat cara nak express diri sendiri macam FB, Twitter, blog... so bagus juga lah dia stay true to herself and tak menipu walaupun agak tak realistik.
in my opinion, student yang menulis tu terpengaruh dengan cerita-cerita america. takkan nak hukum dia sebab sekolah idaman dia tak menepati kehendak kerajaan.
mungkin dia tak sedar lagi realiti sebenar kat Malaysia ni pasal betapa salahnya nak express diri sendiri. boleh kena bawah AUKU, ISA, OSA, PPPA. Mungkin dia ingat Art 10 FC tu mutlak tak ada limit.
tapi point yang saya tak setuju (tapi saya rasa tak salah ditulis sebab tu idaman dia bukan idaman saya) bawak handphone, tak pakai uniform. nanti besar sangat jurang orang kaya, orang miskin; banyak kes curi; diskriminasi; kes buli berleluasa etc.
senang kata, mungkin boleh bagi kesedaran kat student sekarang, tak bermakna america kaya, semua yang dibuat kat america tu bagus. america tu sememangnya tak bagus dari banyak segi dan tak patut dicontohi.
by the way (out of curiousity) nak tanya, salah ke kalau student tu tulis apa yang sebenar-benar sekolah idaman dia? soalan esei tu macam mana sebenarnya? open je macam "tulis sebuah karangan bertajuk sekolah idamanku" ke ada certain-certain isi yang mesti ada?
sorry komen panjang-panjang ni. just my opinion. sorry kalau tak sama dengan opinion orang-orang lain.
ish ish ish. budak sekarang -.-
macam2 perangai students sekarang..so itu lah tanggungjawab guru utk mdidik..dan bukannya mudah. I know u did a very good job there dear!
Post a Comment