Followers

Pages

Tuesday, May 24, 2011

semalam yang hangat



Kelmarin.
Aku balik dari Seremban ke Gemas.
Dalam perjalanan, mata kanan aku rasa tak selesa.
Macam ada pasir-pasir gitu.
Aku syak ni mesti sebab contact lens aku pakai tak bukak-bukak dari pagi tadi.
Tapi aku biarkan aje.
Masih meneruskan perjalanan ke Gemas yang boring tahap gaban ni dengan keadaan mata kanan yang pedih-pedih.


Sampai sahaja ke rumah sewa,
Aku terus bukak contact lens aku.
Selalunya bila dah bukak, mata akan rasa lega.
Tapi ni tak.
Makin sakit pulak.
Mata kanan aku pun dah makin merah-merah.
Ah sudah.
Mata ni dah kenapa pulak nii.


Aku buat keputusan untuk tidur sahaja dengan harapan bila bangun esok mata dah ok.
Tapi malam tu aku tak boleh tidur.
Mata kanan aku tak boleh blah sakitnya.
Siap tak boleh bukak lagi.
Risau ok.
Kot la luka ke apa ke kat dalam tu kan.
Aku tidur sambil menangis malam tu ok.
Bukan menangis sedih ke apa.
Tapi mata tiba-tiba berair je.


 
Esoknya aku bangun tidur, mata dah ringan sikit.
Aku pergi sekolah macam biasa tak lupa mengenakan celak, eyeshadow dan eyeliner.
hehehehe :p
Aku berniat nak mintak keluar pergi klinik.
Tapi jadual aku pagi tu agak padat.
Aku gagahi juga masuk ke tingkatan 4 Cantik.
Aku fikir its ok lah masuk je bukan mengajar pun, budak tengah exam.
Anak murid aku concerned memang terlebih.



Cikgu...kenapa mata cikgu merah?


Cikgu menangis ke?


Ha cikgu skodeng orang mandi ehh...



Aku senyum je.
Malas nak jawab.

Habes kelas aku pagi tu, terus aku masuk bilik guru.
Terjumpa encik ketua bidang.
Aku cakap kat dia aku sakit mata nak keluar pergi klinik.
Tiba-tiba dia bagi aku relief tingkatan 1 Hensem.
Dia cakap harini ramai cikgu takde, budah tengah exam takde siapa nak jaga.
Mata aku yang merah-merah tu dia tak nampak agaknya.
Benci betul!


Aku masuk je la relief tu kan.
Mata aku masa tu dah pedih-pedih.
Berair je.
:(


Habes relief terus laju-laju aku naik pejabat nak jumpa siapa-siapa lah di bahagian pentadbiran sana.
Tapi seorang pun takde ok!
Kerani kat situ pun tegur...



" Liyana..kau sakit mato ko? kono poie klinik copek-copek tu..."


"Haah kak..saya nak pergi klinik la ni..saya cari pengetua.."


"Pengetuo takdo. Kau poie jo jumpo ketuo bidang..suruh dio buekkan relief untuk ko..sakit mato ni mano buleh tangguh-tangguh..kang berjangkit kang susah.."



Kerani tu pun tahu kesiankan aku.
huhuhu..


 
Aku jumpa ketua bidang.
Dia cakap boleh nak keluar tapi relief dah habes dibuat sebab masa tu dah pukul 11 pagi.
Kalau nak, kena cari cikgu lain yang boleh masuk kelas gantikan aku.
EEEE GERAMNYAAA!
Aku ni siapa lah kan nak arah-arah cikgu lain masuk kelas aku pulak kan.
Aku tak tahu nak buat apa.
Sedih gila masa tu tuhan je yang tahu.
Rasa macam takde siapa yang kesiankan aku.
:(


Aku terus pergi toilet.
Aku tengok kat cermin mata aku dah cukup merah dah takkan encik ketua bidang tu tak nampak??
Nak tunggu mata aku keluar darah membuak-buak baru boleh keluar ke?
Aku terus menangis ok.
Tak tertahan sangat rasa sedih aku masa tu.
Dah menangis tu, dua-dua mata la pulak jadi merah hahaha.
:p


Pukul 11.20 pagi aku masuk juga kelas.
Tiga masa aku di dalam kelas dengan keadaan mata yang sakit.
Kelas aku tiga waktu dan habes pukul 1.20 petang.
Kali ni terus je aku mendapatkan Zaza dan laju-laju keluar pergi klinik.
Doktor bagi aku mc 2 hari.
Semalam dan hari ini.
Hoi..semalam tak payah dapat mc pun takpe kot aku tetap juga masuk kelas macam tak sakit!



Sekarang, mata aku kian pulih.
Tapi still sedikit merah dan sedikit sakit.
Uols doakan aku cepat sembuh ye.
Doakan juga aku cepat memaafkan encik ketua bidang tu.

*___*








p/s : Jangan lupa tonton Nur Kasih tau uols. Touching gila filem ni. :')



Bye.



 


3 butterflies concerned.:

Hanis MY said...

get well soon ya..dlm duk sakit2 mata tu sempat lg promot hehe...

Anonymous said...

wei. ketua bidang ko tu laki ke ppuan? :D xde hati perut langsung. haiya!

inaaa. said...

ai da tgk nur kasih..
suwittt angat

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com