Assalamualaikum.
Korang tengok tak drama juvana di tv3? Setiap isnin jam 9 malam. Pelajar-pelajar sekolah aku tak jauh beza pun dengan pelajar-pelajar dalam drama ni. Tapi masih di tahap boleh dikawal la. Perangai kurang ajar tu dah memang lumrah dah. Aku pun tak tahu kenapa diorang susah sangat nak patuhi peraturan sekolah, susah sangat nak jadi baik, mesti nak fly, mesti nak ponteng kelas, mesti nak kecikkan seluar ala-ala skinhead tu, highlight rambut, buat rambut pacak, vandalisme, masuk kelas lambat pastu tak rasa bersalah langsung, malas belajar, pen pensel pun takde, buku nota asik hilang je, macam-macam lah. Tak sampai hati nak senaraikan semua sebab terlampau banyak.
Mula-mula aku agak kekeliruan mental juga menghadapi diorang ni. Tapi lama-lama dah lali dah. Tak kuasa nak rasa pelik lagi kenapa diorang macam tu.
Aku rasa faktor latar belakang buat diorang jadi macam tu. Masalah keluarga lah penyebab utama. Ada suatu hari tu aku dengar anak murid aku bercerita sesama diorang. Dengan bangganya diorang bercerita yang diorang main judi! Dengan bangganya diorang cerita malam tadi diorang pergi curi lantun! (lantun ialah getah sekerap ye uols..maklumlah i mengajar di kawasan masyarakat yang menoreh getah), macam-macam lah jenayah yang diorang buat pastu menjaja cerita sana sini dengan bangga. Sebab tu lah hati masing-masing liat je. Susah sangat nak terima nasihat.
Aku dah keluarkan dua surat amaran kepada sorang pelajar aku sebab dah banyak hari dia tak datang. Kalau datang pun, bukan main pemalas yang teramat. Aku suruh buat penyenggaraan tumbuhan kat landskap, dia mesti jawab penat lah cikgu...saya puasa. Kalau aku suruh salin nota, dia mesti jawab saya takde pen lah cikgu. Kalau aku suruh dia bertugas bersihkan kelas, mesti dia jawab saya nak tidurlah cikgu...saya penat. FINE! aku menyampah gila dengan dia ni tau tak.
Tiba-tiba siang tadi, ketika aku tengah otw nak relief kelas, kawan aku call. Dia cakap ada penjaga nak jumpa aku. Oh aku tak lah berdebar pun masa tu cuma berfikir-fikir penjaga siapa lah yang nak jumpa aku tu kan. Sampai je kat bilik guru, rupanya penjaga tu ialah ibu kepada anak murid aku yang malas gila tu. Dia nangis-nangis pulak tetiba bila bercerita dengan aku. Dia cakap dia orang miskin. Anak dia selalu tak datang sekolah sebab tolong dia kat kedai makan. Sampai ke malam dia tolong. Pastu sabtu dan ahad sambung lagi kerja kat tempat lain. Macam-macam lah dia cerita termasuklah cerita pasal suami dia tak bertanggungjawab. Aku dah kesian dah hahaha. Tapi apakan daya aku. Aku cuma menjalankan tugas. Aku bukan suka-suka nak hantar surat amaran tu. *__*
Ibu murid aku tu mintak aku jumpa anak dia dan slow talk. Tanya dia whether dia minat belajar lagi ke tak sebab mak dia tu memang harapkan dia je lah nak tolong sara hidup. Aku cakap nak tak nak kena lah belajar sampai spm. Zaman sekarang kalau takde spm, apa boleh kita buat? Sedih ok mengenangkan ada orang yang macam ni.
Nama anak murid aku tu Azroy. Dalam kelas kalau si Azroy ni degil sangat aku selalu cakap....
"Roy...Roy...hati kau keras"
Hahaha. Yes itu memang dialog dalam drama gila-gila remaja yang Faizal hussein berlakon tu. Kadang-kadang tu aku just cakap Roy..Roy.. tu je tapi mesti ada je kawan -kawan dia yang menyambung hati kau keras tu. Hehehe...Mungkin sebab tu lah agaknya betul-betul dah hati si Azroy tu keras kan. Baiklah, mulai esok aku takkan cakap macam tu lagi.
SEMOGA ANAK MURIDKU BERUBAH MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK...
3 butterflies concerned.:
memberi nasihat pada yang sudi :D
semoga keberkatan mengiringimu nana!
teringat masa tengok cerita GEMILANG, si kahar yang selalu mengantuk dalam kelas. rupanya dia kena jaga durian gugur setiap malam. si Rizal pula jadi macamtu sebab bapak dia kaki judi. Si ah keong pula ponteng sebab ganti bapak dia di tapak pembinaan sebab bapak dia sakit..
kadang-kadang semua perkara itu ada cerita disebaliknya,kan..?
yang tulis karangan sekolah idaman tu perangai tak elok jugak ke? kalau betul, no wonder awak angin dia tulis camtu. hehe
btw, sama dengan NaniE, teringat gemilang. hehe
Post a Comment