Followers

Pages

Saturday, May 28, 2011

pesta muzik





Assalamualaikum.


Pada 18 dan 19 mei 2011, pesta muzik peringkat Negeri Sembilan diadakan di sekolah jiran iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR). Entah macam mana sekolah kat Gemas ni pulak terpilih jadi tuan rumah. Peringkat negeri pulak tu. Dah la jauhhh bangat. Saje la tu nak bagi orang seremban merasa jalan jauh sikit kan. Selalunya kita yang jauuuhh ni la yang mengalah pergi seremban kan. hehehe..
Sekolah aku ialah venue kedua. Just pertandingan nyanyian solo lelaki dan perempuan dan pertandingan recorder diadakan. Pertandingan lain seperti kompang farmasi, tarian, koir semua tu kat STAR sana.








Aku ini ialah ajk pesta muzik. Macam biasalah orang baru wajib kena punya kan. teettt.
Aku jaga bahagian pentas. So, aku lah tu yang kena buat backdrop. Nasib baik ada Una. Bersama-sama lah buat benda alah ni. Dah la diorang tak sediakan peruntukan. Semua kene guna duit sendiri. Hampeh tak hampeh lah kan. Nak tak nak memang kena buat juga.










Venue kedua tak menjadi tumpuan sangat pun. Mula-mula lagi lah tau...diorang cakap takyah buat backdrop pun. Biar je kosong. Ish gila ke apa? Kata peringkat negeri. Kalau peringkat sekolah ke boleh tahan lagi kan. Punyalah kedekut gila nak bagi duit kan. So kitorang pun malas nak banyak cerita. Buat je lah apa yang termampu. Korang taknak bagi duit sukati lah.










Design pun hentam je. Asal ada sudah. heee










Klef treble la note apa lah semua tu pun hentam jugak. Main letak je.










Berpeluh jugak lah tampal-tampal semua tu. Senget lah ape lah nak tambah microfon lah. Last-last ini je yang terhasil. Cantik ke tak ke ikut tema ke tak ke pedulikk. (punyalah protes..haha)











Hari selasa ialah kategori sekolah rendah dan esoknya ialah untuk sekolah menengah. Kerusi-kerusi juga disusun mengikut daerah. Aku tampalkan daerah Seremban 1 dan Seremban 2 rasa sayu je hati sebab SEPATUTNYA AKU BERADA DI DAERAH ITU BUKAN DI DAERAH TAMPIN INI!. Ehh emosi terlebih sudah..hehe..



 






Pertandingan dimulakan dengan nyanyian solo minus one lelaki. Lepastu kategori perempuan dan last ialah pertandingan recorder.
Nyanyian solo best ohh. Macam menonton idola kecil kat tv9 pun ada. hehe.. Betapa comelnya budak-budak tu nyanyi. Budak lelaki jela yang comelnya. Yang perempuan suara dah mengalahkan aku pulak macam mana tu? Betul ke sekolah rendah ni? hahaha.. Lelaki sekolah rendah comel sebab suara bayi kanak-kanak lagi. Belum pecah uols.. so agak sengau-sengau tomok gitu la. :p




 







Aku dengan Una selaku pengkritik tetap. Seronok betul pegang tugas tu. *gila kuasa






:p





 





Pertandingan recorder.
Terpegun kejap aku tengok diorang main recorder ni. Kenapa aku masa sekolah rendah dulu takde pun main ni? Ada tu memang ada tapi tah apa benda yang aku tiup entah la. Siap nyanyi sambil tiup recorder tu. Punya lah tak pandai main kann. hahaha...



 


 







Selesai sahaja semua pasukan buat persembahan, terus semua menuju ke STAR. Tak jauh mana pun dari sekolah aku. 5 minit pun sampai kot.




 






Masuk je dewan STAR, terus rasa termalu tahap dewa sebab backdrop diorang gorgeous gila siap ada butterfly2 tau. Menci! Terus rasa tak nak ingat langsung dengan backdrop kat sekolah sendiri. Aaaaaaa maluuu......




 






Tiba-tiba terjumpa abang. Eh tipu. Bukan terjumpa tapi berjumpa. Sekolah abang aku memang wakil daerah Port Dickson untuk pertandingan kompang formasi.



 






Menang pulak tu. Caya lah!
Diorang dapat naib johan. Tahniah ye Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Tak sia-sia perjalanan jauh diorang tu. Gerak dari Pasir Panjang pukul 5.30 pagi kot. hehehe...




Sekolah aku tiada rezeki untuk kompang formasi. Hanya ada rezeki untuk nyayian solo minus one lelaki. Naib johan juga. Tahniah juga sekolah ku.







BIAR MENYANYI SEKALIPUN, ASALKAN ANAK MURIDKU DAPAT MENYUMBANG SESUATU YANG BERHARGA BUAT SEKOLAH TERCINTA.


:)

1 butterflies concerned.:

Anis Aryna Shamsuddin said...

assalam.. hye 0wner bl0g y chantekk.. jalan2 malam kat cni n f0ll0w.. :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com