Followers

Pages

Monday, June 11, 2012

Semoga sihat, ibundaku



Assalamualaikum.

Sebenarnya, hari abang aku bertunang tu emak dah mula tak sedap badan. Seram sejuk gitu nak demam. Tapi masih ok lagi. Tapi mak banyak sangat berpeluh. Orang lain biasa aje tapi mak dah berpeluh sakan. So esoknya tu mak rest aje kat rumah. Lusanya pulak emak elok je pergi kerja. Hari selasa malam, mak dah mula demam. Badan pun panas je. So pagi rabu tu, aku pun bawak mak pergi klinik. Klinik tu kebetulan ramai lah pulak orangnya. Nak tunggu turn pun sempat kalau aku tidur berserta mimpi indah tau. Tiga jam juga aku menunggu.

So bila tiba turn emak. Check-check semua, doktor kata tekanan darah mak rendah. Rendah sangat. 70/50 gitu lah aku tak berapa pasti. Doktor terus bagi surat ape tah dan suruh aku bawak mak pergi hospital terus ke bahagian kecemasan. Memang confirm akan masuk wad.

So aku bawak mak balik rumah dulu nak ambik baju dengan keperluan sikit-sikit. Kebetulan abang aku tak kerja. Elok tidur kat rumah. So, suruh abang yang hantar pergi hospital.

Sampai bahagian kecemasan, mak kena tahan lagi. Kat zon kuning lah zon merah lah. Lama sangat. Aku dengan abang tunggu kat luar je. Mula-mula zon kuning pastu tetiba dah bawak ke zon merah. Aku dah risau-risau kenapa pulak sampai ke zon merah kan. Zon merah tu zon kritikal katanya. Nurse kat situ cakap jangan risau, adik tunggu je kat luar apa-apa hal nanti kami bagitau. Aku dengan abang tunggu kat luar zon merah tu berjam-jam ok. Doktor tu pun satu, at least bagitau la sampai bila nak kena tunggu kan. Boleh jugak kitorang pergi makan ke apa yang patut.

Sampai pukul 7 malam kitorang tunggu, tapi takde seketul nurse pun yang update kitorang tau. Siot betul. Bila tanya kat nurse lain, dia kata eh mak awak dah masuk wad dah pukul 5.30 tadi. Kepala hotak dia berjambul tau. Kata nak bagitau kan tiba-tiba dah masuk wad pulak kan. Memang sengal ok nurse kat situ. Lama gila kitorang tunggu.

So masa melawat tinggal setengah jam je lagi kan. Aku dengan abang pun lelaju nak pergi kat mak. Lif pulak kemain ramai yang menunggunya. Sesak. Nak tak nak terpaksa naik tangga je. Sampai ke tingkat 6 ok kitorang naik tangga. Dengan tak makan nya. Kebetulan pulak hari tu ialah hari first aku datang bulan. Ha ko bayangkan aku dah macam mana kan. Rasa nak pengsan ok.
:(








Sampai-sampai wad, mak pun tanya kitorang pergi mana. Malas dah nak cerita. Sakit sangat hati kat nurse-nurse zon merah tadi.
Sempat temankan mak makan malam pastu kitorang mintak izin balik. Esoknya baru datang balik. 
Nak balik satu hal pulak. Kereta diparking jauh hujung alam sana tahu tak. Nak kena menapak lagi. Dengan kelaparan sangat macam puasa. Aku siap cakap kat Pami... 

aku rasa macam nak pengsan dah nii...

Ko janganlah pengsan sekarang. Aku pun dah tak larat ni. Nak dukung ko pulak nanti..


hahahaha..dua-dua pun memang tak larat sangat masa tu. Terus balik cari makanan. Kebulur yang amat ok. Haruslah terus terjah dominos pizza untuk berbuka puasa. eh....
:p



Alhamdulillah mak dah discharged dah pun. Doktor nasihat supaya mak banyakkan rehat, jangan pergi kat tempat yang sesak-sesak dan habiskan antibiotik.
Gambar emak ialah tiada sebab nanti kesian mak muka sakit-sakit aku pergi upload sini pulak kan. Tak guna punyak anak kan. hehehe....









Gambar aku aje yang ada. Boleh kan? ekekeke..
Tapi gambar ni ialah dah tiga hari mak masuk hospital. Bukan hari pertama tu ye. Hari pertama tu aku rasa rupa aku dah macam perempuan gila meroyan yang tengah lapar agaknya. Sila lah jangan bayangkan ok? :p



Sihat selalu ye emak. We love u......





10 butterflies concerned.:

Izwa Kamaruddin said...

semoga mak cepat sembuh...

Unknown said...

semoga mak yana cepat sembuh ^^ amin33

Unknown said...

na.. asal xgtaw aku... choi.. yang blakang 2 sape??hehehe

Myra Jay said...

Semoga u'r Mum sembuh dan sihat selalu :)


p/s: Dear pasal pertanyaan kotak letak emas tu, hubby beli kat area rumah jugak-Maap lambat reply ;)

Unknown said...

semoga mak awak cpt sembuh

Jahirah said...

semoga sihat selalu mak...tu la kdg2 bengang jugak kalau kat hospital ni.tp tu la diaorg pn banyak patience kot(positifkan hati),waris diaorg terlepas nak inform...apapun geram tu ttp ada.

Anonymous said...

moga semua baik-baik ajerr. doakan dia ye :)

Riena Haiqal said...

semoga cepat sembuh yer utk mak awak..
sian korang dah kena main ole nurse yang tak bertanggungjawab.. ni lah kalau dah makan gaji buta kan.. kadang2 menyampah juga..

yana lyana said...

terima kasih banyak-banyak ye semuaa. :')

ladymiss said...

jage mak elok-elok ye, semoga cepat sihat

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com