Followers

Pages

Monday, June 18, 2012

Kenapa setiap entri saya ada gambar?



Assalamualaikum.

Di setiap entri ada gambar. Wah gitu.. Ala-ala Yuna kan..di setiap gambar ada lagu. :p
Dulu pernah sorang anonymous komen kat satu entri aku pasal gambar. Dia tulis apa kena mengena gambar aku dengan entri yang dia sedang baca tu. Nak tayang muka ke? Begitu lah lebih kurang. Mula-mula aku nak reply eh awak tak tahu ke saya memang suka tayang muka? Tapi tak jadi sebab macam childish sangat nak bergaduh pasal tu. Baik tak payah layan. Hati pun tak sakit.


Begini ye...biar tuan tanah terangkan....


Aku suka tengok gambar. Apa benda pun lah aku lebih tertarik pada gambar. Kalau baca surat khabar pun, aku pilih yang ada gambar je pastu baca caption bawah gambar tu. Kalau rasa menarik, baru lah aku terjah berita penuh. heee...
Jangan kata surat khabar, buku teks sekolah tu pun memang nasib baiklah aku mengajar subjek kemahiran hidup tau? Buku teks dia memang best! Banyak sangat gambar. So selak lapanpuluhkali pun masih tak apa wahai buku kerana kau banyak gambar. :p
Novel memang sangat terkecuali dalam kes ni ok. Sila jangan keliru.


Sebab tu bila menulis sesuatu entri, aku suka kalau entri aku ada gambar. Sebab nanti aku sendiri yang akan baca hasil tulisan aku kalaupun takde yang baca blog aku ni. Memang aku suka baca tulisan lama aku lagi-lagi yang dua tiga tahun lepas. Ala-ala mengimbas memori gitu kan. So nanti sambil baca, sambil tengok gambar, sambil berkata di dalam hati...oh begini aku dulu-dulu, oh ni ha gambar henfon lama aku yang hilang tu, oh macam ni ke muka Kss masa dia belajar dulu?, eh ehh kenapa gemuk sangat aku time ni? Ya Allah muka aku tak boleh berjerawat lagi banyak dari ni ke? Begitu...


Jelas di situ? (macam bagus pulak tetiba kan...hee)








Buku paling latest Kss belikan untuk aku. 50 games to play with your cat :)
Kss tak sukakan kucing tapi sebab aku suka kucing, dia layankan aje. hehe..Sangat kontra dengan aku yang sangat sayangkan kucing. Aku pernah tahu yang Kss ni sangat kejam ok dengan kucing. Siap pernah tendang kucing kot masa kat maktab dulu. Gggrrrr...
Dulu ok. Dulu..










Ha kan best tu bila buku banyak gambar macam ni? Nak mengadap pun tak rasa boring. Terima kasih kekasih kerana memahami jiwa ini. Eceh...
Tapi kan....buku ni i baca je lebih tapi tak praktikkan pun kat kucing-kucing kat rumah tu. Acane? :p









Diorang tak habes-habes main wrestling je. :p





p/s : Cik/Encik Anonymous, harap jelas ye sekarang..




8 butterflies concerned.:

:: Mrs.Eady :: said...

adeeii..mcm mcm hal!

Riena Haiqal said...

tak per la kan.. bak kata Yuna disetiap gambar ada lagu... :)

Marya Hana said...

blog http://yayahana.blogspot.com/ lagi tak penah sunyi dengan gambar, sebab tuan blog mmg suka begambar ponggg, kihkih..

ok apa ada gambar, penarik (:

Dba Dealova said...

kalau entry ada gambar baru best sikit nak baca :)

yana lyana said...

mrs eady ;

hehehe..sikit je halnye.. :p

yana lyana said...

riena haiqal ;

kan? yana dan yuna kan tak bape jauh tu..hehe..

yana lyana said...

marya hana ;

betul tu..sgt2 setuju...:)

yana lyana said...

dba dealova ;

yeahh..gimme five! hehe..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com