My dearest reader,
PSM tu ialah Projek Sarjana Muda atau ramai yang kata Projek
Setengah Mati, Projek Siang Malam, Projek Sampai Mampos dan whatsoever lah kan .
Tak semua dapat merasai kenikmatan menghadapi final year
project ni. Memang superb la. Sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. Bagi aku la kan, orang lain aku tak tau la
cane perasaan diorang. Heeeeee~
Meh meh aku nak
cerita sikit.
Semasa viva a.k.a project presentation,
Aku berdepan dengan seorang encik yang first impression masa
nampak dia, wow hebat dia ni. Misai pun dah nampak vogue. Mesti seorang yang
berilmu, berdedikasi, berwawasan dan ber ber lagi lah. Profesor Madya lah
katekan. Gi mamposs ade aku kesah?
So, ketakutan di hati memang tak terkira lah. Degupan
jantung semakin laju melebihi degupan normal disebabkan aku ialah first
presenter pada hari tersebut. Hoho.
Dia ialah lelaki.
Lelaki matang yang kelihatan seperti ayahanda.
Tetapi, aku
menjadi kurang berpuas hati ialah dengan sikap dia. Semasa aku melakukan pembentangan, sepatutnya dia
membawa report aku yang didalamnya ada dicompilekan sekali borang markah dan
borang-borang lain. Tetapi dia tak bawa. Tak dapat katanya. Padahal aku dah
hantar 6 hari sebelum dah. Okay lah takpe mungkin dia terlepas pandang kan.
Fine lah.
Aku pun
meneruskan sesi pembentangan seperti biasa. Kemuncak klimaks ialah sesi
soal-jawab. Aku pun ditanya itu ini. Banyaklah yang ditanya. Aku jawab.
Tetapi masa
peruntukan untuk sesi soal-jawab sudah melebihi had. Kekuatan aku juga semakin berkurang dengan
kata-kata herdik dan kurang sopan encik itu.
Kepala hotak
engkau.
Kau ni main cakap
je tak baca buku ke.
Kau ni meniru
kajian orang ke.
Aku tak kisah hal
itu sebab memang hak dia kritik apa yang dia mahu semasa sesi soal jawab itu.
Tetapi.
Kalau dah sengaja
memberi tekanan secara mental terhadap aku yang lemah perasaan ini aku dah tak
boleh maafkan.
Encik itu
berperangai suka saiko-saiko. Dalam kelas pun dia suka cakap dia nak fail kan student.
Best ape extend sem, duduk lame-lame kat universiti. Bukan lama pun, 6 bulan je. Neither
one of you get A nor A- in my class.
Padahal dia dah hilangkan kertas test kitorang. Suka-suka
nak saiko orang ingat orang suka?
Okay berbalik
kepada sesi viva aku tadi.
Agak lama jugalah
dia bertanya aku macam-macam. Lama gila dia ambik masa aku. Sampai satu tahap perasaan aku dah tak terbendung lagi. Sebak. Suara pun
dah tak boleh nak keluar walhal sebelum tu betapa lancar dan yakin lagi aku
menjawab. Dan bila aku print
kan semula borang markah dan beri pada dia, dia boleh kata oooo baru nak
hantar?
WT Fishball!!!!
Haa padahal dia yang tak prepare time student nak present dia baru terkedek nak
baca report student pada hari pembentangan, ni nak tuduh student tak prepare
macam dia. Aku tak respect la pensyarah macam ni weh. Gi mampos la aku tak
dahaga ilmu kau pon.
Seriously
pengalaman itu amat mendewasakan. Pensyarah juga manusia biasa yang tak lah
perfect mana so tak payah lah kau nak respect 100%. Kau profesor madya ke
doktor ke tuan haji ke sama je kalau salah tetap salah.
Tapi tak semua
begitu. Dalam setandan pisang tak semua busuk kan. Aicehhhh bermadah berhelah
pulak ye. Hehehe..:p
Dan.
Aku berjumpa
encik penyelia untuk membincangkan hal PSM ini. So, dah bincang-bincang dan aku
lega kerana laporan aku dah berjaya dibetulkan mana yang silap. Fuhhhh sudah
boleh bernafas dengan segar. Sebelum ini bernafas penuh habuk busuk encik misai!
Tetapi aku nak
kongsi something precious dengan korang.
Aku lihat dua
individu yang sangat berbeza tetapi di atas pentas yang sama. Aku bukan nak
puji penyelia aku sebab dia juga lelaki matang yang pernah bermain dengan aspek
mental aku. Pernah jugak aku tersentap sedikit dengan dia pada sem lepas. Huhu.
Tetapi dua
individu ni sangat berbeza dari aspek professionality dia sebagai seorang
pensyarah. Encik penyelia suka mengajar student dengan membuat student
berfikir. Dia akan tunjuk jalan tetapi tidak menyuap terus nah ambik kau ni
jawapan.
Yang paling aku
ingat dia pernah cakap,
Liana,
Kalaulah tugas saya
memberi awak makan, saya akan ajar awak cara menggunakan joran dan bawa awak ke
kolam ikan memancing dengan saya. Even if saya mati sekalipun, awak tidak turut
sama mati dengan saya sebab awak tahu mencari makan sendiri menggunakan joran.
Kalau kita ada
ilmu janganlah kita bermegah-megah. Jadilah seperti padi, semakin berat semakin
menunduk.
Aku sangat pegang
kata-kata encik penyelia tu. Dia seorang pendidik yang berfikiran jauh dan aku
sangat menghormati pendirian dia. Dia bukan jenis yang membodek-bodek student
tetapi cara dia tegur kesilapan student ialah sangat berhemah ye kawan-kawan. Dan student secara automatik akan rasa
kepala terhantuk ke dinding. Bukan mengherdik tak tentu pasal tanpa tahu hujung
pangkal seperti encik panel misai tak reti nak trim itu.
Aku tak berniat
memalukan mana-mana pihak. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk
buat-buatlah sempadan tembok besar cina ke apa yang patut ye. Huhuhu.
Mahu tempek juga gambar si rajin ni. Heeeeee. Bye.
* Kalau encik
misai terbaca tulisan ini harap encik tahu meminta maaf pada saya. Print report
tu ingat free ke tak guna duit??
14 butterflies concerned.:
yana saya setuju ngn kamu..
tetbe selepas viva..
saya rasa..lectrer fakulti tett..
amat teruk..
terlalu bermuka2..
benci gler..naek menyampah..
tiada tahan..tiada sabar utk tinggal kn pt raja...aka uthm..
kamu tahu..
saya rasa benda yg sama kamu rasa.
selepas viva..
saya rasa..
lectrer kite ni terlalu bermuka2..
tidak professional..
terlalu pelik..
double standard..
amat sokong..
kini selepas viva tiada rasa sayang pada uthm.maken benci pada nya adalah..
mual dan loya tgk fakulti...
tiada sabar utk meninggalkan uthm..
haha....
yg penyelia tue mmg owg respect..,
xkdekut ilmu...utk yg len tuh...
n0 c0mment at all...haha
c0z xpnah tahu ngat p0n...,huhu
suke gmbr last skali tu.. (~~")
bergune jua akhirnye gmbr itu..
haha..
zaf : ye sy tak sangka ada antara lecturer2 kite berperangai begitu..meluat sungguh..tiada mengapa lah zaf..kite pon nak abes da..biarlah mereka dengan perangai begitu..ade kite kesah??hehe...
kocie : ooo tahu ye penyelia ku sape..hoho
sangat suke cara die..semoga kamu menjejaki langkah die encik kocy..amin...kekeke
yunie : hehe..picture lama agak bermakna..thanks kamu...:)
mmg kita tiada kesah..itu hak mereka...kedudukan mereka..sudah tinggal beberapa hari saja lagi..tiada perlu jumpe mereka..lega..
manusia ada mcm2 jenis kan.
suka style penyelia tu :)
ween : thanks sudi menjengah ke sini..ye setiap manusia ade cara yg berbeza..cuma kalau boleh menyakitkan org lain tu kite elakkan..barulah hidup aman damai tiada sakit hati...:)
tak gitu? heeee~
nampaknya ada yang senasib dengan aku ya? hehehe...
pejuang hidup : senasib apakah?
Kalau kita ada ilmu janganlah kita bermegah-megah. Jadilah seperti padi, semakin berat semakin menunduk.
aku suka ayat nie..terimas :) tersangat cantik untuk diibaratkan
melz : ye stuju. ayat yg sungguh cantik! mari aplikasilan.
Post a Comment