Followers

Pages

Saturday, October 24, 2009

Encik Misai tak hensem





My dearest reader,


PSM tu ialah Projek Sarjana Muda atau ramai yang kata Projek Setengah Mati, Projek Siang Malam, Projek Sampai Mampos dan whatsoever lah kan.


Tak semua dapat merasai kenikmatan menghadapi final year project ni. Memang superb la. Sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. Bagi aku la kan, orang lain aku tak tau la cane perasaan diorang. Heeeeee~


Meh meh aku nak cerita sikit.


Semasa viva a.k.a project presentation,


Aku berdepan dengan seorang encik yang first impression masa nampak dia, wow hebat dia ni. Misai pun dah nampak vogue. Mesti seorang yang berilmu, berdedikasi, berwawasan dan ber ber lagi lah. Profesor Madya lah katekan. Gi mamposs ade aku kesah?
So, ketakutan di hati memang tak terkira lah. Degupan jantung semakin laju melebihi degupan normal disebabkan aku ialah first presenter pada hari tersebut. Hoho.


Dia ialah lelaki. Lelaki matang yang kelihatan seperti ayahanda.
Tetapi, aku menjadi kurang berpuas hati ialah dengan sikap dia. Semasa aku melakukan pembentangan, sepatutnya dia membawa report aku yang didalamnya ada dicompilekan sekali borang markah dan borang-borang lain. Tetapi dia tak bawa. Tak dapat katanya. Padahal aku dah hantar 6 hari sebelum dah. Okay lah takpe mungkin dia terlepas pandang kan. Fine lah.


Aku pun meneruskan sesi pembentangan seperti biasa. Kemuncak klimaks ialah sesi soal-jawab. Aku pun ditanya itu ini. Banyaklah yang ditanya. Aku jawab.
Tetapi masa peruntukan untuk sesi soal-jawab sudah melebihi had. Kekuatan aku juga semakin berkurang dengan kata-kata herdik dan kurang sopan encik itu.


Kepala hotak engkau.
Kau ni main cakap je tak baca buku ke.
Kau ni meniru kajian orang ke.


Aku tak kisah hal itu sebab memang hak dia kritik apa yang dia mahu semasa sesi soal jawab itu.


Tetapi.


Kalau dah sengaja memberi tekanan secara mental terhadap aku yang lemah perasaan ini aku dah tak boleh maafkan.


Encik itu berperangai suka saiko-saiko. Dalam kelas pun dia suka cakap dia nak fail kan student.


Best ape extend sem, duduk lame-lame kat universiti. Bukan lama pun, 6 bulan je. Neither one of you get A nor A- in my class.


Padahal dia dah hilangkan kertas test kitorang. Suka-suka nak saiko orang ingat orang suka?


Okay berbalik kepada sesi viva aku tadi.


Agak lama jugalah dia bertanya aku macam-macam. Lama gila dia ambik masa aku. Sampai satu tahap perasaan aku dah tak terbendung lagi. Sebak. Suara pun dah tak boleh nak keluar walhal sebelum tu betapa lancar dan yakin lagi aku menjawab. Dan bila aku print kan semula borang markah dan beri pada dia, dia boleh kata oooo baru nak hantar?


WT Fishball!!!! Haa padahal dia yang tak prepare time student nak present dia baru terkedek nak baca report student pada hari pembentangan, ni nak tuduh student tak prepare macam dia. Aku tak respect la pensyarah macam ni weh. Gi mampos la aku tak dahaga ilmu kau pon.


Seriously pengalaman itu amat mendewasakan. Pensyarah juga manusia biasa yang tak lah perfect mana so tak payah lah kau nak respect 100%. Kau profesor madya ke doktor ke tuan haji ke sama je kalau salah tetap salah.
Tapi tak semua begitu. Dalam setandan pisang tak semua busuk kan. Aicehhhh bermadah berhelah pulak ye. Hehehe..:p


Dan.


Aku berjumpa encik penyelia untuk membincangkan hal PSM ini. So, dah bincang-bincang dan aku lega kerana laporan aku dah berjaya dibetulkan mana yang silap. Fuhhhh sudah boleh bernafas dengan segar. Sebelum ini bernafas penuh habuk busuk encik misai!


Tetapi aku nak kongsi something precious dengan korang.


Aku lihat dua individu yang sangat berbeza tetapi di atas pentas yang sama. Aku bukan nak puji penyelia aku sebab dia juga lelaki matang yang pernah bermain dengan aspek mental aku. Pernah jugak aku tersentap sedikit dengan dia pada sem lepas. Huhu.


Tetapi dua individu ni sangat berbeza dari aspek professionality dia sebagai seorang pensyarah. Encik penyelia suka mengajar student dengan membuat student berfikir. Dia akan tunjuk jalan tetapi tidak menyuap terus nah ambik kau ni jawapan.


Yang paling aku ingat dia pernah cakap,


Liana,
Kalaulah tugas saya memberi awak makan, saya akan ajar awak cara menggunakan joran dan bawa awak ke kolam ikan memancing dengan saya. Even if saya mati sekalipun, awak tidak turut sama mati dengan saya sebab awak tahu mencari makan sendiri menggunakan joran.


Kalau kita ada ilmu janganlah kita bermegah-megah. Jadilah seperti padi, semakin berat semakin menunduk.


Aku sangat pegang kata-kata encik penyelia tu. Dia seorang pendidik yang berfikiran jauh dan aku sangat menghormati pendirian dia. Dia bukan jenis yang membodek-bodek student tetapi cara dia tegur kesilapan student ialah sangat berhemah ye kawan-kawan. Dan student secara automatik akan rasa kepala terhantuk ke dinding. Bukan mengherdik tak tentu pasal tanpa tahu hujung pangkal seperti encik panel misai tak reti nak trim itu.


Aku tak berniat memalukan mana-mana pihak. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk buat-buatlah sempadan tembok besar cina ke apa yang patut ye. Huhuhu.






Mahu tempek juga gambar si rajin ni. Heeeeee. Bye.


* Kalau encik misai terbaca tulisan ini harap encik tahu meminta maaf pada saya. Print report tu ingat free ke tak guna duit??









14 butterflies concerned.:

ery zhao faio said...

yana saya setuju ngn kamu..
tetbe selepas viva..
saya rasa..lectrer fakulti tett..
amat teruk..
terlalu bermuka2..
benci gler..naek menyampah..
tiada tahan..tiada sabar utk tinggal kn pt raja...aka uthm..

ery zhao faio said...

kamu tahu..
saya rasa benda yg sama kamu rasa.
selepas viva..
saya rasa..
lectrer kite ni terlalu bermuka2..
tidak professional..
terlalu pelik..
double standard..

amat sokong..
kini selepas viva tiada rasa sayang pada uthm.maken benci pada nya adalah..
mual dan loya tgk fakulti...

tiada sabar utk meninggalkan uthm..

Unknown said...

haha....


yg penyelia tue mmg owg respect..,
xkdekut ilmu...utk yg len tuh...

n0 c0mment at all...haha
c0z xpnah tahu ngat p0n...,huhu

Unknown said...

suke gmbr last skali tu.. (~~")
bergune jua akhirnye gmbr itu..
haha..

yana lyana said...

zaf : ye sy tak sangka ada antara lecturer2 kite berperangai begitu..meluat sungguh..tiada mengapa lah zaf..kite pon nak abes da..biarlah mereka dengan perangai begitu..ade kite kesah??hehe...

yana lyana said...

kocie : ooo tahu ye penyelia ku sape..hoho
sangat suke cara die..semoga kamu menjejaki langkah die encik kocy..amin...kekeke

yana lyana said...

yunie : hehe..picture lama agak bermakna..thanks kamu...:)

ery zhao faio said...

mmg kita tiada kesah..itu hak mereka...kedudukan mereka..sudah tinggal beberapa hari saja lagi..tiada perlu jumpe mereka..lega..

Azureen Azlan said...

manusia ada mcm2 jenis kan.
suka style penyelia tu :)

yana lyana said...

ween : thanks sudi menjengah ke sini..ye setiap manusia ade cara yg berbeza..cuma kalau boleh menyakitkan org lain tu kite elakkan..barulah hidup aman damai tiada sakit hati...:)

tak gitu? heeee~

juanghidup said...

nampaknya ada yang senasib dengan aku ya? hehehe...

yana lyana said...

pejuang hidup : senasib apakah?

Melz said...

Kalau kita ada ilmu janganlah kita bermegah-megah. Jadilah seperti padi, semakin berat semakin menunduk.

aku suka ayat nie..terimas :) tersangat cantik untuk diibaratkan

yana lyana said...

melz : ye stuju. ayat yg sungguh cantik! mari aplikasilan.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com