Dulu kann.....
Masa aku duduk
kat berek, aku ada geng. Geng di sini bermaksud kawan yang di mana dan ke mana
juga pasti bersama. Geng ni ada 4 orang ahli. Memang kitorang kawan sejak di
tadika lagi. Zaman selekeh berhingus
lagi lah.
So, nak dijadikan
cerita..antara kami 4 orang ni, salah seorang nya ialah seperti tiada masuk
sangat. Macam jiwa dia ngan jiwa kami lagi 3 orang ni tak berapa nak sebati
la...
Dalam diam kami
pun berbincang dan berpost mortem lah tentang si seorang ni. Kenapa tak masuk
la, kenapa perangai dia tak sama ngan perangai kita la, kenapa dia suka bergaul
ngan makcik-makcik la...dan sebagainya. (memang kuat bergosip yuuuu!~)
Yang paling
menjadi kes ialah, satu hari ni adik-adik kitorang bergaduh. Ala biasa lah kan
budak-budak bergaduh. Tapi si dia ni pulak yang hangin satu badan nak
melibatkan diri. Siap sound kitorang...
”Weh, korang tak
reti jage adik ke?Adik korang cakap kat adik aku..ayah aku gemok”
Apakah?? Memang
childish gila lah. Tak faham aku. Isu tu lah yang menyebabkan geng aku yang 3
orang ni dibahan oleh makcik-makcik berek di situ kononnya kitorang ni suka
cari gaduh. Amende lah haiii...
Perkara tersebut
berlarutan sampai lah habis zaman persekolahan. Kami yang bertiga ni
melanjutkan pelajaran tetapi yang seorang ni bekerja. See? Memang dia suka tak
sama ngan kami. Sampailah beberapa tahun berlalu sudah...
Beberapa bulan
yang lepas, aku dapat berita dari ibunda yang si dia ni nak bertunang sudaa.
So,berita
tersebut pun tersebarlah ke pengetahuan ahli geng yang lain. Malas nak ambik
tahu sangat sebab masa tu memang tengah bz gila dengan aktiviti di universiti.
Kebetulan minggu si dia ni bertunang ialah hari kelahiran aku dan ada pesta
konvo. So, memang harapan tak semanis impian lah kan aku nak balik Seremban semata-mata nak pergi
tengok dia bertunang kan.
Baru-baru ni...
Tiba-tiba si dia
ni call aku. Terkejut gak sebab tak pernah-pernah dia call aku. Tah mimpi apa
dia cari aku. Tapi sebelum tu aku dah dapat warning dari ahli geng mungkin si dia
ni akan call sebab dia ada minta nombor telefon aku dari diorang. Cehh memang
musuh gila la siap ada warning-warning untuk bersiap sedia terima panggilan
dari dia. Haha...
Aku : Hai,,ko
dah kenape tibe-tibe call ni?
Dia : Saje nak tanye kaba..ko bile abes blaja?
Aku : Dah nak abis la ni..sikit lagi..Ko plak bile abis
keje? hehehe…
Dia : Haha..mane penah abis la..Ko bile nak bertunang? Aku
dah…
Aku : Nanti la lagi 2
3 tahun..tunggu keje dulu..
Dia : Oooo..ko ikot la same ngan aku..tahun depan kawen.
Aku : Aku lambat lagi..belajar tak abis lagi..ko nak
kawen,kawen la.
Dia : Lambat la ko ni..Kot ye pun bertunang la dulu ke..
Aku : Gune duit
ko bolehhh???
Bengang gila.
Cakap nak lebat je kan. Bangga gila lah kau dapat kawen tahun depan. Orang
sibuk nak kejar cita-cita, dia sibuk nak kejar alam rumah tangga. Aku tak kisah
pun umur cam kita ni kalau nak kawen, memang molek sangat lah. Tapi kau tak
sambung belajar, kerja kat kedai kasut Jaya Jusco boleh la fikir kawen je bagi
mak kau cucu banyak-banyak. Hadoii ada jugak orang camni. Tah apa la dalam
fikiran dia.
Tak faham la
weh..tak fahammm!
8 butterflies concerned.:
hahahahaa~~
betol ke dier col???
gile nyee...
haha..ye dier col saye...
jenab betol...
kenal ke sape?
hohoho..
laaa... bukan c tingkat 2 ke?? haha~
yela sape lagi..hehehh..
meluat ai tauuu.
weh...xtaw pon dea kol...apekes....
pmpn 2 mmg nk kne.....
eh farina kt ukm gak kn? mcm ade jumpa die la dlu.
sape nih nana? haha tibe2.
ehem ehemm ana.
nak join kelab ketupat juge?
hehehe :p
Post a Comment