Tarikh luput penghantaran laporan projek akhir makin hampir dan hampir lagi. Kecuakan dalam diri juga makin meningkat hari demi hari. huhu..Aku dah dapat feed back bab empat projek aku dari encik supervisor siang tadi. Tapi agak membimbangkan kerana dia suruh tambah lagi ujian sebab laporan aku nipis. Encik supervisor kata laporan aku ialah Not presentable. Not good enough. Not enough quality. Not not....wahh kusut masai.
Memandangkan aku tiada mahu otak dibelenggu hal ini, so petang tadi aku pergi main bola tampar. Rindu gila dah lama tak main. After Masum aritu, dah tak main dah sebab masuk sem baru pastu dengan bulan puasa lagi. Jadi tak bersukan lah aku maka bertambahlah berat badan. hahee~
Sangat best bermain petang tadi. Corak permainan yang menghiburkan kerana ada rakan-rakan baru dalam team bola tampar universiti. :)
Mereka hebat dan pandai memukul bola. Aku juga turut bermain sampai lah peluh-peluh. Tak sedar diri padahal puasa. heeeeee.
Adakah anda tahu? Jika seseorang itu baru lepas bersukan, jadi perasaan untuk makan menjadi berkurang. Mungkin kerana faktor suhu badan meningkat, peluh keluar, toksin keluar, lemak terpecah dan sebagainya lah aku pun tak tahu. Jadi, selepas bermain aku tak lah terasa nak makan sangat pun. Tapi memandangkan aku berpuasa jadi harus makan juga. Nanti pengsan la sakit la dah jadi sebab lah pulak kan nak menyusahkan orang lain.. Hohoho.....
So,aku pun pergi makan ditemani cik Anis. Aku order nasi goreng ayam dengan teh tarik. Makan dengan bersungguh-sungguh pulak tu. Apabila perut dah penuh, kami pun pulang. Sampai di rumah, perut aku mula buat hal. Rasa tak selesa la, sebu la, senak la, macam nak muntah la, macam nak minum eno la. Gedik.
Masa cukup diperlukan untuk menenangkan perut yang memberontak ni. Otak masih on the way untuk memberontak. weeeeee :p
Petang yang penat tapi puas. Dapat release tension. :)
Istighasah, boleh ke tak?
3 days ago
0 butterflies concerned.:
Post a Comment