Followers

Pages

Thursday, June 26, 2014

I am pregnant! :)



Assalamualaikum.








Tajuk ialah straight to the point gitu kan..hehe..
Alhamdulillah rezeki nak dapat baby Allah bagi awal. Kitorang memang takde nak merancang rancang pun. Lagi cepat lagi baik kan. Rakan rakan yang sebaya aku pun ramai yang dah punya anak sendiri. Akhirnya Allah makbulkan jua doaku yang satu ini :')








Ni gambar masa pengantin baru lagi ni. Aku bukanlah bunting pelamin pun. Ingat lagi selepas kahwin bila datang bulan je tiba tiba je sedih sebab tak pregnant lah maksudnya tu kan. Tiap kali datang bulan pun nak sedih. Hahaha emosi sangat tau.
Sampai lah satu hari tu, datang bulan yang lain sikit dari biasa. Dia keluar sikit sikit je. Pelik. Sebab selama ni tak pernah pun datang bulan sikit sikit macam tu.

Mula lah aku ni menggoogle sana sini. Masa tu aku dah baca banyak dah. Memang ada tanda tanda mengandung ialah datang bulan tetapi sedikit sahaja macam hujung hujung gitu. Orang orang tua kata tu namanya cuci cermin. Entahlah apa. Aku berdoa jelah masa tu harapnya ada rezeki buat kami suami isteri.
Mak pun ada kata, buat tak tahu je. Kalau ada, ada lah tuu. Buat tak tahu jee.
Eh eh mak ni..nak buat tak tahu macam mana pulak kan. hehe...








Dalam pada buat tak tahu tu, aku beli jugak upt dan check sendiri kat rumah. Orang kata nak buat upt elok buat awal pagi masa baru bangun tidur tu sebab masa tu hormon mengandung lebih banyak. Tapi sebab tak sabar sangat, malam aku dah check dah. hahaha...

Dan resultnya ialah di atas tu lah. Walau agak samar samar, tapi cukup buat aku rasa tersangat gembiraa :)
Kalau samar samar double line tu sebab awal pregnant. Hormon tak cukup banyak. Dah tuuu..tak menyabar sangat kan. hehe...
Masa check ni aku kat kuarters guru sekolah lama tu. So Kay lah orang pertama yang tahu. Semangat tau ambik gambar nak tunjuk kat Afzan :)









Suami aku tu tahu je aku pregnant terus belikan air zam zam lah, kurma lah, kismis lah. Amboi excited!
Macam macam lah dipesannya. Jaga makan, jangan makan yang mentah mentah, jangan makan nenas, jangan minum gas, jangan minum teh, jangan minum kopi, jangan minum nescafe. Oh jangan minum nescafe tu paling memberi tamparan pada aku tu. Paling favourite kot tu. huhuhu..
Berkorban jua lah aku. Start tahu pregnant je dah mula berpantang nescafe :(











Teruss juga ajak beli kasut. Kasut aku ke sekolah tak lain tak bukan memang semua wedges je. Tak ada yang tak tinggi pun. 
Jom kita cari kasut flat je. Selamat dan selesa. Dan hingga kini sandal crocs pink ni lah yang menjadi peneman setia aku ke mana jua pun. Pergi sekolah ke, pergi jalan ke. Best sandal ni. Sangat sangat selesa!











Supplement shaklee tak akan pernah dilupakan. Memang laju je aku consume preggy set untuk first trimester ni. Tak pernah tinggal! Asid folik yang klinik bagi tu aku tak makan pun. B complex shaklee ni pun dah ada asid folik dah. Vitalea juga wajib ambil setiap hari. Ia memberi tenaga dan membantu memaintainkan hemoglobin dalam darah. Semua pun bagus kan. So..jangan skip!









Ni bukan mengidam okay. Ni kebetulan je orang bagi jadi aku pun makan dengan sesungguhnya. Aku takde mengidam apa apa pun setakat ni. Morning sickness pun ialah tiada. Alhamdulillah..
Afzan pulak yang loya, pening, rasa nak muntah, demam segala. Dah berpindah kepada dia ke apa tak tahu lah. Atau mungkin kebetulan je. Tapi terbaru ni, aku dah masuk 6 bulan dah..tidur malam aku beria lah tinggikan kaki alas dengan bantal taknak bagi kaki cramp kan..tapi Afzan kata dia asyik cramp kaki je lately ni bila bangun tidur. kekeke..kebetulan lagi ke? :p



Sejak mula pregnant aku melalui hari hari aku macam biasa je. Makan minum tidur mandi dan semua macam biasa. Aku tunggu jugak bila aku nak start muntah ni. Perut awal awal dulu mana nak nampak lagi kan. aku risau je masa tu betul ke aku ni pregnant? Macam takde apa apa je. Kay selalu dengar aku membebel pasal ni. Selalu jugak aku beli upt tu nak test mengandung ke tidak aku ni. hahaha...











Paling last aku beli yang ni. Terus keluar pregnant di situ. Masih tak puas lagi hati kau tu yana? hehehe..
Lepas upt clearblue ni aku takde beli yang lain dah. Sebab perut dah mula membuncit sikit sikit :)











Masuk second trimester, aku tambah pulak omegaguard, vita c plus dan ostematrix. Nak baby sihat katanya uols. Consume lah apa yang terbaik kan.











Orang kata elok minum susu kambing masa mengandung. Ku ikut juaaa. Walau aku tak boleh kot kambing kambing ni, tapi demi mu anak....
Eh tapi susu kambing hi goat ni takdelah bau kambing pun. Rasa pun sedap je pulak tu. Bancuh suam suam dan terus minum. Memang sedap. Selesa je tidur malam. Sakit pinggang pun agak berkurangan.










Ha ni baby bump masa mengandung 4 ke 5 bulan. Nampak tak baby bump ku di situ? hehe...
Doakan kesihatan aku dan baby dalam kandungan baik baik sahaja ye uols. Itu je nak cerita. Ada apa apa aku tambah kemudian. Oh ya! sekarang dah masuk 6 bulan, baby dalam perut kemain suka main tendang tendang terutama time aku nak tidur. Amboiii dia tuuu..biasaa dia tuu.
Okbye!





2 butterflies concerned.:

Luqman Zakaria said...

excited pulak bc entry nih..haha..apa apa pon tahniah yer :) hehe

harun ajis said...

Tahniah awak.. nnt kerapkan ehem2.. supaya senang nak bersalin.. minum susu kambing leh elak baby kene kuning.. hehe.. tahniah..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com