Followers

Pages

Tuesday, June 3, 2014

Jangan Makan Udang bersama Vitamin C !



Assalamualaikum.

Ni cerita sebelum aku disahkan pregnant bulan Januari haritu.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku makan tengah hari lauk udang galah masak lemak cili padi dengan rebung.
Memang dah jadi kewajipan aku setiap hari after lunch memang makan sebiji vitamin c.




After lunch tu aku dan Afzan pun plan nak pergi tengok wayang.
Masa tu nak tengok cerita Robocop.
Selepas beli tiket wayang, kitorang pergi minum coconut shake kat Klebang dulu sebab wayang start pukul 8 malam.
Masa minum minum tu aku dah mula rasa tak selesa.
Gatal sana sini.
Aku ingat gatal biasa je.
Lama lama sampai ke kepala rasa gatal gatal.
Habis minum, masuk dalam kereta baru Afzan tegur muka aku dah merah bengkak bengkak. 
Tangan pun sama!
Masa tu gatal jangan cakap lah.
Gatal gila kot. 
Tangan dah mula bengkak bengkak.
Aku cakap nak pergi farmasi lah beli ubat alergik.
So sampai Jusco, singgah farmasi nak beli ubat.
Boleh pulak farmasi tu, kaunter beli ubat tutup.
Hadoyai.
So aku beli bedak merah untuk gatal-gatal tu je.
Dah beli, aku masuk toilet dan terus sapu bedak tu satu badan.
Satu badan dah mula gatal, bengkak bengkak.
Habis sapu bedak, aku rasa tak berapa gatal sangat.


So masuklah kami ke panggung wayang untuk tengok cerita Robocop.
Start je cerita tu, aku dah mula gatal gatal balik.
Afzan kata janganlah garuuuuu!
Dia tak tahu betapa aku seksa tahan gatal.
GGGGrrrrrrrrrr..
Seminit pun aku tak dapat fokus tengok cerita Robocop tu.
Nak menangis rasanya aku tahan gatal satu badan.
Sampai ke kulit kepala pun gatal.
Tak tahu nak describe macam mana.


Dalam setengah jam lepastu, aku bisik kat Afzan yang aku memang tak boleh blah tahan gatal ni.
Nak kena keluar pergi klinik jugak ni.
Tak tahan sangat sangat sangat.
Afzan kata okay okay.
Aku kata aku nak pergi toilet dulu lepastu dia follow up keluar jugak.
Berlari aku keluar panggung tu nak ke toilet sebab tak tahan sangat nak menggaru.
Nasib lah toilet wayang tak berapa nak ada orang sangat kan.
Masuk je toilet aku bukak jeans aku tarik baju aku bukak tudung..
Teruslah aku menggaru sesungguh hati.
Tak dapat aku terangkan betapa nikmatnya menggaru satu badan yang tersangat kegatalan waktu tu.
Lama jugak aku menggaru.
Kaki, betis, perut, tangan,leher, kepala. 
Semua aku garu.
Semahu mahunya aku garu.
Puas hati!

Habis je menggaru, tangan aku tiba-tiba menggigil.
Eh dah kenapa pulak aku ni?
Nak pakai jeans and tudung balik pun ambil masa yang lama sebab tangan rasa lemah sangat.
Pelik.
Tapi aku gagahkan jugak.
Habis pakai tudung semua, aku keluar toilet.
Aku nak pergi kat cermin nak tengok muka aku apa rupanya.
Makin bengkak ke dah bertukar wajah ke apa kan.
Tapi kaki aku tak boleh melangkah uols!
Menggigil kaki.
Pandangan mata aku pun kabur je.
Ah sudah.
Aku papah je tepi dinding jalan slow slow macam orang uzur.
Nak capai handphone dalam handbag pun tak mampu.
Handphone silent pulak tu.
Aku rasa aku kat toilet memang dah sangat lama.
Aku rasa pandangan aku kabur kabur kabur....dan terus aku rebah.


Dalam keadaan rebah tu, sedar tak sedar aku capai jugak handphone dalam handbag.
Ada calling dari Afzan

Ayang kat mana? Lamanya pergi toilet....

Kat toilet...

Aku mampu jawab tu je. Terus aku rasa pandangan aku gelap.
Aku sedar sedar je Afzan dah kat aku.
Dia kata kenapa ni?
Dia bagi aku hidu minyak cap kapak n picit kepala sikit, baru aku sedar.
Aku cakap tiba tiba je..tak tahu kenapa.
Dia kata dah dah jom pergi klinik.
Masa tu sempat pulak dia kata kat aku...Ayang ni pregnant ni..Ni mesti pembawakan budak..
Haha sempat lagi tu.


Tapi masa tu aku memang tak larat nak jalan.
Kaki aku ni rasa tak jejak je.
Afzan lah yang tolong papah aku.
Hahaha macam dahsyat sangat je kan.
Keluar wayang je macam orang sakit teruk :p
Yang peliknya, lepas aku pitam tu terus gatal gatal hilang.
Bengkak bengkak kat tangan, muka, badan semua pun hilang.
Memang magic show popeye betul tau.


Sampai klinik, aku lemah lagi.
Doktor tanya kenapa.
Aku cakap aku gatal gatal dan pitam.
Doktor tanya siang tadi awak makan apa.
Aku cakap aku makan macam biasa. Ada makan udang galah.
Doktor tanya ada makan vitamin c?
Haaa itulah puncanya rupanya.
Selepas makan udang tidak boleh makan vitamin c!
Doktor tu kata udang bergabung dengan vitamin c boleh menghasilkan asid arsenik dalam perut dan boleh membawa maut.
Ya Allah! Seram aku mendengarnya.
Nasib baik tak jadi apa apa kat aku.
Doktor bagi ubat dan suruh aku rest je.
Afzan lain pulak ditanyanya.
Dia kata aku ni tengah period tapi tak keluar darah tapi keluar macam hujung hujung datang bulan tu...adakah isteri saya mengandung??
Hahaha aku dengar pun nak tergelak.
Doktor kata nanti dah terlewat datang bulan, bolehlah buat pregnancy test.
Kamu baru berkahwin ye? Senyum senyum je doktor tu.
Hahaha..
Excited tau suami saya tu doktor :)


Lepas je kejadian tu dan aku disahkan pregnant..mulalah kitorang selalu dengar 'Hai baby robocop!' dari abang Afzan kalau balik rumah Melaka. hee


So kesimpulannya di sini.
JANGAN AMBIL VITAMIN C BERSAMA UDANG.
Boleh ambil tapi jarakkan lah dalam dua jam ke macam tu.
Okay?
Semoga menjadi iktibar bersama.
Bye.






4 butterflies concerned.:

Mama Aqil said...

Salam..
Nak tny masa awk gi klinik tu awk terus buat pregnancy test ke? & masa tu dah delay period ke? Sbb sy skg ni dh semgu gatal satu bdn..kalau ikut cycle period..hr ni baru 23...tak tahu tanda-tanda dah hamil atau tak..

Mama Aqil said...

Salam..nak tny..masa awk gi klinik awk terus buat pregnancy test ke..& delay period x masa tu..sbb sy pun skg ni tgh gatal2 satu badan..dah semgu lbh..kalau ikut cycle period br hari ke 23..tak tahu la simpton2 hamil atau bnda lain

Mama Aqil said...

Salam..nak tny..masa awk gi klinik awk terus buat pregnancy test ke..& delay period x masa tu..sbb sy pun skg ni tgh gatal2 satu badan..dah semgu lbh..kalau ikut cycle period br hari ke 23..tak tahu la simpton2 hamil atau bnda lain

Mama Aqil said...

Salam..nak tny..masa awk gi klinik awk terus buat pregnancy test ke..& delay period x masa tu..sbb sy pun skg ni tgh gatal2 satu badan..dah semgu lbh..kalau ikut cycle period br hari ke 23..tak tahu la simpton2 hamil atau bnda lain

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com