Followers

Pages

Monday, June 23, 2014

Hai Honeystar Part 2




Assalamualaikum..


Sambungan dari PART 1
Okay sambung cerita. Jadi berjalan sakan lah suami isteri ini dengan berpandukan Encik Mamu. Kita mintak tolong dia sehari je. Kesian pulak dia, nak jugak dia spent time bersama family dia kan. Dia kata takpa sekali sekala lagipun hangpa kahwin aku tak dapat datang. Ni kira hadiah kahwin hangpa lah. Hahaha pun bolehh kann..









Nama pun honeymoon mestilah lagi afdal berdua ye tak? kahkah...










Sebenarnya jalan jalan berdua, sesat sesat cari jalan, gaduh gaduh nak makan kat mana..tu yang paling best. Tiada hala tuju yang nyata. hee










Makanan last yang sempat Encik Mamu bawak kitorang makan ialah Char kuey Tiaw telur dibasuh. Tiada aku faham kenapa kena mention 'telur dibasuh' di situ? 
Kedai ni bukak sampai ke pagi. Kitorang sampai pun dalam pukul 2 pagi macam tu. Boleh tahan sedap jugak. Padan pun kedai tu ramai sangat pelanggannya. Terbaik! Thanks Mamu. Tanpa hang, tak merasa kitorang char kuey tiaw telur dibasuh ni. hehe...











Esoknya dalam perjalanan pulang, kitorang singgah Cameron Highlands. Hajat di hati nak bermalam sana, tapi tak jadi pulak. Baik balik rumah uruskan hal kahwin belah lelaki kan. Doorgift pun banyak tak settle packing lagi.
Naik Cameron ialah dari Ipoh. So jalan agak baik. Takdelah aku pening kepala muntah segala. Kebetulan pulak masa tu seharian hujan je. Tak dapat la nak berjalan ke ladang teh ke apa. Kitorang singgah Cameron Lavender dan pasar tepi jalan tu je.











Ewah wahh. Omelnya keretaa










Ewah wahh. Besarnya pumpkin. Eh











Melawat tanaman bunga Daisy. Cantik!
Kalau nak beli boleh petik sendiri color apa ko mahu. Tapi aku takde pulak beli. Ambik ambik gambar je.











Haa tau. Bunga daisy bukan ada bau sangat pun. Nampak sangat tipu nii :p












Cak!











Yang petik sendiri di situ hanya lah buah strawberry. Masa aku datang tu buahnya kemain banyak gila yang ranum. Geram pulak menengoknya. Teruslah jom lah kita petik strawberry?











Tapi beringat jugak masa memetik tu. Takut terlebih petik kang dah terbanyak pulak pastu terberat pulak masa timbang dan termahal pulak kena bayar kan. haa
So sama sama lah pesan petik yang gebu gebu je tauu











Fresh strawberry. Sllrpppppp!
Bolehlah buat jadi buah tangan sikit sikit untuk keluarga.











Merasa strawberry salut coklat. Sejuk sejuk masa tu, dapat pulak benda makan makan ni, apa pun sedapp.











Buah delima yang menggeramkan.
Habis di situ, kitorang singgah pasar tepi jalan pulak. Di sana banyak jugak borong itu ini. Sayur lah, jagung lah, madu asli kononnya lah, teh perisa strawberry blackcurrant lemon segala perisa semua nak beli. Termasuklah air instant chocolate strawberry tu.









Aku pergi toilet. Masuk je kereta balik ada ni kat seat kereta. Alololooo sweetnya. Kad topup pun jadi tau. Afzan main capai jela tu apa yang ada dalam kereta tu. hehe...
Terima kasih suami. I love u more :)



Dan kami pun pulang. Urusan perkahwinan sebelah lelaki belum settle diknon oi. Balik cepat!







0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com