Followers

Pages

Wednesday, July 2, 2014

Hahai sekolah baru!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk minggu ketiga aku di sekolah baru. Perasaan? Nak kata gembira sangat tu tak lah sebab takde geng lagi kan. Nak pergi makan pun sampai kantin baru jumpa kawan yang boleh borak borak sekali. Maklumlah orang baru kan. Pandai pandai lah nak hidup.


Hari pertama lapor diri aku dah rasa kelainan suasana sekolah tu. Rupa rupanya sekolah aku tu majoriti cina. Dah macam SJKC pulak. Terkejutan budaya sekejap aku di situ tau. Minggu pertama dan kedua kerja aku memang merelief je lah. Dari tingkatan satu sampai ke tingkatan lima hampir setiap kelas aku dah masuk relief. Fuh! Nasib sekolah tu bangunan dia tak tinggi mana. Paling tinggi pun dua tingkat je. 


Paling lain bila masuk kelas, pelajarnya padat sangat dalam kelas. Satu kelas dalam 35+ orang pelajar ialah normal. Amboi ramai betul. Kelas 5 Zamrud aku dulu 12 ketul je. hehehe...
Yang bertambah lain bila aku makin mengenali budaya sekolah tu. First time aku masuk kelas, ketua akan cakap 'berdiri'. Bila semua dah berdiri ketua akan cakap lagi 'tunduk hormat'. Aku dah pelik tunduk hormat apa pulak ni dah macam jepun pun ada. Tapi takdelah aku menunjukkan reaksi sangat terkejut di situ kan. Pandai lah aku cover. haha.. Lepas tunduk hormat tu serentak mereka akan akan 'selamat sejahtera cikgu' tanpa arahan dari ketua tingkatan. Pelik kan. Tapi lama lama dah terbiasa dah.
'Assalamualaikum cikgu' dan doa penerang hati memang tak ada lah. Rindu pulak nak dengar itu. huhuhu...








Buat sementara waktu ini, aku duduk di Alor Gajah dulu sementara masuk rumah baru. Jauh ok Alor Gajah ke sekolah baru ni. Pagi pagi aku kena bertolak pukul 6.20 pagi dari rumah. Tak boleh lewat sebab jalan confirm jam gila, dengan traffic light yang sangattt banyak perlu ku tempuhi lagi. Fuh memang pengalaman baru. Kalau kat kuarters sekolah lama dulu, 6.20 pagi tu baru hegeh hegeh nak solat subuh. Rilek sangat.









Minggu pertama di sekolah baru ya ampunn sangatlah aku tak tahu nak buat apa. Selain relief, ko rasa apa aku mampu buat di sekolah baru itu? Takkan tiba tiba nak pergi bergosip pasal anak murid pulak kan. Anak murid pun aku tak kenal lagi. Geng pun belum jumpa lagi. Sekolah tu pelajar dia dalam 1400+ macam tu. Ramai. Bila aku masuk relief, dengar diorang borak semua concengconceng dalam bahasa cina. Kalau pelajar India berborak dengan pelajar Cina pulak, diorang akan speaking uols! Gulp! Aku pun tak mampu nak speaking macam tu hahaha.










Suasana ketika balik. Pun jam juga.










Sekolah jiran pun semua cina. Memang kawasan situ penduduknya cina.










Pasrah jelah aku. 
Oh ya. Aktiviti kokurikulum aku masih juga diberi tanggungjawab menjadi guru penasihat Persatuan Pandu Puteri tapi alamakk sekolah tu lagi lah aktif dia kemain. Ada sekali pernah aku join aktiviti koko sebelum puasa haritu, cikgu masuk hanya memantau je. Aktiviti semua pelajar yang uruskan. Amboi terkejutan budaya aku sekali lagi tau. Kalau tak sebelum ni cikgu kemain puas fikir nak buat aktiviti apa, pelajar tinggal menganga je tunggu cikgu suapkan. Di sini pelajar lebih berdikari. Alhamdulillah..











Jadual waktu baru dapat siang tadi. Alhamdulillah aku dapat mengajar Kemahiran Hidup :)
Ada lagi subjek lain aku kena ajar iaitu Pendidikan Moral tingkatan 3 dan Pendidikan Sivik tingkatan 5. Tapi satu kelas je. Subjek utama aku di sini ialah KH bukan lagi Landskap. Yeay! Dan siang tadi juga datang lagi seorang cikgu perempuan baru posting. Yeay lagi! Ada geng sebab sama sama baru di sekolah itu. Susah senang boleh bersama sama. Eh











Mula mula lapor diri kat sekolah ni aku dah pakai maternity dress dah. Kalau pakai maternity dress, kebulatan perut amat ketara kan. Jadi baguslah semua tahu bahawa cikgu yang baru pindah ini sedang mengandung. Memang kebetulan sangat naik je cuti sekolah perut aku ni ketara sangat pulak besarnya. Sebelum cuti dulu, kemain susah nak nampak perut. Mampu pakai baju kurung moden lagi. Sekarang jangan harap. Baju kurung semua dah bungkus. Tahun depan baru pakai balik haha. Uniform kerja aku sekarang hanyalah maternity dress dan jubah aje. Macam tak percaya :p
Okay nanti cerita lagi. Semoga sekolah baru memberi harapan baru untuk aku lebih mencintai kerjayaku. Aminn....





0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com