Assalamualaikum.
Sebaik disahkan hamil di klinik swasta, aku pun terus buat buku pink klinik kerajaan. Afzan suruh jugak buat check up di klinik kesihatan sebagai back up katanya. Ku ikutkan saja. So prosedur biasa masa mula mula buat buku pink ialah ambil berat, tinggi, ambik darah, pergi kencing dan kena jawab soalan soalan dari nurse lah. Oh juga kena check leher takut ada tiroid ke dan juga check breast.
Kalau ikutkan takdelah lama mana, tapi biasa lah kan klinik kerajaan..apa pun jadi lama.
My buku pink yang menjadi panduan setiap bulan.
Di klinik kerajaan, kita memang sentiasa akan jumpa nurse je kan. Sekali sekala sahaja kita akan dirujuk kepada doktor. Nak dijadikan cerita ni, dah beberapa kali juga lah aku check up jumpa nurse aje sampai lah satu hari tu berat aku naik terlebih sikit maka kena refer doktor. Tambahan pula, belum pernah jumpa doktor lagi sepanjang aku buat check di klinik kesihatan tu. Setakat yang aku pernah pergi, nurse semua layan aku baik je. Tanya itu ini pun okay je walau diorang banyak jugaklah berborak je kan tapi bagi aku takpelah tu. Asalkan diorang layan aku baik.
So tiba masa nak kena jumpa doktor. Sebelum tu dah jumpa nurse dah. Dah ambik darah, dah kencing, dah timbang, dah check tekanan segala tu lah. Mood ialah happy happy sahaja.
Tiba turn aku dipanggil masuk berjumpa doktor, sebaik aku melangkah masuk bilik je doktor tu terus terjah dengan soalan. 'tarikh ni betul ke ni tarikh ni?' sambil menunjuk muka hadapan buku pink aku tu. Eh aku baru masuk kot, tak sempat tutup pintu pun lagi. Terpinga pinga lah aku kan. Doktor tu ulang lagi 'tarikh ni betul ke tidakk?'
Aku jawab 'tarikh apa?' Masa tu dah mula rasa tak senang sebab muka doktor tu kemain bengis lagi macam aku ada buat salah besar padahal first time jumpa ni. 'Nii..tarikh akhir awak datang bulan ni..betul ke tak?' 'Oooo..betul' Aku jawab ringkas je dan terus duduk.
'Bila tarikh awak check upt?' Muka doktor memang tak boleh blah. Masam!
'Tarikh check upt saya tak ingatlah doktor..saya check sendiri kat rumah sebab dah lewat datang bulan' Jawabku.
'Takkan tak ingat..habistu saya pulak nak kena ingat?' Doktor tu boleh tanya macam ni uols? Aku masa tu dah hilang kata dah. Dah mula rasa marah kat doktor tu. Cakap nak kasar je.
Aku senyap malas nak jawab. Melihat reaksi aku senyap, doktor tu respon lagi 'Ni ada kalendar. Tengok sekarang bila tarikh awak check upt' Eh ehh doktor ni. Tak faham bahasa agaknya dah aku kata tak ingat nak paksa paksa pulak. Check upt pun dia nak tahu tarikh ke? Bukan tu sendirian berhad punya hal ke?
'Saya memang tak ingat. Nak tengok kalendar buat apa' Aku mula menjawab.
Doktor tu pun tulis lah apa benda tah dalam buku pink aku tu. Then dia nak check mata pulak. Check punya check then dia komen 'Pregnant pregnant pun sempat pakai eyeshadow?' Eh ehh soalan tu dia tanya.
Aku jawab lah apa lagi kan. 'Memanglah sempat. Saya takde morning sickness ponn'
Doktor tu senyap. Ha ambik. Ingat kau sorang je ada angin?
'Ok pergi baring kat katil tu' Doktor bagi arahan suruh baring di katil yang di tepinya ada alat pengimbas tu. Doktor pun scan perut aku. Dia kata yang berkelip ni jantung baby. Aku ooo kan aje, tak teruja mana pun sebab dah tengok dah masa check up kat klinik panel aku. Tiba tiba dia kata 'Dah lah lap lah perut tu. Tunggu apa lagi?' Amboii doktor tu. Ayat tak boleh nak elok sikit agaknya. Cakap nak kasar je. Mana lah aku tahu dia nak buat apa apa lagi ke kan. Tiba tiba sound aku suruh lap gel kat perut. Masa tu aku memang dah bengang gila dengan doktor tu.
Duduk balik kat kerusi tadi. Doktor sambung tanya. 'Awak ada sakit? Emak ada darah.....'
Belum habis doktor tanya aku dah jawab laju je. Dah boleh agak apa soalan doktor tu. Dia tanya baru permulaan aku dah jawab terus. Doktor tu terus senyap dan tulis lagi apa benda tah dalam buku pink aku. 'Ada nak tanya apa apa?' Dia tanya.
'Takde. Ubat pun saya taknak mintak. Saya bukan nak sangat check up kat sini. Saya ada check up kat klinik panel saya. Kat sini back up je. Ubat semua saya dah ada' Agak kuat dan keras suara aku sebab sedari tadi aku menahan bengang kan. Doktor tu senyap je. Dia buat isyarat dah habis check, aku pun tanya 'Ada apa apa lagi ke?' Mana tahu ada kena pergi jumpa nurse lagi ke kan. Doktor tu boleh jawab 'Balik lah. Tunggu apa lagi' Boleh takk? Aku terus keluar tanpa ucap terima kasih pun dan tutup pintu kuat kuat. Protes kononnya.
Mana tak protes uols. Doktor apa macam tu. Macam mati laki je. Dah lah serabai, tudung tak gosok, bau ketiak pulak tu. Serius tau doktor tu sangat menyakitkan hati. Meluat gila. Bila balik sekolah, cerita kat akak akak sekolah aku diorang pun kata memang doktor tu perangai macam tu. Garang tak bertempat. Langsung tak mesra alam. Aku memang sangat berharap lah tu lah first and last aku jumpa dia. Tak ingin aku jumpa dia lagi. Ingat kita hadap sangat nak jumpa dia? Akak akak sekolah aku jawab jangan harap yee. Kat Gemas ni tu lah satu satu nya doktor check perempuan mengandung. Hahahahaha memang lawak sangat benda ni. Dan akhirnya aku pun berpindah kan. Alhamdulillah lah memang good bye lah doktor belagak oi. Setakat kau doktor pastu perangai macam tu, sebelah mata pun tiada ku heran.
Dengar dengar ceritanya doktor tu belum kahwin lagi. Mungkin itu antara faktor dia membengis tak tentu pasal. Kurang kasih sayang lah tu. Patut pun serabai je aku tengok. Aku pakai eyeshadow pun nak diperlinya. Tak fahammmm.
Kan dah tak memasal mengumpat kat sini. hehehe...
Dah dahh. Malas nak ingat doktor serabai tu lagi. Marilah melupakan dia. Semoga dia bahagia dengan membuat orang lain sakit hati macam tu. Customer always right kan apatah lagi patient. Ibu mengandung pulak tu. Bukan susah nak cakap elok elok. Bukan lah mintak layan macam permaisuri pun tapi at least cakap bebaik lah kan. Ko pun dapat pahala menggembirakan hati ibu mengandung ni. Eh
Ni baju mengandung pertama ku. First time pakai terus rasa, wow betapa mengandungnya diriku. Hahaha sengal. Sebab kalau pakai baju biasa perut tak berapa nampak pun. Tapi aku suka je pakai baju mengandung. Selesa. Dan sehingga kini koleksi baju mengandung aku semakin bertambah. hehehe...
Ok dah. Sekian kisah buku pink + kisah doktor poyo.
Jumpa lagi!
5 butterflies concerned.:
eh ehh..kereknye doc tuuu..huk huk
btw, tahniah yana! :)
omeinya,seri ibuu mengandung ni lain kan.
amboii doc tu ckp bkn main kasar.tk brlapik lngsung spa-spa ada di tmpt akak pun akn rasa skit hati kan.
klau ckp baik-2 pun bknnya rugi pun, :)
normally yg kerek kat klinik gomen ni nurse tp ni doktor lak sampai pakai eyeshadow pun nak jadi isu. saya dulu sebelum bersalin sempat lg pakai eyeliner masa nak pergi hosp. sampai hosp x lama bersalin smpai baju pun x sempat tukar apatah lagi eyeliner. doktor cuma cakap.. senangnya bersalin makeup pun tak sempat cuci. tu pun dalam nada bergurau
aduh momoy yg baca pun terasa sakit hati
amboiii
so far tak pernah jumpa lagi
jumpa semua doctor baik dan lemah lembut jer
Post a Comment