Assalamualaikum.
Semalam, office ibunda buat family day di Ulu Bendul. Adik-adik aku paling teruja sebab diorang suka sangat dengan aktiviti mandi-mandi seperti ENTRI INI.
Semalam, office ibunda buat family day di Ulu Bendul. Adik-adik aku paling teruja sebab diorang suka sangat dengan aktiviti mandi-mandi seperti ENTRI INI.
I tak bawak baju so terpaksa lah pinjam baju Naim. hee
Sebelum bergerak, mak dah sediakan makanan. Ada mihun goreng, pecal jawa, rendang, pastu ulam-ulaman berserta sambal belacan. Oh tak lupa juga air ribena sejuk yang sedap. hehe..Orang lain sediakan makanan lain iaitu ayam yang dah diperap, ikan, hotdog, tempe, buah-buahan dan banyak lagi. Aku tak kenal sangat pun kawan-kawan mak tu. Buat muka tak malu je join diorang.hehe...
Diorang lepak atas tikar sambil makan-makan, borak-borak, potong-potong buah segala bagai tu. Yang kitorang pulak, bina khemah sendiri aje. Lagi selesa nak tukar-tukar baju ngan letak barang-barang berharga. Time nak makan je baru kitorang datang menyebok kat sini. :p
Abah dan adik.
Oh ya, adik dapat masuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Di Kuala Pilah sana. Dia pergi kot sementara tunggu tawaran belajar dari tempat yang lebih baik. Kenapa semua kolej matrikulasi tempat dia kat kampung-kampung je ha? Macam lah tenang sangat belajar kat kawasan-kawasan camtu kan. Sama je aku rasa. Lagi jiwa kacau ada la. hahaha...
SELAMAT MENJADI WARGA DESA, ADIKKU. :P
Abah yang kusyuk bakar-bakar. Kita bakor! kita bakor ajeee!
hehehe...
Siap bawak kuali ok!
Macam tak berapa nak sesuai je nampaknya kan. Masuk hutan tapi ada pulak aktiviti menggoreng. Patutnya bakar-bakar je kan. Tapi takpe kita layankan je.
Ada bekas makanan sendiri? Menggambarkan kepelahapan kamu, Naim.
kekeke... :p
Rendang rusa yang ibunda masak. :)
Orang dah makin ramai.
Makin ramai.
Dan ramai lah.
Lepas makan-makan, kita pun berendam. Lama gila ok kitorang berendam. Sejuk bangat sebab time tu jugak lah hujan renyai-renyai. Tapi kitorang mandi aje. Lama sangat mandi sampai penat. Pastu stay je berendam kat tempat yang sama tak bergerak-gerak. Masa tu kita rasa ada ikan gigit-gigit kaki kita. Hamboi bedebah sungguh ya kamu wahai ikan. Lempang kang.
I bukan marah sebenarnya. I cuma GELI je!
hahaha...:p
Adik berendam sampai muka jadi pucat lesi. Siap menggigil-gigil kesejukan. hahaha...
Pastu kan..kitorang jumpa ular tau uols.
jeng jeng jeng...
To be continue...
2 butterflies concerned.:
wahhh..besnyer...!!
yana..nk knl..awk comey
:)
Post a Comment