Followers

Pages

Saturday, May 14, 2011

setiausaha kelab guru & staf sekolah punya kerja




Sambungan ENTRI INI.



Seminggu dua minggu ni, aku dan kawan-kawan sibuk menyiapkan hadiah untuk semua guru sempena sambutan hari guru 16 Mei nanti. Semua persiapan hadiah untuk guru dan hadiah yang ditempah oleh murid telah disiapkan. Tak menang tangan rasanya sepanjang minggu ni. Semua benda nak kena buat. Esok mesti keluar! Melegakan kepala otak yang dah serabut. hehehe...








Label Selamat Hari Guru dari Kelab Guru & Staf.




 





Ditampal pada pinggan epal yang comel ni. heee









Ambil masa 2 minggu untuk snap gambar setiap guru di sekolah aku. Tapi aku mintak tolong budak praktikal kat sekolah aku tu je. hehehe..Bukan cikgu praktikal ok. Tapi praktikal bahagian IT. Aku tengok diorang relax je duduk kat makmal ICT tu kadang-kadang layan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah la, kadang-kadang layan Maharajalawak kat youtube la. Hamboii bukan main bersantai dia kat makmal ICT yang ada air-cond tu yeee..makanya haruslah diminta tolong ambil semua gambar cikgu-cikgu. hehe..



Tapi biasalah kan, macam-macam perangai pulak cikgu-cikgunye. Ada yang susah sangat nak bagi kerjasama. Ada yang cakap esoklah, make up dah cair lah, ambik gambar cikgu lain dulu lah, kesudahannya tak jumpa dah cikgu tu. Langsung gelabah mana  pulak nak curik gambar cikgu tu kan. Ish3...


 






Ha tengok cikgu ni. Senang je nak ambik gambar dia tau? Cantik pulak tu...KAN?



kekekeke...:p


 






Pastu gambar diliminatedkan dan digantung pada pinggan epal comel macam ni.



 





Dan ini ialah stand pinggan epal tu tadi.



 






Lalu dimasukkan pula dalam kotak bunga-bunga cintaa ni. Siap sudah!




 




Nak canggih lagi sikit, tempah pulak beg ini.




 





Hadiah tadi dimasukkan dalam beg. Sedia disampaikan kepada setiap guru pada hari Isnin ini. Tak sabar i tau? hehehe...





 




Bunga ros yang ditempah oleh pelajar ada lah dalam 17 kuntum sahaja. Sikit kan? Sebab ramai sangat pulak yang menjual bunga. Persaingan memang sengit ok. Gggrrrr..orang nak jual, dia nak jual tauu. Ceh marah pulak kan hahaha..:p
Rezeki masing-masing kan. Ok lah. Fine lah.



 





Kad ucapan berserta riben.



 






Siap semua!


Dan Hari Isnin pelajar-pelajar boleh bagi kat mana-mana cikgu yang diorang suka. Perjalanan sambutan hari guru isnin ni agak menarik. Nanti i update ok?



Bye uols. :)


 

2 butterflies concerned.:

M Fizan said...

creative..huhu
nice idea..keep blogging :)

feel free to follow me back ya!

GamUHU said...

bunga ros nak bagi kat SKANDAL ada? :P

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com