Followers

Pages

Monday, May 2, 2011

resepi : apple pie



Pai epal ialah dessert yang sedap dimakan di masa senggang. Senggang ke? Tak payah tunggu senggang pun sedap ok. hehehe.. Cara membuatnya mudah sahaja. Jom kita belajar cara membuat pai epal ini.... 
:)






Apple Pie






Bahan-bahannya :

Untuk inti:

1. 6 biji epal dikupas kulitnya, kemudian dipotong kecil. ( suka hati nak epal hijau atau merah. campur-campur pun boleh )
2. 200 g gula pasir
3. 20 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit air


Untuk doh :

1. 500 g tepung gandum (diayak)
2. 200 g mentega ( i guna buttercup sebab lebih sedap. hehe)
3. 2 biji telur ( dipukul )
4. 250 g gula halus









Kupas kulit epal.








Dan dipotong kecil. Sebiji epal tu I potong 12. Terpulang pada anda ok?







Gula pasir dimasak dengan sedikit air sehingga cair dan keperangan.
Masukkan epal dan gaul sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung.
Masak sehingga pekat.








Dan hasilnya ialah seperti ini.
Sejukkan dalam peti sejuk.







Untuk doh pula, ayak tepung gandum, gaul dengan gula.
Kemudian, masukkan mentega, gaul sampai jadi macam serbuk roti.
Masukkan telur dan gaul sehingga menjadi adunan yang tak melekat.









Ha beginilah rupa doh tersebut.
Kemudian masukkan doh ini ke dalam peti sejuk selama 30 minit.








Gunakan acuan pai yang sesuai.








Selepas 30 minit, keluarkan doh dan terapkan dalam acuan. Masukkan inti yang telah sejuk.







Tutup permukaan pai dengan doh. Susun lah ikut kreativiti kamu-kamu semua ye. Pastu, sapukan sedikit kuning telur di atas permukaan doh tadi.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celsius selama 30 minit.







Siap sudah! :)








Sejukkan dahulu sebelum makan. Memang sedap!









Selamat mencuba! :)





12 butterflies concerned.:

Granny Hani said...

detail betul resipi nih..tq

syira said...

boleh try..pas nie xpyh beli apple pie mcd dah..:)

puteraduyong said...

isk...nampak sedap...

Hush said...

nak try la jap lagi. hehe.

Unknown said...

vahhhh! masuk dlm list ler resepi ni... n saya folo sini....

Unknown said...

vahhhh! masuk dlm list ler resepi ni... n saya folo sini....

Unknown said...

haii maaf nak tanye kita nak letak kan doh tu dlm acuan cup kek nak tebal mana?

Anonymous said...

Hey there! Would you mind if I share your blog with my myspace group?
There's a lot of folks that I think would really enjoy your content.
Please let me know. Thanks

Anonymous said...

Hi there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would
be okay. I'm definitely enjoying your blog and look forward to new updates.

Anonymous said...

Outros mostram como invadir um varão como palavras.

Anonymous said...

Dica para invadir um varão Nº 1 - Seja segura
de si.

Anonymous said...

Um homem deve conquistar um lugar em sua vida.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com