Assalamualaikumm.
Kemain lama nak sambung entri 2 ni kan. Dalam entri 1 aku dah cerita pasal persiapan sebelum rombongan kan. So settle doa selamat petang tu, semua pun makan-makan sikit. Lepastu bersiap-siap. Riuh rendah jugak rumah sebab berebut bilik air, berebut bilik, berebut cermin. eh...
Kami empat beradik. :)
Abah. Orang kuat pada malam tu. Boleh tak abah nervous? Siap offer kat Pakteh n Paksu siapa nak wakilkan abah. hehehe...
So lepas semua dah ready, kitorang pun bergerak. Dah bahagi-bahagi dulang hantaran semua. Engkau bawak ni, engkau angkut ni, nak sumbat semua dulang masuk satu kereta tak muat, ye tak? Kalau muat pun takut tak terjaga pulak terus rosak hantaran-hantaran tu. So, rombongan malam tu dalam 8 buah kereta macam tu lah. Tak berapa nak ingat dah. hee...
Gegar pulak gambar ni. Adik Kss pun ikut sekali malam tu. :)
Belah perempuan wakilkan orang lain untuk bercakap.
Suasana dalam rumah belah perempuan.
Macam-macam lah yang dibincangkan malam tu. Mula-mula diorang siap bagi pantun ok. Abah dah gelak-gelak dah. Pastu diorang cakap takpe tak payah balas. hehe..
Lama jugak berbincang. Nak ikat berapa lama lah, wang hantaran lah, itu ini lah. Akhirnya, settle juga. Alhamdulillah....
Sesi menyarungkan cincin.
Kesian mak peluh-peluh. Masa ni mak dah mula tak berapa nak sihat tapi gagahkan juga.
Cak! Pami pun masuk untuk sesi bergambar-gambar dengan tunang dia. Amboi siap berkerut-kerut tau ambik gambar. hehe...
Comel pulak gambar ni. Ampunn ye i upload juga. :p
Tahniah untuk kamu berdua.
Syafiqah dan adiknya, si bakal cikgu. Bertambah-tambah cikgu dalam ahli keluarga nanti. :)
Bergambar dengan keluarga atas pelamin.
Antara kupu-kupu yang join malam tu.
Aku dan Syafiqah. Tahniah ye kerana bakal menjadi kakak ipar saya. Kakak ok walaupun kitorang sebaya. :p
Lepas makan-makan, majlis pun selesai. Dalam jam 10 malam gitu kitorang pun bergerak pulang. Makteh pakteh paksu maksu semua tu terus zass balik rumah masing-masing. Ada jugak yang singgah rumah kitorang dulu sebab bawakkan dulang hantaran dari pihak perempuan. Sampai rumah apa lagi, kita terjah lah apa yang ada atas dulang hantaran tu kan. hehe...
Tahniah buat Pami dan Effy! Semoga apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar dengan izinNya. Amin......
0 butterflies concerned.:
Post a Comment