Followers

Pages

Sunday, September 18, 2011

awak buat saya risau tau!



Assalamualaikum.
Last week, mata Baby dan Bubu keluar selaput putih. Mula-mula ingatkan biasa-biasa je. Aku bawak balik Gemas, mata Bubu still ada selaput putih tu. Mula risau dah tapi tak sempat nak bawak pergi klinik pun sebab kat sana klinik haiwan ialah non hado. Tengok dia pun macam lemah je dan tak aktif macam selalu.


So, balik Seremban jumaat yang lepas memang niat nak pergi klinik lah tapi Bubu tiba-tiba dah ok. Aktif macam selalu. Cancel lah pergi klinik. hehe..
Tapi dia mengalami cirit birit pulak uols. Mula-mula tengok ok lagi tapi lama-lama makin teruk. Najis dia tu makin cair dan busuk. Sampai satu tahap, Bubu takleh nak kawal bila dia nak buang air besar tau. Sambil berjalan pun dia masih boleh tercirit birit. Bubu nampak lemah je. Kesian sangat tengok dia masa tu. :(


Malam Sabtu, semua kat rumah bertungkus lumus bersihkan rumah sebab di mana-mana jua ada najis Bubu yang cair. Betul-betul air, tak rupa tahi langsung. So, Naim try search kat internet pasal cara merawat lah bahaya cirit birit kucing lah segala. Satu keluarga risau sebab kalau cirit-birit yang kritikal boleh effect kat usus dia dan boleh bawa maut. Mula lah tak keruan kami satu keluarga. Sayang punya pasal kan uols. huhu...


Kebetulan, Naim terjumpa laman blog Klinik Haiwan Senawang. Ada nombor telefon doktor pulak tu. Apa lagi, terus aku call. Doktor tu cakap jangan sekat dia makan. Still bagi kucing makan dan minum sebab bila dia cirit birit tu dia akan kehilangan air dan jadi lemah. So, mesti makan! Doktor tu cakap kurung dia dalam sangkar untuk malam tu dan esok bawa jumpa dia kat Klinik Haiwan Senawang tu. Tak sangka pulak ada klinik yang buka pada hari Ahad. Syukur alhamdulillah. :')







Pagi tu Bubu dah nampak aktif sikit tapi still masih cirit-birit. Baby pun bawak sekali sebab nak check mata dia yang ada selaput putih tu. Pukul 10.30 pagi terus kitorang bawak Bubu dan Baby ke klinik tu. Dua-dua ketul pun tak keruan dalam kereta. Asik mengiau je.






 


Kitorang ialah pengunjung pertama rupanya. Punya lah excited. hehe..







Mula-mula kena daftar dulu. Nama pemilik haiwan, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan nama haiwan peliharaan. Kalau bawak dua, tulislah dua-dua.
Nama Kucing 1 : Bubu
Nama Kucing 2 : Baby
:p

 






Lepastu tunggu lah sampai doktor panggil. Bila turn dah sampai, masuklah ke bilik rawatan. Aku pun cerita lah apa masalahnya kucing-kucing aku tu. Doktor pun kasi cucuk si Bubu yang cirit birit tu. Menjerit satu hal, Bubu boleh pulak melawan uols. Ewahh tak padan kecik tau dia tu. Garang kemain!
Tiga kali cucuk baru ubat tu dapat disuntik. Risau je aku masa Bubu melawan tapi jarum dah masuk, patah pulak lah jarum tu nanti. huhuhu...Baby yang menunggu giliran tu dah berdebar. Aku peluk dia, laju je dia bernafas. Tapi Baby ok. Dia tak melawan, cuma menjerit sikit je masa doktor suntik dia.


 






Ni Bubu. Boleh tahan mencabar jugak nak pegang dia sebab dia melawan. Marah sungguh dia kat doktor tu. hehehe...Baby pulak, doktor kata tak berapa sihat sebab tu mata dia jadi camtu.

 






Doktor tu tertukar nama. Yang si Baby jadi Bubu, yang Bubu jadi Baby. Confuse agaknya doktor tu. Sebab kucing besar takkan namanya Baby pulak kan? Kitorang malas nak panjang-panjang cerita. Satu hal pulak nak terangkan kenapa kucing besar namanya Baby, kucing kecik namanya Bubu. Kang tak pasal doktor tu pun melayan cerita pulak pasal asal usul nama kucing dia. Malas aku!
ekekekeke....:p









Akhirnya settle. Bubu kena makan lagi dua biji ubat. So memang aku lah tu yang jadi doktor dia tu. Cara bagi makan ganas pulak tu. Macam tak sanggup je rasanya. Tapi mesti sanggup jugak! 


 






On the way balik, dua-dua senyap je. Sopan je dalam kereta. hehehe....
Tak tahulah kesan ubat ke, kesan cucuk ke, kesan apa ke. Yang pasti dua-dua pun sangat baik takde serabut kepala otak aku dalam kereta tu. :p




Cepat sembuh ye sayang-sayang ku......





5 butterflies concerned.:

Nurazira Abd Ghani said...

kenapa comel sangat..?
kat ubat pun ada letak nama. :D
hahaha. macam manusia. shumel!

acA!! aka ( tEia In da House) said...

hai nak tnye awak pegi klinik haiwan ni bape die caj mahal x?saya xpenah pegi lg klinik haiwan swasta ni..juz nak tahu hrge die cmne..kucing saya pun cirit birit ni..

acA!! aka ( tEia In da House) said...

hai..nak tnye awak pergi klinik haiwan 2 caj mahal x..saya risau kucing saya pun kene penyakit mcm ni..saya xpernah pergi klinik haiwan swasta sebelum ni..juz nak tahu hrge die mcmne..berapa ye awak kene?

yana lyana said...

saya tak bape ingat la awak..tapi tak lebih dari rm50 la..ok2 je.. :)

acA!! aka ( tEia In da House) said...

yekew..ok2..arini igt nk pegi bwkla..thnk you..:)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com