Followers

Pages

Saturday, June 15, 2013

dan berakhirlah diet saya



Assalamualaikum.


Kalau aku cakap tahun lepas aku langsung tak sentuh nasi uols percaya tak? huhuhu..
Percaya atau tidak itulah yang aku buat. Gila bukan? Nak kurus punya pasal sanggup okay tak makan nasi. Nasi sahaja tak makan, yang lain semua makannnn. Hasilnya? Tak berapa memuaskan pun, bolehlah aku letak dalam 40% tahap keberjayaannya. Kenapa 40% je? Sebab tak makan nasi je kot yang lain semua aku hentam. Makanan bergoreng, makanan berlemak, minuman berkarbonat, minuman manis, minuman berais dan segala jenis syurga makanan dan minuman itu.


Kenapa beriya nak kuruskan badan? Kerana aku ialah perempuan. Boleh tak jawapan macam tu? hehe..
Aku pun macam tak percaya betapa kuatnya semangat aku untuk tidak menyentuh nasi tu. hahahaha..Aku just gantikan dengan mihun yang direbus je kalau nak makan dengan lauk pauk.


Sehinggalah masuk tahun 2013 ini. Berakhirlah diet nasi aku bilamana aku rasa akulah wanita paling gembira dan bahagia bila mengenali Ranjen. Wahhh gitu!
Mula mula nak sentuh nasi tu kan, aku macam budak budak yang tak reti makan nasi uols tahu tak. Punyalah kekok. hahaha..







Hai. Saya dah makan nasi sekarang :)
Tapi tu lah, bila dah mula makan nasi ni cepat sangatlah rasa laparnya tau. Pelik haku. Padahal masa tak makan nasi tu taklah lapar mana pun. Amboiiii perut ni. Kemain mengada ngada lagi. Biasaaa dia tu...










Tiba tiba masuk gambar mak dan adik di sini. :p
Just nak cerita, mereka ni lah yang menyebabkan saya tak berdiet dah. Kalau keluar dengan diorang, makannnnn aje lah kerjanya tau.











Si kuat makan dan si lagi kuat makan :p













Kitorang teman adik buat pasport kat putrajaya. Masuk alamanda, dalam banyak banyak kedai makan, chicken rice shop jugak yang dipilih. Nak jugak ajak aku makan nasi. Hadoi..












Bye diet!











Sekarang misi aku ialah nak mulakan semula diet yang 'hilang' itu. Nak mulakan balik kemain payah uolsss. Setakat hari ni nasi masih aku makan lagi. Bila nak stop tu tiada lah ku pasti. hahaha :p
Minuman manis pun nampak gayanya semakin berleluasa je sekarang ni. Hari hari pun mengadap nescafe ais. Teruk betul lah. Kena mula balik ni. Kena!













Pasport adik telah pun siap. Lebih kurang dua bulan lagi adik nak fly dah. Huhuhu cepatnya masa berlalu...
Bye!





P/s : Doakan diet saya berjaya! :)




2 butterflies concerned.:

hana hadi said...

beringat sama makan nasi tu..ada orag diet xmakan nasi ok la.. lepastu sekali dia makan nasi naik pula berat badan dia.. baik dia makan nasi mcm selalu

4feet8 said...

help.. sy pon sama.. susahnya nak tinggalkan nasi.. nasi dgn perut sudah seiring sejalan.. kekeke..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com