Assalamualaikum.
Motif sangat kan buat tajuk macam tu. Aku sejak dari dulu lagi memang tak faham sangat dengan orang yang obses dengan barang tupperware ni. Aku tak faham kenapa nak kena beli pastu nak kena tengok katalog setiap bulan siap teruja lagi nak beli. Memang aku tak faham.
Tapi dalam pada aku tak faham tu, boleh pulak aku pun terjebak sekali beli barang tupperware tu. Hahaha rasa macam nak lempang je diri sendiri bila fikir fikir balik :p
Cikgu cikgu kat sekolah tu lah ajak main kutu. Main kutu uols. Dah pandai dah aku ni main main kutu segala. Dasar makcik makcik sangat aku ni sekarang tau. Main kutu untuk barangan Corelle dan Vantage memang dah lama dah. Paling tak boleh blah, barang Tupperware pun aku boleh join sekali main kutunya. Tak ke ketara kemakcikkan aku di situ? kekeke...
First time main kutu, first time juga beli barang Tupperware. Sebab bagi aku tak payah nak tupperware sangat lah. Guna aje bekas beli kat kedai dua ringgit tu jenama elianware ke tipuware ke apa asalkan murah kan. Sebab tu bila turn kutu aku sampai, tak tahu nak pilih apa. hahaha..
So setelah lapanploh kali membelek katalog, aku pilih set Blossom Microwaveable Serveware ni. Color dia cantik dan masa aku beli tu ada percuma empat bekas warna warni sempena promosi tahun baru cina. Berbaloi ke tak tiada ku tahu. Aku hentam aje.
Harga dia RM249. Ha ambikk. Kalau tak main kutu, adakah dikau sanggup membeli ini dengan harga sebegitu? Pasti tak kan. So aku membuat keputusan bahawa pembelian ini ialah berbaloi sebab bekas dia pun cantikkkk. Nanti dah kahwin bila buat open house ke memang sangat sesuai guna set ni. (bukan memujuk hati tapi ini kenyataan ok)
Next aku beli Rice Dispenser ni. Ni aku tak fikir panjang sebab aku memang dah lama usha benda ni. Walaupun belum digunakan, tapi aku dapat rasakan yang ianya sangat berguna nanti. Bekas dia cantik dan nampak teratur je proses sukatan beras tu. Eh..
Aku pernah baca review pasal Rice Dispenser ni dan kebanyakannya ialah positif. yeay! :))
Tak sabar nak guna untuk keluarga sendiri nanti.
Harga dia ialah RM 288. Mahal? Taklah murah je. *mata ke atas
Ada lagi produk Corelle yang aku baru join main kutu. Nanti dah dapat aku cerita kat sini ye.
Dasar makcik makcik sangat kan. :p
Bye!
3 butterflies concerned.:
eh. 288 mahalla.. sy pernah tgk time promo, 250 dpt..
semalam saya nak beli jugak~memula tanya rm270~saya minta kurang dia offer rm220.last2 tak beli pun~haha~~
*tapi semalam x perasan plak ada rice dispenser tu~kalau nampak mungkin saya beli kot~~
nk join kutu.. hehe
Post a Comment