Followers

Pages

Thursday, June 6, 2013

Kek bertunang kami



Assalamualaikum.

Untuk hantaran bertunang, kek ialah satu kewajipan kan. Aku ingat nak beli terus je kat kedai kek pastu tulis kat atas kek tu selamat bertunang. Sudah :p
Tapi Ranjen kata dia nak kek yang sama. Dia nak tempah dekat dengan rumah aku so nanti rombongan diorang dari Melaka takdelah susah nak angkut kek sekali kan. Takut cair ke apa.

So, kitorang pun decided untuk tempah kek di secret recipe je. Memang nak beli kek fondant supaya tak mencairlah kek itu dek panas matahari memandangkan majlis bermula petang kan. Sebulan sebelum kot kitorang dah pergi tempah kat secret recipe senawang sana. 

Mula mula nak kek bentuk love sebab nampak sweet aje tapi sayangnya tak boleh tukar color pulak. Bentuk love tu ada color merah + putih je. Kecewa betul.
So kitorang pilih kek bentuk bulat je. Kek fondant yang dalamnya ialah chocolate moist. Order dua biji. Sebiji color pink + putih untuk aku dan color biru + putih untuk Ranjen. Sama je dua dua yang beza cuma color.








Taraaa. Ini kek dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. 












Disebabkan dia fondant, maka aku letakkan aje begitu di atas dulang hantaran tak payah cover dengan kotak ke plastik ke apa.













Tapi yang aku tak puas hati tu kotak dia tuuu. Aku bajet dapatlah kotak cantik tu kan. Ni secret recipe tu bagi kotak bodoh ni je uols. Pastu kat penutup dia tu just tampal wrapper secret recipe. Hoi beli mahal mahal ni je kotak anda bagi? Sabar aje lah tau. Masa Pami pergi hantar kek ni kat rombongan Ranjen pun, lama jugak rombongan tak sampai sampai rumah aku padahal diorang dah sampai Tesco depan taman rumah aku tu je.

Bila aku call Ranjen, dia kata kenapa kotak buruk gila? eh eh ehh mana lah kita tahu kan. So dia kata terpaksa masuk tesco kejap beli riben riben ke apa yang patut nak bagi cantik sikit. Huh sabor aje lah sempat lagi tu pergi beli.











Dan ini kek dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kesimpulannya, rate kepuasan hati terhadap kek ini ialah 3 / 5 sahaja. Presentation dia tak setimpal dengan harga. Kalau beli di kedai kek biasa yang mana keknya chocolate moist juga aku rasa tak lari mana pun rasa dan presentation dia. Begitu..


Oh ya. Tulisan 'AFZAN & LIANA ALREADY ENGAGED 26 MEI 2013' tu juga adalah sama untuk kedua kedua kek. heee

Bye :)




2 butterflies concerned.:

lavenderlover said...

tahniah.. selamat bertunang.. =)

yana lyana said...

Terima kasih. Doakan kami :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com