Followers

Pages

Thursday, June 13, 2013

door gift simple :)




Assalamualaikum.

Masa bincang bincang hal bertunang tu, confuse jugak nak bagi door gift ke tak. Rasanya macam tak payah sebab bertunang je kot tapi menjadi rajin tiba tiba nak buat door gift jugak. Sebab macam ala tak bestnya rombongan datang jauh jauh (jauh ke?) tapi tak dapat apa apa kan. So buat aje lah door gift yang simple simple.


Nak bagi bunga telur tapi taknak ready made sebab mahal + tak cantik pun. Bunga telur ready made tak cantiklah. Kuncup aje bunganya. Kalau cari yang bunga kembang pulak, harga dia kemain sedap lagi. So kita buat ajelah sendiri bunga telur.


Mula mula aku search kat youtube pasal bunga tisu. Senang je buat dia, so aku pun pergi beli tisu kat kedai bunga. Bila buat buat, merepek sangat jadi bunga aku tu. Dah lah merepek, tak cantik pulak tu. Mak yang menengok aku buat pun berkerut-kerut kening. Bila aku tanya cantik tak mak? Mak jawab aaaaa cannnnn tikk lah tuuu. Haa nampak sangat puji terpaksa :p


Rupa rupanya aku salah beli kertas. Kertas tisu aku beli tu jenis keras. hahahaha.
Lalu misi mencari kertas yang betul pun bermula...









Sehinggalah aku berjumpa flower paper ni di kedai serbaneka Daiso. Situ je ada jual agaknya. Kedai bunga biasa macam takde je. Flower paper ni senang. Dia dah siap ada layer layer dia. Kita tinggal nak kembangkan aje. Satu kertas tu boleh buat 2 bunga. So di situ ada 14 kertas maka boleh dapat 28 kuntum bunga. Aku memang bajet nak buat 50 door gift je. So beli 2 paket.


Beli lidi, riben, dawai halus, gam uhu dan riben untuk cover lidi yang jenis getah tu.








Buat buat buat dan hasilnya ini. Aku duplicate bunga telur yang Maksu buat untuk wedding Pami haritu. Senang je rupa rupanya :)










Order cupcakes. 









Ini paling main tipu. Door gift masa Pami kahwin haritu ada banyak sangat lebih so aku ambik aje yang tu. Aci tak? Pembaziran itu amalan syaitan kann. Mashmallow dalam balang tu pun still elok lagi. Cuma tema color jelah lari banyak. Tiba tiba merah pulak kan. Hahaha belasah 









Dan paper beg color silver ni. Kata tema biru putih kan. Color putih aku tengok semua tak cantik. Semua jenis kertas biasa tu je. Silver ni je yang terkenan di hati aku sebab dia berkilat dan nampak macam datin sikit. eh... :p
 Beli kat Balakong dengan Ranjen. Kebetulan adik dan kakak ipar dia nak beli bunga and hiasan hiasan untuk hantaran. Kat Balakong tu murah katanya. Memang boleh tahan murah lah jugak. Lagi murah dari di Nilai 3.
Yang ni aku beli, sepaket RM7 ada 10 paper bag. Murah lah tu kan? Kalau kedai lain sepaket dia jual RM9 kot kalau jenis yang kilat macam ni. Ke ada lagi murah dari RM7 ?












Ini lah 50 door gifts untuk rombongan pihak lelaki masa aku bertunang haritu. Aku saje buat lebih takut tak cukup. Dan alhamdulillah memang cukup cukup je termasuklah untuk saudara mara terdekat dan kawan kawan rapat yang hadir. Juga ada tinggal satu untuk kenangan buat diri sendiri :)


Itu je. Okbye.






1 butterflies concerned.:

zean anuar said...

mak aku kagum bila aku cakap bunga tu kau buat sendiri....

* ok... anak dia x kreatif... hahahaha

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com