Followers

Pages

Tuesday, March 19, 2013

Saya ialah warga kuarters sekolah



Assalamualaikum.

Dah hampir sebulan dah aku pindah masuk kuarters sekolah. Mula-mula taknak masuk pun, tapi disebabkan rumah sewa kitorang tu banyak sangat masalahnya, terpaksa jugalah kitorang pindah. Rumah sewa sebelum ni tu dah lah tak seberapa, boleh pulak tuan rumah dia nak naikkan sewa rumah. Dengan keadaan rumah yang takde gril rumah, sliding door tak boleh bukak, setiap bilik takde kipas, toilet selalu tersumbat, atas siling rumah banyak kelawar, ishh banyaklah benda yang kitorang tak puas hati. Masih juga tuan rumah tu tak tahu malu nak naikkan sewa rumah pulak. Amboi kemain lagi ingat kita hadap ke nak duduk rumah dia yang tah apa apa tu.


Bila kitorang bagitahu dia kitorang nak pindah, barulah dia sebok nak pasang gril rumah. Tak faham betul.
Dengan tikar getah kitorang pasang tak bukak balik pun. Haruslah tuan rumah tu bersyukur ke hadrat ilahi sebab kitorang keluar dari rumah tu dengan keadaan dalam rumah tu cantik ok.


So, busy lah aku dan housemate memindahkan diri ke kuarters sekolah. Angkut barang entah berapa trip. Sikit-sikit angkut. Pengsan jugaklah nak angkutnya tu. 

Alhamdulillah akhirnya settle juga :)

Sejak duduk kuarters, senang sikit aku nak pergi training budak volleyball. Jalan kaki aje. Jimat minyak :)
Dan sejak  itu juga, budak budak volleyball rajin sangat datang rumah. Datang singgah sebelum mula training. Ester (anak angkat aku tuh) lah yang beria nak datangnya. 







Ni first time diorang datang. Terus kena kerah pasangkan rak buku pink. Hehehe..
Ada pelajar lelaki sekali sebab masa tu kitorang nak mintak tolong pasangkan katil.









Tapi diorang sangat sporting. Senang aje kena suruh :)









Ni je yang ada masa tu untuk jamu diorang. Teh strawberry dengan keropok buat minum petang.
Sejak dari tu, tiap kali ada training mesti si ester tu datang. Lama lama naik lali dah. Petang tadi lagi lah. Aku duk terbongkang tidur depan tv, tiba tiba dia dah muncul depan rumah. Dah macam pengunjung tetap pulak. Suka hati awak lah ester oi...










Dekat sekolah pun kemain rajin dia melawat aku. 









Lagi lagi kalau time tu waktu bahasa cina + bahasa tamil kan, pelajar sabahan dan sarawakian memang free so mencari aku je lah kerja dia :)
Eh tiba tiba jadi entri pasal Ester pulak kann. hehehe.. :p









Ni rumah lama yang penuh kepahitan. Semua kenangan pahit sejak saya mula posting biarlah ia tinggal di sini. Saya nak mula hidup baru dengan kesayangan baru :)
Bye rumah 4321. Terima kasih untuk semua kenangan yang ada :)




3 butterflies concerned.:

Al Kisah said...

horrornya umah 4321 (no rumah sempoi).

dok kuarters lebih selamat dan jimat.

4feet8 said...

wah..ada peneman dikala boring..

cik chinta said...

mcm2 gaye org kasi nyewa ni.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com