Followers

Pages

Monday, June 10, 2013

Goodbye ketua tingkatan 4 Zamrud yang berjasa



Assalamualaikum.

Seperti yang uols tahu kan, kelas 4 zamrud aku tu ialah kelas paling hujung. Nak melantik ketua tingkatan yang boleh diharap pun agak sukar. Tapi alhamdulillah setelah diajar ulang kali, ketua tingkatan aku lantik tu berjaya melaksanakan tanggungjawab dia dengan baik sekali. Dalam kelas tu, pelajar yang paling aku harapkan memang ketua tingkatan tu je lah. Stanley namanya. Anak kelahiran Sarawak yang humble, suka bergurau, rajin dan menghormati guru. Aku senang menjadi guru tingkatan 4 zamrud kerana adanya pelajar bernama Stanley ini walau kadang kadang ada jugak datang malas dia tu.

Tapi selalu lah keadaan ni terjadi. Benda yang kita suka, yang kita sayang, yang berguna, memang tak selalunya kekal. Ayah Stanley seorang askar dan akan berpencen pula. So terpaksalah mereka berpindah ke Sarawak sana.

Aku dah mula berfikir siapalah yang sesuai dan boleh diharap untuk aku lantik menjadi ketua tingkatan nanti..hmmmm....

Siang tadi ialah hari pertama setelah cuti penggal persekolahan. Dan hari pertama juga kelas 4 zamrud tanpa Stanley. Memang rasa lainnya tu. Sedang aku menunggu waktu mengajar ict di makmal ict, datang seorang pelajar memberikan surat. Dari Stanley katanya.....








To : Cikgu Liyana

        Apa khabar, cikgu? Saya harap cikgu sihat. Saya di sini pun sihat ngan keluarga. Cikgu, saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih pada cikgu kerana telah mengajar saya selama ini di SMG. Saya harap apa yang cikgu ajar, saya takkan lupakan. Cikgu, saya pun sebenarnya rasa sedih nak tinggalkan sekolah, kawan kawan dan cikgu. Di sekolah, tiap tiap hari saya ambik kedatangan, lepas tu saya hantar pada cikgu. Cikgu tau tak, saya seronok sangat jadi ketua kelas macam Mac. Mac yang selalu ajar saya, teman saya. Mungkin cikgu tak tau sebab cikgu sibuk. Tapi, sekarang ni siapalah yang nak hantar kedatangan lepas ni, kan. Betul tak? Saya harap ketua kelas yang baru dapat tolong cikgu jalankan tugas.

       Saya juga takkan lupakan kenangan bersama kawan kawan dan cikgu di sekolah. Saya harap kelas 4 Zamrud sentiasa jadi juara kelas terbersih tahun ini. Kenangan semasa main bola tampar dengan ester, camelia dan lain lain akan saya ingat. Di kem, tiap tiap petang saya dan Mac, Camelia, Lucy, Terrance main bola sepak saya jadikan kenangan bila di tempat tinggal baru nanti. Cikgu, saya harap cikgu jangan sedih tau dan terus jadi guru kelas 4 zamrud. Saya jugak nak mintak maaf pada cikgu kalau ada silap salah saya pada cikgu serta doakan kejayaan saya. Saya akan jadikan semua kenangan di sini untuk jadi teman saya di Sarawak nanti. Saya mohon maaf sekali lagi pada cikgu dan sentiasa saya ingat pesanan cikgu. Kirim salam saya pada kawan kawan yang lain. Sekian, terima kasih.




Huh. Tertouching jugak aku baca surat tu. Tak sangka dalam diam diam dia menghargai jugak tunjuk ajar aku. :')








Memang dia pelajar yang rajin. Setiap hari aku akan ingatkan kelas 4 zamrud supaya bersihkan kelas bersihkan kelas. Kalau aku terlupa ingatkan, memang Stanley yang akan bagitahu aku, cikgu kelas dah bersih dah :)











Tukang memanjat manjat nak ceriakan kelas pun dia.










Ketika sesi pembelajaran, pelajar yang paling dengar arahan dan buat apa yang aku suruh, pun dia.











Ketika aku pindah rumah, nak mintak tolong pasang pasang rak, pun dia.










Itulah dia, pelajar yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Semoga di sekolah baru, dia menjadi pelajar yang lebih disenangi guru. Doa saya sentiasa mengiringi kejayaan dia. Terima kasih yang tidak terhingga, ketua tingkatan 4 zamrud. :)
Selamat tinggal dari gurumu  :(





4 butterflies concerned.:

naem said...

Ohhh terharunya baca surat stanley!

Anonymous said...

Sebak baca surat ni . Rasanya kalau saya ditempat cikgu , mesti sya da mnangis .

ecadwinkyasha said...

anak askar.terpaksa ikut ayahnya kan....sebak betul baca suratnya ne....

Sofea said...

pergh terharu siut..good job cikgu..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com