Assalamualaikum.
Minggu ni terasa penat.
Tak tahu lah apa yang penat sangat.
Bukannya aku pergi bersukan berjogging lapan pusingan padang pun.
Tapi penat ni lain macam.
Dari hari Isnin haritu semua sibuk sebab pihak PPD nak datang hari Khamis.
Siang tadi lah diorang datang nye.
Dari kelas bawak ke bengkel bawak ke fail panitia, audit akademik lah apa segala mak nenek fail semua nak dicerap.
Paling penting diorang nak cerap guru!
Oh ini paling takut ok.
Mendapat pulak aku ada tujuh masa mengajar harini.
TUJUH masa ok.
Debaran tu setiap hari aku rasa tau nak menanti ke hari khamis.
Puas lah fikir nak buat set induksi apa, nak buat aktiviti apa, nak bagi latihan apa.
Siap bawak ke mimpi ketika tidur i uols.
Tak cukup dengan mimpi,
Malam semalam siap tidur tak lena.
Sekali la tu dengan amaran tsunami tu.
Kejap-kejap terjaga pastu tengok jam pastu fikir aktiviti murid aktiviti murid.
Dahsyat betul tau.
Aku pun tak pasti kenapa sampai macam tu jadinya.
hehehe..
Semalam cuti kan.
Tapi sekolah aku macam tak cuti ok.
Semua sibuk datang sekolah.
Buat itu buat ini, kemas kelas, hias kelas, siapkan fail lah, update carta kokurikulum lah.
Macam-macam.
Dan siang tadi.
Masa yang ditunggu-tunggu.
Aku yang kelas padat ni, satu kelas pun dia tak datang jenguk tau.
Penat i bertungkus lumus buat bahan bantu mengajar segala tu.
Penat i berdebar-debar saban hari.
Aktiviti berpusatkan pelajar kemain lagi siap pelajar pun tanya 'cikgu ni belajar ke main-main?'
Cikgu bersungguh-sungguh buat aktiviti untuk kau belajar kau kata kita nak main-main nak?
:p
Dan sekarang penat masih terasa.
Penat otak ni sebenarnya jauh lagi letih dari penat fizikal.
Penat fikir.
Penat berdebar (tiba-tiba)
Penat berdebar (tiba-tiba)
Sekarang ni aku nak rehat je.
Harap-harap tidur malam ni tak terjaga-jaga pastu fikir aktiviti pelajar lagi. :p
2 butterflies concerned.:
selamat berehat :)
thanks rara :)
Post a Comment